Archive for September, 2009

Celebrate Coming Eid Mubarak

Posted: 15 September, 2009 in Uncategorized
Apa mood kerja kamu pada minggu-minggu terakhir Ramadhan ni?
Disulami lagu raya yang berkumandang dicorong radio, dekorasi pejabat yang berwarna-warni dan dilimpahi lampu kelip-kelip dan corak cerita yang mengkhusus bertemakan Hari Raya sahaja. Itu yang aku jangkakan sedang berlaku di Malaysia kan….

Aku disini! Seperti biasa tetapi mungkin juga terlebih excited lagi dari kamu-kamu. Menghitung jam untuk pulang. 2 hari lebih sahaja lagi. Yang aku pasti banyak mata, hati dan perasaan yang menunggu kepulangan ini.

pesanan ikhlas juga untuk diri aku : Penghujung Ramadhan tidak bermakna segala amal kamu juga harus berpenghujung dan sambil lewa.

Advertisements

Tazakka – Tunaikanlah

Posted: 11 September, 2009 in Uncategorized
imej diperolehi dari Google
Antara minggu terakhir sebelum mula bercuti pada minggu hadapan. Memikirkan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan seorang muslim disini. Menunaikan Rukun Islam Ketiga – zakat fitrah. Dibumi yang beragama asing, tetapi mempunyai jumlah umat islam melebihi penduduk Malaysia.

Kembali kepada asasnya, 8 asnaf yang berkelayakan. Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab, Al Gharimin, Fisabilillah, Ibnu Sabil. Kesemua asnaf itu mudah didapati disini dan tidak sukar untuk kamu menunaikannya. Tetapi semua itu masih perlu penelitian agar zakat itu mencapai maksudnya. Maka aku telah memilih untuk menunaikannya kepada Ibnu Sabil terdorong melalui pengkisahan seorang dari sahabatku. Semoga Allah memahami niat suciku kerana memilih asnaf itu melalui pakatan beberapa sahabatku disini.

Terasa benar bahawa hidup sebagai masyarakat islam di Malaysia cukup bertuah. Mungkin pandangan aku secara secara perbandingan peribadi, jika kamu pernah lihat kehidupan orang susah di dalam rancangan Bersamamu TV3. Tetapi disini apa yang boleh aku gambarkan mereka komuniti islam disini 2 kali susah dari apa yang digambarkan melalui rancangan Bersamamu tersebut. Benar-benar insaf, benar-benar takut dan benar-benar bersyukur dengan nikmat kehidupan, pakaian, harta benda, makanan dan pelbagai lagi yang kamu perolehi secara mudah di Malaysia.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Maka lafaz menyerlahkan niat suci itu,
“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggungan ku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Syukur benar rasa hidup ini kerana masih berpeluang menunaikannya. Mungkin jika kamu masih belum menunaikannya, pergilah dan bantulah mereka yang seagama tanpa perlu banyak pertikaian. Betulkan niat kamu dan biar Allah yang memberi penghakiman-Nya. Mungkin kamu tidak tahu apa nasib kamu di masa hadapan. Dan semua itu memberi ketenangan dijiwa kamu yang akan kamu rasainya sendiri…..

* Aku mengalirkan airmata sewaktu entri ini ditaip mengenangkan kesusahan mereka. Peluang yang Allah berikan kepada aku menunaikan secara terus kepada asnaf, peluang yang tidak pernah aku perolehi sebelum ini…

Ramadhan @ DR Congo

Posted: 9 September, 2009 in Uncategorized
Bulan Ramadhan memang sinonim dengan juadah yang pelbagai. Dengan pelbagai nama yang datang dari segala ceruk rantau. Sebenarnya aku rindu dengan suasana Bazar Ramadhan di Malaysia apabila berada disini.

Hari ke 19 berpuasa di sini. Segala juadah disediakan oleh Mama pada waktu hari bekerja. Hujung minggu memang hari yang ditunggu-tunggu bagi mengasah bakat memasak. Terbitlah pelbagai menu seperti ayam masak merah, rendang, pajeri, nasi impit dan kuah kacang, masak lemak cili api dan beberapa kuih popular seperti karipap, agar-agar, puding.

Kesempatan yang ada dan dapat berkumpul bersama perkumpulan Malaysia menyebabkan kesemua hidangan itu terasa terlalu lazat. Walau adakalanya, terasa kurang masam, manis dan masinnya. Semua itu ditelan dalam senyum dan gelak ketawa dalam satu jemaah yang berkongsi rezeki. Dalam keadaan itu, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kerana masih berpeluang menikmati rezeki mengikut selera walau jauh tercampak di bumi asing.

Dari semua itu, dari pengalaman itu, aku dan mereka amat memahami dan menghayati sambungan patah-patah doa yang kami panjatkan setiap kali waktu berbuka

Ya Allah!, berkatilah rezeki kami, rahmatilah diri kami dan jadikanlah kami hamba yang bersyukur

Kadangkala ia amat merimaskan

Posted: 3 September, 2009 in Uncategorized

Menunggu

Semua itu memerlukan kesabaran dan ketabahan. Seperti juga aku, yang menunggu saat-saat itu. Yang tidak mampu aku suarakan dengan patah-patah perkataan disini. Cuma aku tahu ia akan tiba jua…

 

Kinshasa, Kintambo – 20.55pm (3.56am Malaysia)