Archive for July, 2011

ramadhan

 

Yang ditunggu kini kembali lagi. Aku selalu anggap kedatangannya sebagai bulan bonus dan bulan mudah bagi seluruh umat Islam untuk membuat kebaikan dan pahala. Kerahmatan Ilahi yang berada dimana-mana.

Terbenamnya mentari akhir Syaaban, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,  Datuk Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman yang seluruh Malaysia akan mula berpuasa mulai 1 Ogos 2011. Maka, mengambil keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan itu , aku terpanggil untuk membuat ulangkaji dari segala sudut bagi tujuan ingat mengingati bagi menghadapi dan memperolehi keberkatan Ramadhan semaksima mungkin.

 

Dalil dan Garis Panduan Berpuasa

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah dari Ayat 183 hingga 187, terjemahannya,

[183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[184]
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
[185]
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
[186]
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[187]
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

 

Sumber : Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu

 

Niat Berpuasa dan Berbuka

 

Niat berpuasa sebulan,

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

 

 

Niat berpuasa harian,

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

 

 

Niat berbuka Puasa,

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

 

 

Malam Lailatul Qadar

Pada bulan Ramadhan ini, umat Islam telah dijanjikan dengan keberkatan satu malam yang menyamai ibadat seribu bulan seperti maksud Surah Al-Qadr Ayat 1 hingga 5 berikut,

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

 

Sumber : Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu

 

 

Ibadat-Ibadat Bulan Ramadhan

Solat Tarawih

Tadarus Al-Quran

Zakat Fitrah

 

Jadual Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 20
11M/1432H

Yang paling banyak dicari adalah Jadual Berbuka dan Imsak sepanjang bulan Ramadhan ni. Yang biasa aku tengok habis tempat kita tampal dari ofis sampai la kat rumah. Anyway korang bolah lah muat turun Jadual BerBuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 2011M/1432H mengikut negeri dan kawasan seperti link di bawah.

 

Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Putrajaya

Labuan

 

Selangor

Zon 1 – Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang

Zon 2 – Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam

 

Negeri Sembilan

Zon 1 – Jempol dan Tampin

Zon 2 – Seremban, Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu

 

Melaka

Seluruh Melaka

 

Johor

Zon 1 – Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

Zon 2 – Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau berdekatan

Zon 3 – Daerah Pontian dan Kluang

Zon 4 – Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor

 

Pahang

Zon 1 – Pulau Tioman

Zon 2 – Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam Shah

Zon 3 – Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut dan Bera

Zon 4 – Raub, Bentong dan Lipis

Zon 5 – Genting Sempah, Janda Baik dan Bukit Tinggi

Zon 6 – Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands

 

Terengganu

Zon 1 – Kuala Terengganu dan Marang

Zon 2 – Besut dan Setiu

Zon 3 – Hulu Terengganu

Zon 4 – Kemaman dan Dungun

 

Kelantan

Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)

Zon 2 – Jajahan Jeli dan Gua Musang termasuk daerah Galas dan Bertam

 

Perlis

Seluruh Perlis

 

Kedah

Zon 1 – Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena

Zon 2 – Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan

Zon 3 – Daerah Padang Terap, Sik dan Baling

Zon 4 – Daerah Kulim dan Bandar Baharu

Zon 5 – Daerah Langkawi

Zon 6 – Puncak Gunung Jerai

 

Pulau Pinang

Seluruh Pulau Pinang

 

Perak

Zon 1 – Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

Zon 2 – Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar

Zon 3 – Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong

Zon 4 – Temenggor dan Belum

Zon 5 – Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

Zon 6 – Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

Zon 7 – Bukit Larut

 

Sarawak

Zon 1 – Limbang, Sundar, Trusan dan Lawas

Zon 2 – Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi

Zon 3 – Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh dan Bintulu

Zon 4 – Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit dan Song

Zon 5 – Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor dan Rejang

Zon 6 – Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu,Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban dan Lebak.

Zon 7 – Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau dan Meludam

Zon 8 – Kuching, Lundu, Bau dan Semantan

 

Sabah

Zon 1 – Bahagian Sandakan (timur), Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan dan Bukit Garam

Zon 2 – Bahagian Sandakan (barat), Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah

Zon 3 – Bahagian Tawau (timur), Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak

Zon 4 – Bahagian Tawau (barat), Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan

Zon 5 – Bahagian Kudat, Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Kudat

Zon 6Gunung Kinabalu (ketinggian 4,101 meter)

Zon 7 – Bahagian Pantai Barat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar

Zon 8 – Bahagian Pedalaman (atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau

Zon 9 – Bahagian Pedalaman (bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang

 

Sumber: JAKIM

Imej sumber dari Google

 

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari Ramadhan yang dahulu. Semoga kita akan menemui kebaikan dari keberkahan bulan ini.

 

Salam Ramadhan

Ramadhan Kareem

 

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

.

 

Malaysian-Football-Team-2011

FAM Logo

malaysia flag button

 

 

VS

 

 

 

FAS Logo singapore flag button

Singapore-National-Football-Team

 

 


28 Julai 2011

sepak mula 8.45 malam

Stadium Nasional Bukit Jalil


 

Harimau Malaya vs Singapore Lions. Dendam lama…

apa kesudahan keputusannya ?

siapa wira, siapa pemenang dan siapa kecundang ?

kita sama-sama tunggu dan lihat…..

Live streaming Malaysia vs Singapore cuba klik dan cari di link ini.

 

+ update

Aku boleh luahkan rasa kecewa. Hanya Bangga dengan aksi keeper dan Safee Sali sahaja.

Lain-lain hancur. Pasti semua penyokong Malaysia dirundung kecewa.

Pelbagai cerita pasti terlakar. 1 –1 ditanah air sendiri.

Pada waktu penamat 10.38 malam, 28 Julai 2011….

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

.

Introspeksi

Posted: 27 July, 2011 in Uncategorized

Introspection

 

Lokasi : Persimpangan Jalan Ampang yang hari-hari chaos

Subjek : Elektronik Billboard

 

Dalam penat petang hari mengharungi jalan kelam-kabut untuk kembali ke rumah. Terpandang paparan pesanan masyarakat pada papan iklan tersebut,

 

 

Sabda Rasullulah S.A.W,

Apabila datangnya Ramadhan, akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan syaitan-syaitan di belenggu

Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

 

 

Dalamkereta yang berpusu-pusu berebut tempat di atas jalan tanpa memikirkan batas peraturan jalanraya, fikiran menerawang mencerna apa yang dibaca tadi. Aku segera menghisab dan muhasabah diri. Menghitung satu persatu dari segala sudut. Memikirkan apa lagi saki baki hutang yang tidak terlangsai dari Ramadhan yang lalu. Ternyata masih ada yang tidak tertunai. Mungkin ia perlu terus dilaksanakan dengan lebih kekuatan dan tekad pada Ramadhan kali ini. Mudah-mudahan niat dan tekad aku tercapai kali ini…

 

Moga kamu-kamu semua punya masa untuk menghitung diri dari hitungan hari-hari nyawa yang masih berbaki….

.

.

.

.

 

Satu mood yang lain,

Aku bersyukur kerana sentiasa belajar sesuatu dari beberapa siri dalam perjalanan hidup hari ini. Melihat air mata yang tumpah tidak sama seperti mereka yang menyeka air mata itu dari tumpah….

Ramadhan – satu introspeksi diri

 

 

 

kredit imej : fineartamerica – Sandra Bauser

 

 

 

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

 

.

 

Pesanan Ikhlas SHIMI

 

 

 

 

 

 

 

.

.

.

.

.

.

.

.

 

 

 

 

 

.

Rendezvous

Posted: 25 July, 2011 in Uncategorized

 

Kisah ini telah lama berlalu, tapi ia tidak pernah terpadam dari ingatan. Kisah ketabahan seorang wanita bernama Muna. berjuang untuk hidup dengan diri dan keluarganya. Hidup ini sememangnya tidak selalunya indah. Begitu juga dengan dia…

Crying

Cerai dan perpisahan itu seperti menjadi asam garam dalam kehidupan. Namun maruahnya tidak semurah dan semudah itu demi mencari sesuap nasi. Pernah dia bercerita dengan aku dalam esak tangis,

Terlalu sukar melalui perjalanan hidup ini. Lebih banyak derai air mata dari tawa riang menghias jiwa. Adakalanya hati ini juga turut sama menangis, lebih perit, pedih dan sedih dari air mata yang nampak nyata mengalir.

Terlalu banyak kisah yang duka yang dilalui, derainya menjadi saksi tiap keperitan yang ditempuhi. Semua itu berbekas dihati. Beri kesan yang sangat mendalam, jauh di dalam benak hati.

Air mata, hati dan perasaan telah jadi terlalu murah dan mudah…

Aku tahu yang aku semakin jauh dengan dia sekarang. Jauh dari memberi dorongan dan sokongan seperti selalu. Pada pertemuan terakhir dulu, aku mahu dia tahu yang aku sebagai seorang sahabat akan tetap menyokongnya selama hayat ini. Sebagaimana aku melihat dan mengikuti kisahnya sejak dari dulu walaupun hanya dari belakang tabir…..

Pada saat ini, aku tahu dia sedang menjalani hidupnya dengan bahagia. Bahagia dengan hidupnya yang baru. Aku bisa lihat riak gembira itu yang terpancar dari mukanya. Moga bahagia kali ini lebih berpanjangan tidak seperti dulu.

Sebagaimana kisahnya yang terlalu getir, yang selalu dia ungkapkan dalam sebuah lagu yang amat memberi kesan pada perasaan wanitanya.

[wpaudio url=”https://shimi4all.files.wordpress.com/2011/07/crying_thumb1.jpgwp-content/uploads/2011/07/Gio-Bila-Cinta.mp3″ text=”Gio – Bila Cinta” dl=”0″]

Yang segera memberi sedar aku sebagai lelaki untuk menjadi seorang yang lebih berperasaan dalam kehidupan walau dalam apa jua keadaan. Menjadi seorang lelaki yang berjaya menumpahkan air mata kesedihan dari remuk jiwa seorang wanita adalah sesuatu yang tidak dapat aku bayangkan dan menjadi kebanggaan. Kekejaman yang tidak pernah disabitkan kesalahannya yang menjadi satu akta hukuman….

.

.

Kini, keadaan kembali kepada asal. Tanpa punya niat tersembunyi dan kepentingan, aku tetap seperti dahulu, menyokongnya dari belakang dalam keadaan dia tidak mengetahui sebagai menunai janji seorang sahabat yang tidak pernah diucapkan.

Kisah dan pengajaran yang lebih menguatkan kasih sayangku pada keluarga yang aku sayangi..

.

.

.

.

古惑仔之人在江湖

Posted: 25 July, 2011 in Uncategorized

 

 

Aku berkesempatan bersembang dengan Sa hari ini melalui telefon. Dengan nada penuh keinsafan, meluah rasa bersungguh-sungguh. Anjakan paradigma dari seorang lelaki yang menghampiri usia 40an.

Dia kata, “Aku mahu mencari keredhaan dan keampunan pada sisa hidup yang masih berbak. Memohon keampunan pada hati perasaan yang telah dilukai. Menyelesaikan segala hutang piutang perasaan sesama manusia. Memohon taubat atas segala keterlanjuran dalam usia muda dulu”.

Far Away

Aku cukup berbangga dengan Sa. Aku yakin dia benar-benar akan dapat berubah. Secekal hatinya yang aku kenal sejak dari zaman persekolahan hinggalah ke zaman graduasi. Keyakinan yang tidak aku pertikaikan walaupun kami berada jauh ribuan batu.

 

Zaman muda. Masih segar dalam ingatan sewaktu kami bersama teman-teman sefakulti menikmati lagu Cranberries – Ode To My Family pada malam terakhir sebelum aku berangkat meninggalkan bumi Uncle Sam.

 

LOL, hahahaha

 

 

.

.

.

Bosan,

Bosan,

Bosan…

Menyampah

Aku tak mahu dipergunakan dan jadi puppet

Middle man kepada 2 puak yang bertelagah

Memang aku dalam team yang satu lagi tapi,

I’m not stupid, I don’t want to look stupid

easy to digest tanpa usul periksa

but how do I know for sure I’m in right path….

 

not-stupid

Pepatah melayu ada mengajar,

menarik rambut dalam tepung, rambur jangan putus, tepung jangan berserak.

 

cuma,

aku perlu pandai menyusun patah-patah perkataan

memenangi hati semua pihak bukan senang

 

dan nawaitu hanya satu,

membetulkan keadaan, memelihara keaiban dan bukan menjadi hero….

 

 

 

kredit imej : liveandloveoutloud.com

 

 

 

 

.

.

.

.

 

 

 

.