Archive for January, 2010

Kelangsungan

Posted: 31 January, 2010 in Uncategorized

Hati ini masih penuh dengan kerinduan. Rindu dengan tanah yang jauh ribuan batu. Setiap detik-detik dalam minggu itu terakam dalam jiwa.  Berdiri dihalaman rindu hati, menyaksikan mimpi-mimpi indah dalam tidur dan jaga. Tapi hidup perlu ada kelangsungannya tanpa hanya leka dibuai kenangan….

Ahad penuh santai. Menyaksikan Australian Open, pertemuan antara Roger Federer dan Andy Murray. Pertemuan itu mengajar aku tentang erti kelangsungan hidup, erti semangat juang dan erti tekad mengejar sebuah impian . Tangisan Andy Murray begitu menyentuh, hidup tidak semestinya berakhir bila menemui kekalahan. Menang atau kalah bukanlah satu penentuan, cuma satu ukuran dunia. Mungkin adakalanya kalah itu lebih baik dari memenangi sesuatu. Klisenya, hidup umpama putaran roda.

Januari menyaksikan penghujungnya, Februari mulai muncul. Hidup kadang-kadang sepeti rutin, sesuatu yang sentiasa datang dan pergi dalam hidup. Sama sahaja dari dulu hingga sekarang. Seperti juga musim panas yang menggigit tubuh ini, ia pasti akan pergi jua bila Jun tiba. Ketentuan takdir Ilahi yang tidak perlu disangkal. Seperti juga aku akan berangkat kembali kebumi bertuah bila musim angin sejuk tiba. Hidup ini memang terlalu rutin…

Advertisements

Pelajaran dan perjalanan

Posted: 27 January, 2010 in Uncategorized

Setelah sekian lama

Posted: 23 January, 2010 in Uncategorized

Masa memang terlalu cemburu. Cemburu pada yang mahu masa itu seakan terhenti. Beberapa minggu ini terasa begitu cepat berlalu. Seperti kata-kata yang selalu kita dengar “setiap yang bermula pasti akan berakhir”. Cuti ini akan berakhir. 9 malam 23 Jan, aku akan berangkat semula. Terlalu banyak yang kenangan dan usaha yang cuba aku sempurnakan sepanjang tempoh ini. Aku puas dan aku redha….


Sembah ucapan takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Johor, DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 22 Jan 2010 jam 7.08 malam. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh baginda. Al Fatihah.

Detik 4.22pm 12 Jan. Selamat Hari Lahir Sayang! Tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan kasih sayang ini. Dan tidak semua mampu aku zahirkannya disini. Kongsi rasa itu hanya antara kita berdua.

Pada hari lahirmu, aku perlu banyak berterima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga melahirkan permata hati kita – Adriana Insyirah.

Selamat Hari Lahir Sayang. Love and let die.

The more you praise and celebrate your life, the more there is in life to celebrate.

Oprah Winfrey

And in the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.

Abraham Lincoln

Kita patut peduli

Posted: 11 January, 2010 in Uncategorized

blogger-we-care-207x250

Ini dan ini mungkin membantu untuk memberi penerangan.

Kamu bila lagi?

Hari itu hati seorang ayah kembali berbunga menatap wajahmu. Kehadiranmu bagai memberi cahaya baru dan mengukuhkan seri bahagia kepada kami berdua. Tampak juga riak gembira abang-abang dan kakakmu menerima kehadiranmu. 

Pagi itu, ayah seakan berdebar untuk membuat satu keputusan memberi nama kepadamu. Setelah berkali-kali berbincang dengan ibu, patah perkataan itu kami pilih dan secara rasminya kamu ayah dan ibu nama Adriana Insyirah. Nisbah keadilan, moga kamu membesar dan menjadi seseorang yang membanggakan ayah dan ibu.

Sayang Adriana Insyirah, hadir kamu bersama tanggungjawab yang perlu ayah pikul dan laksanakan. Kelak dihari pembalasan ayah bakal ditanya tentang segala tanggungjawab itu. Semoga ayah mampu menjadi seorang ayah yang baik dan dapat memberi bimbingan sebagai pedoman kepada kamu.


Malam ini ayah memerhatikan kamu. Dalam lena kamu, dalam tangis kelaparan susu kamu. Ayah usap ubun-ubunmu, membuatkan kamu mengeliatkan dalam usapan kasih sayang. Ingin ayah berkata-kata dengan kamu meluahkan segala harapan dihati, tapi hati berkata yang ini bukan masanya. Segala harapan itu tetap ayah luahkan melalui pandangan dan komunikasi dihati ini. Melihat kamu, hati ini semakin tunduk dan terbit rasa syukur tak terhingga kepada Sang Pencipta.

Harapan tidak akan membawa apa-apa makna kepada kamu. Tanpa usaha, kerja keras ayah dan ibu, kamu, abang-abang kamu dan kakak kamu juga tidak punyai apa bekal Harapan itu perlu bersekali dengan usaha. Walaupun buat seketika kita akan berjauhan, kamu perlu tahu semua yang ayah lakukan ini, semua yang ayah korbankan ini adalah untuk anak-anak ayah.

Muhamad Danish Farhan,’

Aidzatul Shabiradalia,

Muhamad Fahim Khair,

Adriana Insyirah

moga kami bisa menjadi suluh dan cahaya kepada ayah suatu hari nanti…

Kembali

Posted: 3 January, 2010 in Uncategorized

Kredit imej pada google

7.38 pm 1 Jan 2010, pesawat selamat mendarat dibumi bertuah ini. Kembali menghirup udaranya, melihat sekeliling seakan penuh nostalgia disetiap sudut pandangan. Fikiran masih jauh menerawang untuk segera kembali melihat keluarga. Bahagia dan gembira yang sukar digambarkan…

Dan cuti ini bukan bermakna untuk beristirehat, banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebagai suami, sebagai ayah dan sebagai teman. Mungkin aku perlu sedikit masa untuk kembali disini…