Archive for June, 2009

10.01 minit pagi, tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum aku berangkat pergi. Semua yang dilihat pada pandangan mata terasa sangat sentimental. Pada pokok dianjungan aku berpesan agar dia terus subur mekar walaupun tanpa aku disini.

Aku tidak pernah lagi merasai perasaan sebegini, walaupun telah merata aku pergi. Tapi kali ini ianya sesuatu yang sukar untuk diungkapkan apa yang terbuku dihati.

Aku masih ingat kata-kata pesanan itu semalam dihari terakhir aku pejabat. “Menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik dan terpilih”.

InsyaAllah, moga dipermudahkan segalanya kepada aku.
Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah a.k.a SHIMI

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Dengan izinNya juga aku tetap akan bersiaran disini. Semua itu bergantung dengan kemudahan dan sedikit penyesuaian diri.

Advertisements


Aku rasa gambar-gambar itu sudah menceritakan segala-galanya. Perjalanan ini semakin hampir hampir, kurang 48 jam dari entri ini dipublish. 5 kotak excess baggage telah diambil oleh wakil DHL petang tadi. E-ticket pun dah aku terima dengan keseluruhan perjalanan diudara selama 15 jam 40 minit dengan 2 hari perjalanan mengikut arah zon masa. Kamu tahu berapa tambangnya, USD3930.

24 Jun jam 8.15 malam aku akan memulakan satu perjalanan baru di dalam laluan hidup aku. Ke satu dunia yang amat asing dari segi segala-galanya. Meninggalkan yang tersayang demi untuk menyahut untuk menjadi yang terbaik dikalangan terbaik.

Disaat-saat akhir ini, aku bersyukur segala kekeruhan itu telah menjadi jernih. Walau pedih rasanya, namun ia adalah yang jalan terbaik.

Doakan semoga aku selamat pergi dan kembali. Moga harapan menjadi yang terbaik dikalangan terbaik dimakbulkan. Dan dikejauhan itu, S.H.I.M.I adalah tempat terbaik untuk aku meluah rasa.

Au Revoir la Malaisie

 

23 Februari 2001, hari itu mengubah hidup aku kerana bergelar seorang bapa. Aku berikan nama anak itu Muhamad Danish Farhan. Hari yang indah dan keseronokan yang tidak dapat diungkapkan oleh sesiapapun lelaki yang bergelar bapa. Aku cuba mulai belajar menyesuaikan diri dengan tawa nangis seorang anak.

10 April 2002, hari itu aku telah menjadi bapa kepada 2 orang anak. Kali ini aku dianugerahkan Ilahi seorang puteri yang aku beri nama Aidzatul Shabiradalia. Semakin besar mereka, semakin besar cabaran yang harus dipikul. Adakalanya hati merintih dalam diam dengan dugaan yang dirasai dan perasaan itu hilang apabila melihat mereka mulai memasuki alam persekolahan.

29 Oktober 2006, menyusuli seorang putera bernama Muhamad Fahim Khair anugerah dari Ilahi. Masih segar segala pertanyaan dan soalan pada setiap benda yang dilihat. Ni..itu, ni.. ini, ni…sana dan ni…situ. Segalanya cuba ku penuhi dengan baik dan penuh kesabaran walaupun ia berulangkali. Aku semakin matang dalam dalam melalui perjalanan hidup menjadi seorang bapa yang baik.

21 Jun 2009, hari ini Hari Bapa. Setelah melalui tempoh 3 episod itu, hari ini aku semakin mengerti dan memahami pengorbanan abah suatu ketika dahulu. Kenapa abah tidak mahu ke hospital atau klinik apabila ada sakit pening? Kenapa abah makan lambat-lambat dengan sedikit nasi dan lauk? Kenapa baju abah jarang bertukar? Semua itu terjawap dalam hati ini kini.

Sayangnya, 19 Februari 2009 Allah lebih menyayangimu dan menjemput abah lebih awal kembali kesisi-Nya tanpa berkesempatan untuk melihat anak ini membesar, apatah lagi untuk merasa hasil pengorbananmu untuk anak ini membalas jasa.

Abah, seperti tahun-tahun dahulu, ketahuilah bahawa kasih sayang ini tidak pernah pudar. Kekaguman anak ini tidak pernah menyusut sedikit pun. Jika ada sesal pun dalam hati ini adalah pada hari anak ini berkahwin tanpa hadir abah disisi. Pada hari anak ini menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya untuk dipersembahkan kepada abah bagi melengkapkan jumlah zuriat keturunan kita. Sesungguhnya qada dan qadar Ilahi tidak boleh dipertikaikan dan disesali. Keredhaan dihati patut mendahului segalanya dengan hikmat dari-Nya.

Abah, moga anakmu ini bisa menjadi bapa yang baik kepada cucu-cucumu sepertimana contoh kebaikan yang abah telah berikan. Moga abah damai disana, dicucuri rahmat dan mendapat kerahmatan Ilahi.

Tiada kad, tiada hadiah, tiada ucapan dan tiada jamuan pada kali ini sama seperti Hari Bapa yang pernah aku lalui puluhan tahun kebelakangan ini. Hanya Al Fatihah mengiringi pemergianmu.

Al Fatihah kepada arwah Mahat bin Hj Ibrahim

Semoga kalian menghayati kehadiran dan pengorbanan seorang bapa dalam hidup walau sebagaimana teruk pun dia, dialah darah daging kamu, dialah bapa kamu. Selamat Hari Bapa.

déçu

Posted: 18 June, 2009 in Uncategorized

 

“You  can close your eyes to the things you do not want to see, but you cannot close your heart to the things you do not want to feel”


Terlalu banyak emosi yang menyelubungi. Rasa kecewa, sedih dan terpinggir bermain dijiwa sedang dalam mulut aku berat untuk berkata-kata. Tidak perlu dirungkai apa yang aku rasa. Cukuplah ia menjadi rahsia hati dan emosi kerana telah ada hati yang terluka.

Ponder over yonder

Posted: 16 June, 2009 in Uncategorized

 

 

Aku tidak tahu memulakan perkongsian disini. Terlalu banyak yang tidak mampu diperkatakan.

 

Apakah lagi pengorbanan besar seorang isteri selain bertarung nyawa melahirkan zuriat. Mungkin melepaskan pemergian seorang suami yang akan berjauhan dari pandangan mata dan hilang tempat meluah perasaan

 

Life is a song … sing it.
Life is a game … play it.
Life is a challenge … meet it.
Life is a dream … realize it.
Life is a sacrifice … offer it.
Life is love … enjoy it. 

 

sigh.. and hope

breathe a sigh of relief


suatu kemaafan yang dimohon jika aku sekadar lalu dilaman kalian dan tidak meninggalkan sebarang jejak. Aku masih menjadi pembaca yang setia yang mengikuti cerita indah kehidupan kalian.

Kala air mata ini tumpah

Posted: 15 June, 2009 in Uncategorized

 

Tadi aku menangis. Menangis bersama dia. Mencurah perasaan apa yang terbuku selama ini. Aku bakal merindui dia.

Aku lihat air matanya juga tumpah. Baru hari ini dia bersuara, membuka cerita mencurah perasaan juga. Ya! dalam waktu-waktu yang sukar dia terpaksa melepaskan aku pergi.

Dengan air mata ini aku belajar untuk tabah. Dengan air mata dia aku mengenal erti sebuah kasih sayang.

The battle has begun

Posted: 9 June, 2009 in Uncategorized

This is to confirm the selection of your candidates for TOD with xxxx.

Approval is given for above nominee to be deployed by 24 June 2009
in accordance with the note indicated by the approving superior.
Best regards
Fax dari New York itu aku tatap berulang kali. 24 Jun, tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi. Pertanyaan yang pertama timbul dalam fikiran aku, ” Sudah bersediakan aku?”. Hari ini aku lebih banyak termenung.
Sekembalinya aku di rumah, aku merenung susunan 5 kotak jumbo DHL dibilik kecil. Minggu hadapan adalah tempoh untuk kotak-kotak itu diambil dan berangkat. Seperti tidak percaya, perasaan berkecamuk yang bercampur baur di dalam hati. Rupanya pelaksanaan tidak semudah perancangan.
Terlalu banyak yang aku fikirkan dibenak ini. Tempoh 2 minggu itu terlalu banyak yang perlu aku lakukan. Bersua dengan semua staf dan rakan untuk memohon maaf. Menghabiskan masa bersama dengan anak dan isteri tersayang. Jiwa, perasaan dan hati tidak mampu berbohong.
Ahh! aku terlalu serius sejak kebelakangan ini disini. Tiada ketawa girang dan senyum manis lagi disini. Moga kamu tidak ambil pusing. Moga juga girang itu akan kembali setelah aku dapat menyesuaikan perasaan dan diri. Mengenal diri dan erti diri…