Archive for September, 2008

Salam Aidil Fitri 1429H

Posted: 30 September, 2008 in Uncategorized

“Ada ketika mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata, fikiran khilaf menafsir dan hati silap menduga. Dihari yang mulia ku hulurkan kemaafan dan memohon keampunan.”

“Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicari. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang bialah nampak muko. Kok poie bialah nampak belakang. Nang jauh dimbau, nang dokek digamit. Seuntai salam, sejambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso.”

SALAM AIDIL FITRI 1429H
dari
SHIMI SEKELUARGA
dari jauh ku mohon maaf
buat kalian semua yang mengunjungi SHIMI

* hari ini Hari Raya [auto publish]

Advertisements

Aku Ingin Pulang

Posted: 30 September, 2008 in Aidil Fitri, Hidup, Kepulangan, Perasaan
Hari terakhir bekerja sebelum bercuti Hari Raya tahun ini. Semalam lagi pejabat macam lengang je. Muka-muka staf yang ada macam tak de mood untuk bekerja. Deman Hari Raya telah mula melanda.

Aku ingin pulang. Lain rasanya pulang untuk berhari raya. Hari Raya yang mengumpulkan sanak saudara dan sahabat handai. Tiada hari yang lebih baik dari hari itu dalam setahun. Semoga perjalanan pulangku dipermudahkan, diberi perlindungan dan keselamatan.

Sekali lagi aku mohon maaf disini atas segala gurisan hati serta rasa duka sepanjang berada disini. Aku ingin pulang.

Teringat kata kawan aku “Orang gila je yang kerja sehari sebelum Raya ni”. Ye ke, aku gila”, tanyaku pada hati. Tapi kelihatan orang disekitar pejabat seakan sasau tanpa arah. Mungkin benar teori itu. Benar, aku mahu pulang. Waktunya sekarang.

Sayu melihat TVC Hari Raya ini

Aku Ingin Pulang

Posted: 29 September, 2008 in Uncategorized

Benar. Aidil Fitri itu perlu hadir bersama kasih sayang. Tiada penafian untuk disanggah. Sebagaimana benarnya kasih sayang ibu dan ayah kepada aku. Sebagaimana korbannya mereka untuk membesarkan anak ini. Payungan kasih sayang yang melindungi, tetap ada walaupun mereka telah pergi.

Menerawang, memori bersama mak. Mak juga sibuk macam ibu-ibu yang lain untuk menghadapi Syawal. Aidil Fitri itu mungkin tidak sempurna tanpa kuih bahulu, kerepek ubi kayu berwarna merah, kuih siput. Juadah di pagi raya memang istimewa walaupun tiap tahun juadahnya tetap sama. Nasi impit dengan rendang ayah kampung. Sesekali dalam beberapa tahun mungkin dijamu dengan lemang. Hanya itu kemampuannya ketika itu. Persalinan baju raya bukan ukuran, ang pau di pagi raya bukan penanda aras kasih sayang. Senyum mak ketika bermaafan dipagi raya tetap ku tagih hingga kini.

Abah. Tegasmu tetap dengan kasih sayang walaupun tiada pengucapan. Aidil Fitri tetap disempurnakan kehadirannya sebaik mungkin. Kayuhan basikal mu kehulu hilir mencari bahan. Abah tidak bertanya baju apa hendak dipakai di pagi raya. Anak ini juga tidak berkata apa-apa tentang itu. Kita semua menyambut Aidil Fitri seperti seadanya. Tetap meriah juga. Meriah itu kerana Aidil Fitri hadir bersama kasih sayang.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata mak pada aku suatu hari itu ketika abah sakit-sakit. “Abah kau bukan tak nak pegi hospital, tapi fikir nak simpan duit belanja kau kesekolah. Sekolah asrama banyak pakai duit”. Jiwamu kau korbankan. Begitu juga mak, tetap diam walau anak ini membentak tidak sedar untung apabila menginginkan sesuatu yang diluar jangkauan. Tetap mengusap lembut penuh kasih sayang apabila anak ini baring dipangkuanmu. Kasih sayang itu mendahului segala keperluan peribadi mak dan abah. Sungguh agung.

Sedar dari lamunan. Melihat anak-anak yang berseronok memilih pakaian untuk Aidil Fitri. Senyuman terpancar dari riak muka mereka, tergambar akan meriahnya Aidil Fitri dengan persalinan baru mereka. Isteri tersayang mengejutkan pandangan, ” Ambillah sehelai dua baju.”
“Tak pelah, baju yang ada pun banyak lagi dan masih elok. Biarlah sayang dan diaorang je yang beli baju. Lagipun diaorang cepat membesar, baju kena tukar selalu. Lagipun, baru itu hari kan beli baju,” balas aku beserta penerangan.

Sesungguhnya kasih sayang naungan mak dan abah itu melimpahi jiwa anak ini. Kini ia jadi tanggungjawab aku untuk meneruskannya. Mendahului keperluan mereka lebih dari keperluan peribadi. Benar. Aidil Fitri nampak sempurna apabila lihat mereka yang dibawah payung kasih sayang itu gembira. Suatu masa dahulu tidak lagi boleh disamakan dengan masa nyata ini. Garapannya berbeza tapi kasih sayangnya tetap sama. Aku sentiasa ingat akan itu, persalinan baju raya bukan ukuran, ang pau di pagi raya bukan penanda aras kasih sayang.

Jangan kata hati tidak merindu. Jangan kata jiwa tidak merana. Jangan sebut perasaan menderita. Jangan hadir Aidil Fitri itu bersama tangisan. Air mata perlu diseka, senyuman dituntut. Riak wajah ceria itu bawa semangat memayungi mereka

Sesungguhnya Aidil Fitri itu perlu hadir bersama kasih sayang…
Semoga mak dan abah damai disana, kasih sayangmu tetap tidak terkubur..

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Ucapan
Terima kasih kepada kalian yang sudi memberikan tanda ingatan kad raya khususnya nrina.

http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Ucapan
Terima kasih kepada kalian yang sudi memberikan tanda ingatan kad raya khususnya nrina.

Prolog
Hujung-hujung Ramadhan, mengingatkan kita pada sesuatu. Tibanya Syawal, yang ditunggu-tunggu dan hadirnya Aidil Fitri pasti menggamit perasaan. Tika kita sibuk dengan segala macam persiapan, dia tetap begitu. Jiwanya masih kosong keseorangan. Membesarkan anak yang bertiga itu bukan mudah bagi seorang wanita. Kelihatan optimis disebalik pesimisnya.

Aku bukan berkisar tentang dia. Cuma ketabahannya yang aku kagumi. Menyelami ketabahannya tidak sama seperti dia yang menanggungnya. “Kita manusia tidak punya cerita hidup yang sama”, aku cuba menungkap kembali ayat-ayat pilu Sa.

Aidil Fitri itu bererti kemenangan. Aidil Fitri juga sinonim dengan kasih sayang. Aidil Fitri punya pelbagai emosi. Aidi Fitri juga datang dengan kenangan. Tanyalah pada seorang ibu pada ibu yang kehilangan anak mengenai makna Aidil Fitri? Tanyalah maknanya juga pada seorang isteri yang kehilangan cinta seorang suami? Sukar dan penuh kesedihan.

Aidil Fitri itu tidak bermakna tanpa payungan kasih sayang. Riak muka mungkin boleh berbohong dengan bersembunyi disebalik senyuman. Tapi hati itu mungkin tidak berupaya. Ceria dengan hati yang penuh kasih sayang itu tidak sama dengan ceria yang berpura-pura.

Aku juga tahu sukarnya Aidil Fitri itu bila berjauhan. Saat jauh dari keluarga semasa awal-awal hidupku jauh diseberang. Kini aku bertambah mengerti, kenapa Sa pernah bercerita tentang kesedihannya apabila setiap kali tiba Aidil Fitri. Aidil Fitri yang hadir tanpa kasih sayang. Seperti cerita-cerita hidupnyanya disini dan disini.

Epilog
Aku cuba mengerti dan menyelami kenapa lagu Aisyah – Pulanglah amat memilukan Sa.

Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah

Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Pulanglah kepangkuan ku oh… sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Pulanglah kalian kepangkuan jiwa-jiwa yang memberi penuh kasih sayang padamu itu. Peluklah mereka dengan penuh kecintaan. Moga kalian selamat dan bahagia.
Sesungguhnya Aidil Fitri yang indah perlu hadir bersama kasih sayang…