Archive for March, 2010

H.I.D.U.P

Posted: 25 March, 2010 in Uncategorized

Selalunya bila kita cuba mencari kelainan, kita juga akan kehilangan kawan. Kelainan itu mengujudkan pertentangan dan ketidaksamaan. Tapi apabila kelainan itu membuahkan sesuatu hasil yang lebih praktikal, kawan-kawan akan datang dengan sendirinya. Itu kenyataan yang dihadapi dalam hidup di dunia ini kan..

Dalam hidup sentiasa ada datang dan pergi. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti

Hidup perlu perubahan. Hidup sentiasa perlu anjakan.

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

Minggu yang lalu aku bercuti hujung minggu di Entebbe dan Kampala di Uganda. Cuba untuk beralih angin untuk seketika. Memerhati keindahan hamparan dunia sambil mencari ketenangan minda. Buat bekal untuk minggu-minggu yang akan datang yang pastinya penuh dengan cabaran. A refreshing and mind reconstruct before struggle days. Phew…

Sesuatu yang menyeronokkan, walau hanya untuk beberapa hari..

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

Keputusan yang dicari itu masih belum ditemui. Mungkin apa yang berlaku pada minggu ini menentukan segalanya….

 

sujud1 Imej dari google

 

Minggu-minggu kebelakangan ni penuh dengan segala kepenatan minda dan fizikal. Dari segala macam perjumpaan hinggalah kepada perancangan. Aku redha, kalau itu sudah menjadi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Minggu-minggu yang akan datang ini mungkin menyaksikan beberapa keputusan penting yang perlu dibuat. Selain dari mendapat persetujuan tertinggi, pertimbangan peribadi juga perlu untuk memberi keputusan yang besar impaknya.

Teringat kata-kata dari dia,

You patut ambil peluang yang ada ini. Tidak ramai yang ditawarkan sebegini. Setujulah,sekurang-kurangnya saya ada kawan disini.

Jika difikirkan dari sudut materialistik memang sepatutnya tiada siapa yang akan melepaskan laba di depan mata. Pulangan pendapatan belasan ribu USD sebulan serta segala macam insentif lain yang pasti menggelapkan pertimbangan hati. Walaupun yang tersayang meredhai apapun keputusan yang aku pilih, tapi hati ini tetap berkata,

Wang puluhan ribu pun tidak boleh menggantikan kesunyian tanpa keluarga disini. Kasih sayang, kerinduan dan tanggungjawab yang tidak dapat dilaksanakan tidak mampu diganti dengan semua kemewahan itu.

Dan hati ini masih tetap belum menemui keputusan yang patut dipilih. Dilema yang akhirnya perlu diputuskan akan hala tujunya…

Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini dan pekerjaan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini dan pekerjaan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya

.

.

.

3 bulan 9 hari, itu lagi hari-hari yang tinggal jika akutidak berniat untuk meneruskan…

United

Posted: 10 March, 2010 in Uncategorized

 

Sesuatu yang terjadi membuatkan kita belajar mengenal hati budi, Sebuah kisah dari beberapa kisah dalam perjalanan hidup. Ketidaksefahaman memberi ruang perselisihan antara manusia.

Aku akur, aku redha. Mungkin ada tanggungjawab aku disitu yang harus dipikul. Seperti yang aku janjikan dalam LOTUS kepada mereka,

“Jika saya berani untuk membuka gelanggang dan mencetuskan keadaan, kenapa saya perlu takut untuk bertanggungjawab dan menghabiskan apa yang telah dimulakan itu”

.

.

Padahari itu dan pagi itu keadaan dan suasana lebih banyak diam. Mungkin masing-masing banyak bermuhasabah diri. Menerima kebenaran dari kata-kata yang penuh kepedihan.

.

Mac kali ini terlalu banyak untuk dikongsikan, mungkin aku terlalu sibuk dan perlu banyak mendiamkan diri.

.

Hidup sentiasa penuh cabaran dan dugaan…..