Archive for the ‘Masa Depan’ Category

Ada Nya aku rasa damai
Pada Nya aku rasa tenang
Dialah segala-gala Nya
Tempat aku dan kamu bergantung harap

Aku ingin bebas
Bebas dari segala-galanya
Yang membendung jiwa
yang meruntun hati dan akal fikiran

Aku sedang penat
Mencari pembebasan diri
Bebas bertingkah
Bebas berkata kata
Bebas bukan disalah ertikan

Suatu hari itu nanti
Aku pasti bebas
Damai dan tenang
Bersama jiwa-jiwa yang
bebas

Aku mahu bebas

Termenung dan bersendirian, muhasabah diri. Kekadang bila diperhatikan semula ke dalam diri kita, perkara-perkara yang kita lalui dahulu dan sekarang pasti ada perbezaannya. Rentak dan coraknya, acuan serta cara kita mengemudi kompas haluan perjalanan hidup, pasti kita merasakan perubahan. Mungkin itu dipanggil hijrah kita dalam meniti kehidupan hari ke hari. Cuma hijrah itu tidak dapat dipastikan samada kearah yang lebih positif atau negatif.

Melihat kebelakang bagai mengutip semula memori yang berlalu. Mengimbau kenangan silam. Pedoman dan teladan antara runtunan hati dan perasaan. Mungkin ada kekesalan yang penuh terpalit disanubari serta keluh kesah. Seperti berada di neraca timbangan, antara dosa dan pahala manakah lebih berat.

Semalam mengajar kita akan erti diri kita. Siapa diri kita. Meneladani apakah yang telah kita lalui sebagai panduan perljalanan seterusnya. Kemanakah arah kita. Apakah yang kita dah lakukan. Mungkin ada keazaman dan tekad yang bercambah dihati dan berputik dijiwa. Cuba renungkan sebahagian senikata lagu I’tiraf dendangan RAIHAN ni.

I’tiraf

Wahai Tuhan ku layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa dosa besar

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmat-Mu ampunkan aku
Oh Tuhanku

Mengingatkan itu (masa silamku) pasti mengalir air mata kekesalan,
Berharap masih ada sinar untuk masa depan…