Archive for October, 2009

Enjoy the day

Posted: 31 October, 2009 in Uncategorized

 

Lihat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nikmati

Renung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasti kamu jadi hamba yang bersyukur

 

“ Perhatikanlah dan beri perhatian kerana kamu juga sentiasa diperhatikan”

Kredit gambar Flickr
Hidup.
Apa erti hidup?
Apa mahu hidup?

Pertanyaan mungkin tidak sepatutnya, seperti kamu tidak punyai pegangan…

Semua itu mungkin pernah berputaran dibenak setiap insan, lebih-lebih lagi jika kamu diuji dengan dugaan dan musibah. Dalam diri sentiasa ada perkiraan untung dan rugi dunia tanpa mengira laba akhirat. Pengaruh duniawi yang sentiasa mementingkan materialistik yang memungkinkan kamu menjadi berfahaman kapitalis.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:”

Surah Al-Baqarah, ayat 155

Hidup ini terlalu kosong dan mudah jika tiada sebarang dugaan dan cabaran. Bunyinya seperti terlalu positif dalam diri, semudah berkata-kata tapi hakikatnya mungkin tidak apabila tiba masanya ujian itu.

“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Surah Al- Baqarah, ayat 216

Tiada lebih baik dalam hidup jika kamu sentiasa positif dalam diri. Seperti ikrar kamu di dalam doa iftitah, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam”. Allah juga telah mengingatkan dan berjanji kepada umat manusia,

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan) : bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”
Surah Ash-Syarh, ayat 5-6

Memang perjalanan hidup ini amat indah. Pagi jumaat ini aku merenungnya dalam-dalam, bermain dengan fikiran dan menginspirasikan catatan ini dari bacaan disini

 

29 Okt 2009, Muhamad Fahim Khair telah genap berusia 3 tahun. Kali ini ayah tiada bersama untuk menyambutnya. Kamu perlu tahu, selagi nafas dan nyawa ini bersama ayah, kasih sayang ayah tidak pernah pudar. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi sama seperti yang ayah tumpahkan kepada abang dan kakak kamu. Walau ada ketikanya kamu mendapat lebih sedikit keistimewaan dari mereka.

Sebenar ayah rindu pada kamu, rindu dengan riak gembiramu seperti tahun dahulu ketika menyambut hari lahir. Mungkin kini ibu telah menyiapkan yang terbaik untuk hari lahir kamu. Dalam kesibukan ibu, ayah sempat mengingatkan ibu tentang hari lahir kamu. Ayah tahu ibu memang yang terbaik dalam menyediakan segala keperluan untuk anak-anak ayah.

Ayah masih ingat cerita ibu dalam perbualan telefon dengan ayah. Tidak lama selepas ayah kembali ke sini selepas habis bercuti. Kamu petah berbicara,

“Ayah auh, ayah keja Congo. Ibu indu ayah ke?, Aim indu ngan ayah”

Ibu sekadar mengiyakan kata-kata kamu. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan, selain dari derai airmata oleh ibu. Begitu juga ayah yang mendengar cerita ibu. Kamu semakin besar dan bijak sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hari ini, ketika jam menunjukkan pukul 1.25 pagi waktu Malaysia, sedang kamu lena dalam tidur. Ayah tidak berkesempatan menunaikan tanggungjawab menjadi orang pertama membisikkan ucapan Selamat Hari Lahir di telingamu. Berbisik tentang harapan seorang ayah apabila kamu membesar kelak.

Moga angin disini membawa bersama ucapan itu jauh dari lubuk sanubari ayah untuk dibisikkan ditelinga kamu. Moga kamu menjadi seorang anak yang baik. Ayah tidak dapat menyanyikan lagu yang biasa dinyanyikan ketika kamu mahu tidur atau lena.

 

Dalam kegelapan malam, air mata ayah menitis kerinduan pada kamu.

Ayah sekadar mampu meluah rasa di sini…..

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU
MUHAMAD FAHIM KHAIR

Hanya itu yang mampu ayah ucapkan dan lakukan di Ulangtahun Hari Lahir mu ke 3. Dikejauhan ini, ayah membaca patah demi patah luahan dan harapan hati ayah ketika Ulangtahun Ke 2 kamu dahulu.

Banyak yang sedikit

Posted: 26 October, 2009 in Uncategorized

Terlalu banyak dah aku korbankan
Masa, jiwa dan perasaan
Semua yang tak ternilai perbandingannya
Demi cita-cita diri

Terlalu banyak sudah aku tinggalkan
Ketenangan, kebahagiaan dan kemuliaan
Semua yang didambakan
Demi cita-cita diri

Terlalu sedikit yang aku perolehi
Hasil tuaian pengorbanan dan tinggalan itu
Semua demi mengejar cita-cita diri

Diam dan termangu
Mengira biji-biji tasbih diri
Merenung dalam-dalam
Mengupas kelopak hati
Apa yang dicari dan dihajati

Dalam untung ada ruginya
Dalam rugi ada untungnya
Itu termaktub dalam kitab suratan hidup
Dalam mengejar cita-cita diri

SHIMI
Kinshasa, DRC
26 Oct 09 : 2.30pm

“War doesn’t determine who is right, war determines who is left”.

Bertrand Russell

Mencari Sejalur Cahaya

Posted: 21 October, 2009 in Uncategorized

Un.
Lewat kebelakangan ini, aku semakin malas untuk menyuarakan sesuatu disini. Banyak yang kutelan sahaja dalam diri dari meluahkannya. Mungkin rasa malas itu seakan related dengan menempuh musim panas dan kering disini memang amat menyiksakan. Terasa mentari seakan menggigit kulit-kulit yang terdedah dengan panahannya. Musim panas juga bermakna ia disulami dengan hujan, dari yang selebat-lebatnya beserta petir sabung menyabung sehinggalah titis yang turun seumpama debu air yang datang dan perginya sepantas sekelip mata. Setiap kejadian Allah itu tidak perlu dipertikaikan, hikmah yang tersembunyi tidak tercapai untuk akal aku mentafsirkannya.

Malam, bahang siang semakin terasa apabila tiada bekalan elektrik. Kerap terputus secara tiba-tiba. Duduk dikerusi rehat di luar berenda, ditemani pelita ayam. Ditambah dengan senandung alunan bunyi muzika nyamuk. Pasti kamu merasa amat bersyukur kalau ianya terjadi untuk 1-2 jam sahaja. Jika tidak, maka sehingga subuhlah mata kamu akan berehat dari melihat sejalur cahaya terang. Semua itu memberi pengajaran dan pengalaman.

Deux.
Sidia sedang menempuhi bulan-bulan penghujung pengorbanan seorang ibu. Sesekali aku merasai siksanya melalui hela nafas tercungap-cungap di corong telefon. Tiada apa yang mampu aku katakan, cuma kata-kata manis sebagai peransang. Seperti adanya cahaya, bersama nya membawa suatu harapan dan semangat kehidupan. Harapan seorang wanita, isteri dan ibu yang berjauhan dengan suluh kehidupannya.

Mengira detik-detik untuk kembali, terasa seakan terlalu lambat. Cahaya harapan itu terlihat terlalu jauh untuk digapai…..

Trois.

ككاسيه – عثمان اوڠ

اكن كوڤينتل بوءيه-بوءيه
منجادي تالي
مڠيكتمو
اكن كوانيم ڬلومبڠ-ڬلومبڠ
منجادي همڤرن
رنجڠ تيدورمو

اكن كوتينون اون-ڬيموان
منجادي سليندڠ
مينودوڠي رمبوتمو

اكن كوجهيت بايو ڬونوڠ
منجادي باجو
ڤاكاين مالممو

اكن كوڤتيق بينتڠ تيمور
منجادي كروڠسڠ
مڽيناري دادامو

اكن كوجولوق بولن ڬرهان
منجادي لمڤو
مڽولوهي ريندو

اكن كوريبهكن ماتري
منجادي لاوت مالممو
مڠهيروڤ ساكر مادومو

ككاسيه، هيتوڠله ميمڤي
يڠ ممبونوه رياليتي
دڠن شرڬ ايلوسي

Bukan kata-kata manis, tapi ia suara hati seorang lelaki.
Mungkin hati itu berkata, tika lelaki itu dalam sepi……

Terlalu cepat berlalu

Posted: 5 October, 2009 in Uncategorized
Syawal telah menemui pertengahannya. Aku juga telah kembali semula ke bumi ini bagi meneruskan perjuangan dan kerja mencari rezeki Allah. Mereka-mereka yang tersayang ku tinggalkan kembali.

17 hari tempoh bercuti yang dirasakan terlalu singkat, mungkin bagi aku. Ia juga Syawal yang aku rasakan paling indah sepanjang tempoh berumahtangga. Mungkin tidak masuk akal jika aku katakan aku bercuti dengan keluarga mulai Hari raya pertama hingga kelima. Ya! semua itu kerana aku mahu menghabiskan masa bersama keluarga dengan sebaik-baiknya.

Aku membaca semula sms dari yang tersayang saat aku sedang transit di Nairobi.

2 minggu bersama abang sungguh menyeronokkan…

Walau bagaimana banyak pun wang kita, tetapi jika keluarga tidak dapat manfaatnya dan berada didepan mata merasai bersama kegembiraan dan kebahagiaan. Semua usaha, kerja dan susah payah kita itu jadi tidak bermakna.

Aku akur mengakui kebenaran ungkapan kata-kata itu….
Moga aku diberi kelapangan oleh Ilahi untuk bertemu mereka lagi nanti pada Januari tahun hadapan dengan kehadiran cahaya mata baru.