Archive for April, 2011

Jalan-jalan

Posted: 30 April, 2011 in Uncategorized

Pagi-pagi ada janji.

janji dengan anak-anak, nak jalan-jalan.

Bukan jalan-jalan cam ni

Congolese Mother with her daughter

jalan-jalan guna kenderaan

kenderaan saya biasa-biasa aje

tapi taklah guna kenderaan sebegini

Congolese Wooden Bike

jalan-jalan tempat dah banyak kali jalan

dulu-dulu selalu berjauhan, kurang masa nak berjalan-jalan

selamat berhujung minggu (yang ada sikit panjang)

Jom jalan-jalan

I jalan dulu ya……

.

.

.

Advertisements

Grace

Posted: 29 April, 2011 in Uncategorized

UBAT

Wang mampu dicari, tapi nikmat kebahagiaan tidak

Makanan lazat boleh diperolehi, tapi nikmat merasai tidak

Kemewahan boleh dicari, tapi keberkatan hidup tidak

Tilam mampu kita beli, tapi nikmat tidur tidak

Ubat mampu kita beli, tapi nikmat kesihatan tidak

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.  Masa sihat sebelum sakit, Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), Masa lapang sebelum tiba masa sibuk, Masa muda sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati. ~ Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

Rasa sedikit demam dan sakit kepala.

Sakit itu merupakan salah satu ujian dari pelbagai ujian dalam hidup.

Sakit itu bukan mudarat tapi nikmat yang tersembunyi untuk dihayati

Rasulullah SAW bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim hatta luka yg disebabkan tertusuk duri, maka Allah akan menghapuskan dosa-dosanya ~ Riwayat Abu Hurairah RA

Nikmat untuk dinikmati, nikmat untuk disyukuri….

Dalam kita mengejar dan mencari keghairahan dunia di laman maya ini,

Lembutkanlah sedikit jiwamu pada hari ini, perbanyakkanlah mendengar…

.

.

Jika aku diberi peluang…..

Posted: 28 April, 2011 in Uncategorized

Aku selalu ingat kisah ini bila setiap waktu makan dengan keluarga, especially kalau yang tersayang tak dapat makan bersama kerana sibuk melayan kerenah si adik. Sambil menikmati hidangan yang menyelerakan kita selalu terlupa dengan orang yang bersusah payah menyediakan. Kini, setelah aku berkeluarga, aku menyedarinya dan tak mahu ia berulang lagi.

Sisa Tulang Ayam

kredit imej : flickr husni thamrin

Kalau dulu masa waktu makan, Mak selalu tunggu kami makan dulu. kononnya mak penat nak berehat sekejap. Rupanya Mak akan makan baki lauk yang tertinggal selepas kami makan. Kami orang susah, bukan ada banyak lauk pun, masak hanya cukup-cukup. Mak akan makan apa saja yang tinggal hatta saki baki daging pada tulang ayam atau hanya kuah sayur kerana PENGORBANAN perasaan kepada anak dan keluarganya. Mak tak pernah sesekali simpan lauk atau sorok lauk untuk dia kecuali untuk Abah atau sesiapa dari adik beradik kami yang tak sempat makan bersama. Namun untuk dia tidak sama sekali..

Anak-anak yang lapar mungkin dah mengajak mak makan bersama, tetapi alasan pengecualian menjadikan kami terlupa. Mak tak pernah merungut atau tunjuk perasaan kecewanya, kasih sayangnya pada anak-anak tak pernah padam.

Kita takkan pernah merasa sensitif dengan keadaan yang berlaku sehingga ia telah berlalu dan baru menyedarinya. Aku belajar dan mengajar anak-anak aku agar sensitif dan peka dengan setiap perkara. Sayangkan keluarga dan prihatin dengan semua orang. Aku sepeerti mahu menangis bila mengenangkan cerita itu. Ingatlah sentiasa pada orang yang membesarkan kamu dengan berkat ait tangannya.

Kalau aku diberi peluang, aku mahu makan sisa baki yang Mak makan. Aku mahu Mak makan sepuasnya, menikmati kelazatan yang telah lama dia korbankan dulu. Namun peluang itu telah tiada, itu sekadar jadi impian, jadi sempadan buat pedoman. Jadi pengajaran pada mereka yang masih bernyawa lagi…

Keindahan susunan ayat dan bahasa takkan mampu menceritakan luahan hati. Runtunannya yang bergejolak sebagai penyesalan. Bersahaja aku bercerita tentang kisah benar yang pernah aku lalui. Moga jadi pengajaran, moga aku diampuni, moga Mak dirahmati disana….

.

.

You can lead a horse to water, but can’t make it drink                              ~ Old English Proverb

Old English Proverb

Hanya kita yang mampu mengubah nasib kita sendiri. Segalanya sudah terhidang di depan mata di mana faktor utamanya adalah hati kita. Edward D. Bono, Stephen Covey, Peter Drucker  or anybody else pun takkan dapat menetukan kamu boleh berjaya dan berubah.

Hidup perlu bimbingan. Beri nafas baru, terima cara baru, thinking outside the box.

Hari ni, hari pertama kursus jabatan di Sungai Buloh, bersama ‘mahasistua’. Tak banyak nak dikongsikan selain idiom di atas untuk renungan.  Walaupun hari ini dimulakan dengan sesat mencari jalan kononnya nak short cut. Hampeh, GPS tertinggal. So jalan paling selamat patah balik dan ikut jalan yang aku tahu. Mengejar masa bukan waktu sesuai untuk trial and error.

4 days more to go……

.

.

.

Commit

Posted: 24 April, 2011 in Uncategorized

Aku seorang lelaki berkeluarga, punya 4 anak yang sedang membesar. Mungkin juga sama seperti kamu, kehiupan di kota dengan pelbagai cabarannya. Seperti rasanya masa ini terlalu cepat berlalu, melihat mereka kini sedang membesar di depan mata. Masa itu tetap akan berlalu, realitinya tidak akan terhenti walau sedetik pun. 

Happiness Family Time

Kredit imej : www.motherproof.com

Isnin  – Jumaat. Pertarungan diri ditempat kerja. Mencari rezeki halal demi sesuap nasi buat keluarga. Stress, timbunan kerja, email yang perlu disemak dan dibalas, segala macam perancangan. Semua itu tidak mematahkan semangat dalam mengejar matlamat.

Hujung minggu tiba. Masa untuk anak-anak dan keluarga. aku mahu melupakan semua tentang dunia kerja. Tapi pertarungan masih lagi tidak berkesudahan tetapi venue yang berbeza. Semua itu masih kerana keluarga. Di dapur, bersahabat dengan apron, kuali, senduk dan bahan-bahan masakan. Berkongsi citarasa bersama, Seperti susah payah mencari rezeki sesuap nasi, kini semua bersatu menyiapkan satu hidangan bersama.  Hati rasa puas bila melihat senyuman yang terbit serta riang ketawa mereka.

Bila berpeluang menghabiskan masa dengan mereka, aku terasa seperti ingin menghentikan masa. Tidak mahu ia berlalu, biar ia sebegitu sahaja. Memandang hilai ketawa dan berkongsi cerita dimeja makan. Itulah nikmatnya hidup berteman.

Ada masanya aku suka bercerita dengan mereka. Kisah tentang kesusahan hidup yang pernah aku lalui di zaman kanak-kanak seusia mereka. Zaman terus berubah, kesukaran juga berbeza, kita di bumi bertuah ini tidak merasakan bagaimana sukar untuk mendapatkan makanan. Ku ceritakan pengalaman aku suatu ketika dahulu di bumi DR Congo. Mengajar erti bersyukur tanpa membazir dan kisah-kisah kesukaran menyediakan makanan jauh di bumi asing. Moga anak-anak ku dapat pengajaran darinya…

Didiklah anak-anakmu itu berlainan caranya dengan kamu sekarang, kerana mereka telah dijadikan Allah untuk zaman yang bukan dari zamanmu. ~ Saidina Umar Al-Khattab

 

Anak itu cerminan diri. Tertibnya diri dan kelakuan mereka, membawa nama kita bersamanya. Seperti diri aku juga, siapa aku sekarang adalah dari susah payah Mak dan Abah dahulu. Cuma mereka tidak berkesempatan melihat cucunya membesar sekarang…..

.

.  .

Tudo Por Amor

Posted: 24 April, 2011 in Uncategorized

Aku suka mendengar bait-bait lagu ini. Kisah tentang janji, kisah tentang sumpah setia. Sesuatu yang sebenarnya tidak mudah untuk dilaksanakan. Sama sekali tidak seperti gambaran tulus ketika menyanyikannya. Tersurat mungkin tidak sama seperti yang tersirat.

Kepercayaan dan teguh memeliharanya mungkin sebagai kata kunci

Puluhan tahun dahulu, aku pernah merasa bagaimana rasa percaya itu dikhianati…

Melepaskan lelah dari jerih kepayahan perjalanan itu, membuatkan aku tersandar. Buku itu masih ditangan, mencatat setiap apa yang terlintas dibenak fikiran sepanjang perjalanan ini. Hadaman pancaindera yang diterjemahkan ke dalam ayat-ayat tulisan. Luah rasa perasaan sepanjang perjalanan kehidupan. Bekal pedoman di masa depan.

Andai perjalanan hidup ini seperti filem yang boleh ditayang semula, pasti ramai yang akan jadi gila. Menyembunyikan apa yang tidak mampu disembunyikan. Kekuasaan Ilahi yang tidak menjadi takdir manusia sebegitu. Ditimpa malu dengan kata-kata yang pernah diluah dan juga perbuatan-perbuatan yang dilakonkan di pentas dunia ini. Terlalu sadis adakalanya kehidupan ini.

Seperti aku, hanya disini aku mampu meluahkannya, tiada upaya untuk berkata-kata….

.

.

.

.  .

Hidup sentiasa perlu bantuan dan bimbingan. Langsung atau tidak bukan persoalannya. Perlu akur sebagai manusia yang lemah. Adakalanya bantuan itu datang dalam bentuk ilham, kata-kata mahupun susunan ayat.

Aku suka dengan puisi dan berpuisi cuma tidak sampai ke tahap lagenda. Yang pasti aku suka puisi dari lagenda bernama Khalil Gibran.  Sesuatu yang ingin dikongsi, mungkin juga boleh jadi ubat hati kepada kamu pada hari Jumaat yang dirahmati..

 
 

Tanya Sang Anak

Konon pada suatu desa terpencil
Terdapat sebuah keluarga
Terdiri dari sang ayah dan ibu
Serta seorang anak gadis muda dan naif!

Pada suatu hari sang anak bertanya pada sang ibu!
Ibu! Mengapa aku dilahirkan wanita?
Sang ibu menjawab,”Kerana ibu lebih kuat dari ayah!”
Sang anak terdiam dan berkata,”Kenapa jadi begitu?”

Sang anak pun bertanya kepada sang ayah!
Ayah! Kenapa ibu lebih kuat dari ayah?
Ayah pun menjawab,”Kerana ibumu seorang wanita!!!
Sang anak kembali terdiam.

Dan sang anak pun kembali bertanya!
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ayah?
Dan sang ayah pun kembali menjawab,” Iya, kau adalah yang terkuat!”
Sang anak kembali terdiam dan sesekali mengerut dahinya.

Dan dia pun kembali melontarkan pertanyaan yang lain.
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ibu?
Ayah kembali menjawab,”Iya kaulah yang terhebat dan terkuat!”
“Kenapa ayah, kenapa aku yang terkuat?” Sang anak pun kembali melontarkan pertanyaan.

Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan penuh kelembutan. “Kerana engkau adalah buah dari cintanya!
Cinta yang dapat membuat semua manusia tertunduk dan terdiam. Cinta yang dapat membuat semua manusia buta, tuli serta bisu!

Dan kau adalah segalanya buat kami.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan kami.
Tawamu adalah tawa kami.
Tangismu adalah air mata kami.
Dan cintamu adalah cinta kami.

Dan sang anak pun kembali bertanya!
Apa itu Cinta, Ayah?
Apa itu cinta, Ibu?
Sang ayah dan ibu pun tersenyum!
Dan mereka pun menjawab,”Kau, kau adalah cinta kami sayang..”

Khalil Gibran

Anak Anak Ku Tersayang

Jika kamu punya anak mahupun sebagai seorang anak. Belajarlah sesuatu darinya. Sesuatu kebaikan itu mungkin datang dalam pelbagai bentuk sebagai renungan dan panduan….

Aku rindu Ibu, aku rindu Ayah, tiba-tiba rasa sebak……

.

. .