Archive for the ‘Kata Kata’ Category

Hampeh Bukan Hampas

Posted: 16 March, 2009 in Aku, Impian, Kata Kata, Kehidupan, Penat

* Tulislah apa yang terbaik dari apa yang anda dengar, peliharalah apa yang terbaik dari apa yang anda tulis, dan sampaikanlah apa yang terbaik dari apa yang anda dengar dan tulis.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Penat.
Satu perkataan yang cukup untuk mewakili hari ini.
Jiwa penuh kekacauan.

Demoralise
Stay foot here, i don’t let you go“, MeMoNo kata

Macam hampeh tapi bukan hampas

Rupanya senyuman puas aku semalam tidak membawa ke hari ini.
Aku hanya memerhatikan surat tersebut.
Mungkin aku tidak patut mengimpikan Papa Bika Bika lagi….

* quote yang baik untuk sesiapa yang never learn

Advertisements

Lakaran Hidup Kita

Posted: 26 February, 2009 in Hidup, Kata Kata, Prinsip Hidup

“Dalam hidup, kita sentiasa melakarkan sesuatu. Tona dan rona menjadikan warna kehidupan lebih menarik. Lebih terperinci lukisan hidup itu, maka lebih tinggi cabaran melakarkannya. Hitam dan putih menjadikan lukisan hidup itu cuma biasa, kepelbagaian warna menjadikan ianya lebih indah dan lebih bernilai. Acuan lukisan hidup terpulang pada gaya berus kamu dan pallet warna ditangan”.

[auto publish]

Jika kamu rasa diri kamu sentiasa betul,
maka kamu harus diperbetulkan
dan dibuat pembetulan

Upin dan Ipin pun menyampuk, “Betul!, betul!, betul”.

Mungkin kamu biasa dengan quote ini,
“Betulkan sikap kamu, dan segalanya akan jadi betul”

Jika kamu rasa diri kamu sentiasa betul,
maka kamu harus diperbetulkan
dan dibuat pembetulan

Upin dan Ipin pun menyampuk, “Betul!, betul!, betul”.

Mungkin kamu biasa dengan quote ini,
“Betulkan sikap kamu, dan segalanya akan jadi betul”

Semalam di tepian sebuah swimming pool.

Farhan: “Ayah!, esok Raya Cina kan?”.
Aku : ” Ya, kenapa”
Farhan : “Cikgu cakap, malam Tahun Baru Cina ada makan besar”.
Aku: “Ha ah”.
Farhan : “Makan besar tu Big Food la ayah”
Aisyah : Ehh, Big Foot tu yang badan dia besar berbulu-bulu tu. Mana ada masa Raya Cina.

Aku terjun membasahkan badan, meninggalkan mereka dengan pertengkaran fakta mereka.
Bergayut di tebing dan mereka masih menegakkan hujah masing-masing.

Aku : “Diaorang mula-mula Big Food, lepas tu main mercun banyak-banyak pasal takut nanti Big Foot datang kacau masa raya”.
Aisyah dan Farhan : “Ooooo”.
Aisyah : “Jom, kita mandi”.

Kanak-kanak memang perlu penjelasan yang pelik.

Terlalu hambar rasanya disini. Punyai sesuatu tetapi terasa kosong. Tiada bait-bait bicara indah yang mampu dinukilkan. Terlalu buntu. Aku mahu kembali seperti dahulu…

Bermain-main dengan masa, seperti mahu diputarkan kebelakang. Riang berlarian seperti kanak-kanak. Ingin meneroka setiap inci dunia, bereksperimen dengan alam dan mempersoalkan segala apa yang baru. Yang berlalu tetap berlalu…

Hidup sebagai dewasa umpama seorang pemburu. Memburu untuk hidup dan untuk survival. Masih berkejar-kejaran dalam menentukan kelansungan hidup. Masih bereksperimen dengan alam dan penghuninya dan belajar untuk tidak mempersoalkan segala qadha dan qadar. Situasi yang seakan sama dalam usia berbeza.

Dalam beberapa ketika aku masih seakan berada masih dalam dunia keanak-anakan, dan ada kalanya aku berfikir tentang apa yang bakal berlaku di masa depan. Menjadi pemburu yang memburu dan tidak diburu. Menjejak tanpa meninggalkan jejak. Memberi contoh kepada yang patut mencontohi. Tanggungjawab dalam menentukan kelansungan…

Jangan bilang tidak, jika kita belum mencuba…

Hidup Itu Satu Seni

Posted: 11 January, 2009 in Aku, Anak, Hidup, Kata Kata, Kebahagiaan, Seni

Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal

Petang. Dalam perjalanan ke taman permainan.

Shabira : “Ayah tengok!, Santos tengah cat rumah orang”.

Aku : mmmmmm

Farhan : “Santos tu dulu Santa Claus, sekarang dah habis Krismas dia jadi tukang cat”.

Aku : oooooooo

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Malam. Apa harus aku buat bila aku pun tak tahu nak buat apa.
Mencari sesuatu untuk dibaca dan aku belajar sesuatu dari petikan kata-kata Leibnitz,

Keutamaan adalah satu kesenian, di dalam mencapai kebahagiaan diri sendiri, dengan jalan membahagiakan orang lain

Aku : Hidup, terlalu banyak untuk dipelajari dan difahami untuk lebih memahami dan menguasai. Hidup penuh dengan falsafah, falsafah menjadikan hidup itu berseni. 😉

Ini bukan gambar aku tapi aku cari dari gugel