Archive for March, 2011

 

Stockholm, Sweden – lewat 90an,
“Don’t break my heart”, kata-kata dia masih segar terngiang-ngiang diingatan hingga kini.

Tidak mudah untuk memenuhi semua impian dan memuaskan semua perasaan. Aku tidak sama sekali mahu menjadi seorang yang kejam, walaupun aku seringkali menjadi mangsa kekejaman perasaan manusia. Dalam butir-butir salji yang berguguran waktu itu, air mata ternyata tidak mampu ditahan dari mengalir.

 

Love is a smoke raised with the fume of sighs,
Being purged, a fire sparkling in lovers’ eyes,
Being vexed, a sea nourished with lovers’ tears.
What is it else? A madness most discreet,
A choking gall and a preserving sweet.
~William Shakespeare~

 

Naskah Romeo and Juliet bertukar tangan, dengan beberapa coretan hati remaja yang pernah aku nukilkan. seperti seluruh jiwa ini aku serahkan bersamanya. Jiwa terasa kosong memandang jauh ke horizon. Langkah longlainya aku aku perhatikan semakin menjauh dan hilang di dalam kabut salju…..

Brindisi, Italy – 2009
Menikmati udara segar Laut Adriatic. Debur ombak yang melanggar dinding pelabuhan sesekali mengalih perhatian bacaan naskah Romeo and Juliet ditangan. pada muka surat yang sama yang pernah aku catatkan sesuatu pada, semua itu bagai muncul kembali. Suasana yang tidak serupa, cuma inilah buminya dimana pengkisahan itu berkisar. Sekali lagi ini pandangan ini kosong jauh ke hujung horizon, bersama titis-titis airmata mengalir bersama kenangan lalu….

Pada hari aku masih ingat semua itu, tidak mudah untuk memadamkannya dari ingatan. Kenangan tetap jadi kenangan, pengajaran dan sempadan sebagai bekal perjalanan hidup yang singkat.

Malam ini, aku melihat telapak tanganku. Merah dan penuh garis-garis kehidupan. Padanya ada seribu cerita, yang tak dapat diluahkan untuk aku jadikan novel kehidupan. Adakalanya garis-garis itu buat kamu tersenyum, bersamanya ada cerita gembira dan kenangan manis kamu. Mungkin juga mampu membuat kamu bisa menyeka airmata, itu adalah masa duka kenangan kamu….

Tangisan tidak bermakna kamu terus akan dihimpit sesalan. Air mata kadangkala buat kamu mampu menarik nafas lega. Meluahkan rasa tanpa suara. Dengannya kamu rasa ingin bangkit, takkan mudah menyerah dengan kenangan.

Tidak dinamakan kehidupan yang berlalu tanpa cabaran. Menjadi mangsa atau pemangsa yang membezakan cerita kamu….

.

.

paroxysm…

Advertisements

Lodestar

Posted: 28 March, 2011 in Uncategorized

Aku selalu berharap, ingin selalu meluahkan kata-kata yang jujur di sini. Segalanya ikhlas dari pandangan mata hati yang tercurah melalui mainan jari di kanvas kata-kata ini. Tidak selalunya mudah, bukan juga terlalu payah….

Tanpa ada rasa jujur, kita rasa kehilangan harga diri. Sesuatu yang tidak dapat dibeli dan dicari. Seperti mutiara yang sangat bernilai tersimpan jauh dalam sanubari. Yang nilaiannya tidak dapat untuk dianggarkan. Jujur menjadikan kamu manusia yang bermaruah…..

key of my heart

kredit imej : flickr

Moga tanpa nama, tanpa rupa aku terus berlaku jujur di kanvas ini. Dengan rona tersendiri, berkongsi perjalanan hidup. Dengan manis kata-kata yang mungkin tidak datang dari seindah rupa pemiliknya. Lakukanlah segala apa mahumu, asalkan ianya bermula dengan hati yang suci.

Yang terindah tidak selalunya datang dalam bentuk apa yang kamu suka, ia boleh jadi sebaliknya……

.

.

Aku kagum dengan lagu ini. Semua perasaan dan jiwa bersatu. Semua kerana cinta. Sesuatu yang sangat aku pelihara dan sanjung dalam hidup aku.

Pernah sewaktu berjauhan dulu, aku berpesan dengan tersayang melalui lagu Baik-Baik Sayang. Cinta takkan pernah pudar, takkan pernah bosan kerana hidup ini selamanya sentiasa memerlukan cinta

 
Cinta usah dipersia, cinta jangan dipersenda. Walau adakalanya cinta itu tak dapat diluahkan, tetapi ia tetap utuh terpelihara dalam jiwa…..

love amour

kredit imej : flickr

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

.

.

.

.

Janjiku sayang kamu selamanya, takkan pernah lupa……

 Aku bukanlah aktivis tegar. Aku hanya seorang insan biasa di dunia. Merasa panas dan bahang mentari, ribut dan angin kencang yang menumbangkan pokok dan menjadikan jalan sesak. Perkara yang baik perlu diberi sokongan dan dokongan. Itu lebih baik dari mencemuh dan mengeluarkan kata-kata sinis… 

http://www.earthhour.org/assets/flash/tools/banners/EarthHour_Plus_300x250_01.swf

 Sama seperti perjalanan hidup, ia sentiasa perlu ada kesedaran. Kesedaran untuk berubah dan kedayaan untuk berubah. Tanpa bilangan 1 takkan terjadinya bilangan 2 juga seterusnya…..  

http://www.earthhour.org/widget/vote/Widget_wLogos.htm

Earth Hour

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Surah Ar Ra’d : 11

Earth Hour 2011 – Anda mampu mengubahnya

.

.

Dare to fail

Posted: 23 March, 2011 in Uncategorized

Kamu harus berjuang untuk hidup kamu pada perjalanan yang masih panjang. Gagal sekarang, tidak bermakna kamu akan gagal selama-lamanya. Pasti ramai yang menitikkan airmata apabila melihat keputusan SPM hari ini. Menangis kegembiraan juga yang berduka kerana tidak mencapai impian…

slip spm

Aku faham bagaimana rasa peritnya sebuah kegagalan. Lebih-lebih lagi peperiksaan, musnah bersama harapan orang disekeliling yang ingin menyaksikan sesuatu yang ajaib dari kamu. Ingat sekali lagi, gagal sekarang tidak bermakna kamu akan sentiasa gagal…..

failure-success

Keputusan pada  tangan kamu. Merungkai hikmah dari ujian-Nya. Aku juga seperti kamu yang pernah merasa gagal. Bangkit dengan penuh sedar tanpa mahu terpisat-pisat lagi mencari dan memulakan langkah, Berjaya dari sebuah kegagalan lebih memuaskan hati dari hidup yang tidak pernah merasai apa erti kegagalan….

failure

Apapun yang kamu perolehi ditangan kamu hari ini, tidak semestinya akan kekal selamanya. Tiada apa yang hakiki selamanya. Mulakan langkah baru dengan senyuman, semoga suatu hari nanti kamu akan terus berjalan dengan megah tetap dengan senyuman….

.

.

Hiatus

Posted: 22 March, 2011 in Uncategorized

Bila aku teringat tentang dia, banyak kekesalan yang datang menderu

Berfikir yang semua itu mampu diselamatkan, menjadi yang lebih baik

chagrined…

self

never regret anything, because at one time it was exactly what you wanted

Adakalanya hidup ini tidak mudah seperti disangka.

Tidak begitu indah seperti dimpikan

Bersandar pada kenangan, memusnahkan semua impian….

Yang benar terletak pada hati, jawapan yang tidak terungkap

Terpendam sebuah cerita yang takkan mampu diluahkan dengan mudah…

Al-Inshirah : 5

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

 

.

.

.

Semua itu menjadikan musabab untuk kamu terus hidup dan belajar tentangnya…

Utopia

Posted: 21 March, 2011 in Uncategorized

Aku suka menulis. Melalui tulisan aku lebih jujur untuk meluahkan perasaan. Mungkin dengan kata-kata aku menjadi terlalu egois.

Kata-kata menceritakan siapa diri kita. Kata-kata boleh datang dari skrip, sesuatu yang tidak selari dengan apa yang terpancar pada air muka serta tersirat dihati.  

hiding

 
 
 
Terlalu banyak yang kita sembunyi dalam hidup kita. Yang tidak akan ternampak pada pandangan zahir. Ada antaranya yang buat kita akan bersedih untuk sekian lama. Apa yang disembunyikan menjadikan kita kurang jujur dalam kata-kata….
 
Aku selalu ingin meluahkan sesuatu, dengannya aku jadi puas untuk berdepan dengan hidup…
 
 
 
 
Dare to be true: nothing can need a lie: A fault, which needs it most, grows two thereby
George Herbert