Archive for January, 2009

Semalam di tepian sebuah swimming pool.

Farhan: “Ayah!, esok Raya Cina kan?”.
Aku : ” Ya, kenapa”
Farhan : “Cikgu cakap, malam Tahun Baru Cina ada makan besar”.
Aku: “Ha ah”.
Farhan : “Makan besar tu Big Food la ayah”
Aisyah : Ehh, Big Foot tu yang badan dia besar berbulu-bulu tu. Mana ada masa Raya Cina.

Aku terjun membasahkan badan, meninggalkan mereka dengan pertengkaran fakta mereka.
Bergayut di tebing dan mereka masih menegakkan hujah masing-masing.

Aku : “Diaorang mula-mula Big Food, lepas tu main mercun banyak-banyak pasal takut nanti Big Foot datang kacau masa raya”.
Aisyah dan Farhan : “Ooooo”.
Aisyah : “Jom, kita mandi”.

Kanak-kanak memang perlu penjelasan yang pelik.

Advertisements

Big Food, Big Foot dan Raya Cina

Posted: 26 January, 2009 in Uncategorized

Semalam di tepian sebuah swimming pool.

Farhan: “Ayah!, esok Raya Cina kan?”.
Aku : ” Ya, kenapa”
Farhan : “Cikgu cakap, malam Tahun Baru Cina ada makan besar”.
Aku: “Ha ah”.
Farhan : “Makan besar tu Big Food la ayah”
Aisyah : Ehh, Big Foot tu yang badan dia besar berbulu-bulu tu. Mana ada masa Raya Cina.

Aku terjun membasahkan badan, meninggalkan mereka dengan pertengkaran fakta mereka.
Bergayut di tebing dan mereka masih menegakkan hujah masing-masing.

Aku : “Diaorang mula-mula Big Food, lepas tu main mercun banyak-banyak pasal takut nanti Big Foot datang kacau masa raya”.
Aisyah dan Farhan : “Ooooo”.
Aisyah : “Jom, kita mandi”.

Kanak-kanak memang perlu penjelasan yang pelik.

Semalam. Obama angkat sumpah jadi Presiden AS ke44. Aku, sumpah tak tengok.

Semalam aku dengan sepasang kasut hitam baru. Pertama kali dan sangat istimewa. Memakainya seperti terdapat pemisahan kasta, tidak sama seperti kasut-kasut mereka. Aku bukan kasta Brahmin, juga bukan Paria. Kasta duniawi semata-mata. Aku cuba jadi seperti hari-hari sebelumnya.

Semalam, sebuah rumah dari hasil satu kejutan. Kuncinya ditangan. Didalamnya lampu-lampu yang bergemerlapan. Kaca-kaca yang bersilauan. Indah dan kemas buatannya. Cuacanya sungguh dingin dan segar. Cukup terharu dengan usaha sidia selama ini. “Rumahku Syurgaku”, sidia berkata. Dalam hati aku punya rasa bangga.

Semalam, penuh kejutan dan perkara yang tidak disangka-sangka dan aku tidak berjalan mendabik dada pada hari ini

Kredit imej pada BAAS Art Gallery

Bila mendongak ke langit, apa yang kamu lihat?
Bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
Layakkah kamu dipayungi oleh semua itu?

Bila kamu tunduk ke bawah, apa yang kamu nampak?
Rumput, tanah, pepasir, air atau kaki kamu yang bersepatu
Layakkah kamu untuk memijak dan melangkah diatasnya?

Bila kamu menutup mata, apa yang kamu rasa?
Udara yang berhembus yang meresapi liang dada.
Layakkah kamu untuk menghirupnya?

Kamu manusia yang berada diantaranya. Mengejar cita, mengejar nikmat dari Dia. Terlalu banyak yang telah melimpahi kamu hingga kadang terlupa erti syukur. Tiada erti mengenang budi bahkan mungkin noda yang kamu balasi.

“Kejam, tidak berhati perut dan tidak mengenang budi”, mungkin itu yang kata-kata yang terhambur dari mulut manusia jika kamu lupa diri. Tapi bagaimana kata-kata nista yang harus dihamburkan apabila kamu lupa diri pada Maha Pencipta?

Hari ini, esok atau seterusnya selagi nafas ada,
aku masih lagi dipayungi bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
aku masih lagi memijak rumput, tanah, pepasir, air dengan atau tanpa sepatu dikaki.
indahkan…!

Aku cuba memahami, kenapa pepatah Melayu berkata,
“dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak”

tapi itu dengan redha-Nya…

Dongak, Tunduk, Lihat dan Rasa

Posted: 19 January, 2009 in Uncategorized

Mungkin kerana mood AJL
aku terasa seakan dekat dengan lagu ini
sesuatu yang pernah aku rasakan suatu masa dahulu
dalam hidup mengejar erti dewasa
belajar mengenal erti cinta

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Faizal Tahir – Cuba

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas untuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

cuba untuk melupakannya
tidak mudah
tapi tanpa kamu juga
aku telah punya kehidupan baru

memang dalam hidup dan cinta
perlu banyak mencuba

Bertanya kenapa?
Kalau cinta itu indah,
kenapa masih banyak yang terluka
Kalau cinta itu pedih,
kenapa masih banyak yang menyanjunginya

dan jawapnya ada pada aku dan kamu
yang melaluinya…
malam ini,
aku cuba melayan rasa hati ini

nota kaki : jangan sesekali kamu berani untuk cuba buka baju atau zip bila layan lagu ini!