Archive for October, 2008

Tiada Apa Apa

Posted: 31 October, 2008 in Aku, Hidup, Kerja, Luahan, Minda, Rehat

Aku penat
tak mampu berkata-apa
tak mampu menulis apa-apa
tak mampu melahirkan cetusan apa-apa

Tapi aku masih suka
dengan hidupku yang hari ini
masih banyak perkara yang mampu diselesaikan
cuma disini sahaja tidak
aku penat

* (pastinya ini bukan kata-kata aku)
woi! Badang pun boleh pengsan
non stop kerja dan tidur yang sikit-sikit

* gambar ini pun tiada kena mengena dengan entri ini

Tiada Apa Apa

Posted: 31 October, 2008 in Uncategorized

Aku penat
tak mampu berkata-apa
tak mampu menulis apa-apa
tak mampu melahirkan cetusan apa-apa

Tapi aku masih suka
dengan hidupku yang hari ini
masih banyak perkara yang mampu diselesaikan
cuma disini sahaja tidak
aku penat

* (pastinya ini bukan kata-kata aku)
woi! Badang pun boleh pengsan
non stop kerja dan tidur yang sikit-sikit

* gambar ini pun tiada kena mengena dengan entri ini

Atas saranan pakar. Entri ini harus didengar bersama lagu ini. Sila tekan play sambil meneruskan pembacaan anda. Laayann.

bunkface-situasi.m…

Satu hari itu, ada orang es em es kat aku katanya cemburu. Cemburu!!!! sambil muka aku terkejut macam monyet termakan cili (pernah ke).

Tak puas hati. Aku es em es semula. ” Pasal apa cemburu”.

Lagi 15 saat nak 1 minit. Aku terima balasannya. “Kita cemburu la kat awak”.

Dia hantar lagi es em es. “Kita cemburu la dengan sikap awak, cara awak, bla bla bla awak itu, awak ini (dekat 3 depa juga la)”.

Aku dengan konfiden membalas, “Ehh, cemburu tu tandanya sayang kan. Awak sayang kat saya kan”.

“Arghhh! malunya. Malunya pasal saya berperasaan cemburu kat awak”, dia meraung dalam es em esnya walaupun aku tak mendengarinya.

Diam seketika.
Tapi aku tak bagitau balik kat dia yang aku juga malu. Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Aku tanya lagi, “pasal apa cemburu?”.

“Malunya, abaikan es em es itu. Kita tak patut cemburu kat awak. Cemburu kita tak kena dan tak bertempat”, dia es em es nak tutup kes.

“Oh, awak sayang kat sayang kan. Kita tahu”, aku menyakat malunya.

“Ishhk, kalau la kita ada kat depan awak, kita dah tutup muka dah dengan kain. Malu tau”.

“Eh! jangan, nanti nampak yang lain. Lagi malu dan haru jadinya. Lagipun sifu saya kata, tak baik ada rasa malu pasal kalau malu kita kena tunjukkan perkara yang malu-malu itu”, es em es lawak bodoh dengan dia dengan niat murni nak menyakat (sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang).

“Abaikan, abaikan, abaikan es em es kita tu. Kita malu ni”, balasannya cuba meyakinkan aku.

Malangnya, ia dah ter save dalam memori kekal dalam ingatan aku. Button delete pun dah rosak.

Konklusi 1. Dia cemburu. Dia malu. Dia sayang kat aku.

Sekarang aku pulak nak jerit.
Arrggghhhhh!! Ma lu nya a kuuuu….
Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Ehh! Ye ke dia cemburu?
Aku pun senyum sambil sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang.

Konklusi 2. Aku masih berharga lagi di pasaran rupa-rupanya.

Amaran : Sila jangan muntah disini!

Cemburu Ke? + 2 Konklusi

Posted: 29 October, 2008 in Uncategorized
Atas saranan pakar. Entri ini harus didengar bersama lagu ini. Sila tekan play sambil meneruskan pembacaan anda. Laayann.

http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/drums.swf
bunkface-situasi.m…

Satu hari itu, ada orang es em es kat aku katanya cemburu. Cemburu!!!! sambil muka aku terkejut macam monyet termakan cili (pernah ke).

Tak puas hati. Aku es em es semula. ” Pasal apa cemburu”.

Lagi 15 saat nak 1 minit. Aku terima balasannya. “Kita cemburu la kat awak”.

Dia hantar lagi es em es. “Kita cemburu la dengan sikap awak, cara awak, bla bla bla awak itu, awak ini (dekat 3 depa juga la)”.

Aku dengan konfiden membalas, “Ehh, cemburu tu tandanya sayang kan. Awak sayang kat saya kan”.

“Arghhh! malunya. Malunya pasal saya berperasaan cemburu kat awak”, dia meraung dalam es em esnya walaupun aku tak mendengarinya.

Diam seketika.
Tapi aku tak bagitau balik kat dia yang aku juga malu. Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Aku tanya lagi, “pasal apa cemburu?”.

“Malunya, abaikan es em es itu. Kita tak patut cemburu kat awak. Cemburu kita tak kena dan tak bertempat”, dia es em es nak tutup kes.

“Oh, awak sayang kat sayang kan. Kita tahu”, aku menyakat malunya.

“Ishhk, kalau la kita ada kat depan awak, kita dah tutup muka dah dengan kain. Malu tau”.

“Eh! jangan, nanti nampak yang lain. Lagi malu dan haru jadinya. Lagipun sifu saya kata, tak baik ada rasa malu pasal kalau malu kita kena tunjukkan perkara yang malu-malu itu”, es em es lawak bodoh dengan dia dengan niat murni nak menyakat (sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang).

“Abaikan, abaikan, abaikan es em es kita tu. Kita malu ni”, balasannya cuba meyakinkan aku.

Malangnya, ia dah ter save dalam memori kekal dalam ingatan aku. Button delete pun dah rosak.

Konklusi 1. Dia cemburu. Dia malu. Dia sayang kat aku.

Sekarang aku pulak nak jerit.
Arrggghhhhh!! Ma lu nya a kuuuu….
Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Ehh! Ye ke dia cemburu?
Aku pun senyum sambil sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang.

Konklusi 2. Aku masih berharga lagi di pasaran rupa-rupanya.

Amaran : Sila jangan muntah disini!

Ini sebuah cerita bergambar. Rangkuman luahan kasih sayang seorang ayah sebagai ucapan Hari Lahir anaknya yang ke 2 tahun. Tiada apa yang lebih indah bagi seorang ayah apabila mampu menimbulkan riak senyum dimuka anaknya.
Indahnya hari itu. 29 Oktober 2006 jam 1.25 pagi bersamaan 6 Syawal 1427H, cahaya mataku yang ke3 dilahirkan. Ku namakan dia Muhamad Fahim Khair dengan harapan kau membawa cita-cita ayah dengan maksud namamu. Ayah menatap dirimu setelah beberapa jam kau dilahirkan dengan senyuman puas, begitu juga ibu.

Sinar matamu membuatkan ayah sentiasa merinduimu. Tangisan mu sentiasa memberi kedamaian di hati ini. Kita mula mengenal antara satu sama lain dengan lebih akrab, berbual mesra dan sesekali kau ketawa suka dengan agahan ayah dan ibu.

Kau memang cepat membesar. Kau mula merangkak dan menjelajahi ceruk rumah dengan kemampuanmu. Kau memang pantas untuk belajar dan mengenal dunia ini sayang.

Ketika ini kau telah berusia 1 tahun. Hari lahirmu itu disambut sederhana tetapi penuh limpahan kasih sayang ayah dan ibu. Ayah, ibu, abang dan kakak amat gembira dengan keletahmu. memang hari-hari yang dilalui bersama anak-anak ayah terlalu indah sekali.

Kau memulakan langkah pertamamu, berpijak dibumi rahmat Ilahi ini. Kegembiraan terpancar diwajahmu setiap kali kau berjaya untuk mara setapak demi setapak. Tepukan kami gembira menyokongmu. Pastinya ibu yang berkejaran kerana takut kau jatuh demi erti kasih sayangnya.

Kau semakin bijak untuk meneroka alam ini. Kau mencipta duniamu dan tempat permainan kesukaanmu sendiri. Kau pasti kesitu jika berkesempatan. Duduk, turun dan naik serta pelbagai aksi yang menimbulkan rasa cuak kami. Kau tetap dihati.

Semulia kasih ayah dan semurni sayang ibu dimana kau dalam dakapannya. Rasa selamat dan dilindungi sama seperti dalam rahim yang mengandungkanmu. Memang masa itu terlalu cepat berlalu, telah banyak yang kau pelajari dan rasai. Kasih sayang kami semakin utuh buatmu.

Saat-saat kau semakin membesar, senyuman ayah semakin melebar. Ayah, ibu, abang dan kakak juga sentiasa menunggu-nunggu hari yang baru serta dengan keletah barumu. Ada-ada saja khabar yang dibawa oleh mereka tentang dirimu. Gembira yang berbunga dihati, mungkin itu perkataan yang tergambar dalam setiap hati kami.

Kita menjadi semakin akrab. Kau dan ayah sentiasa berbual bicara dengan bahasa masing-masing. Kau semakincepat belajar dengan muzik dan bunyi dan remote sentiasa berada di dalam kawalanmu. Apabila ayah bersiap-siap untuk keluar, kau pasti mendepangkan tangan mohon di ambil sambil mimik muka bermain dengan perasan ayah. Yang pastinya, apabila pulang nanti di tanganmu pasti ada sesuatu bersama bekal untuk abang dan kakak.

Lihat!, kau semakin pandai bergaya. Kau tidak lagi betah di dalam dukungan ayah. Kau mahu meneroka dunia ini sendiri. Kau sememangnya anak yang baik, tidak mahu menyusahkan ayah dan ibu. Sesekali kau bisa membuatkan abang dan kakak menangis dengan usikanmu. Mereka tetap beralah kerana demi kasih sayang pada adiknya. Kau mula menuturkan butir bicara dengan bahasa yang mudah yang membuatkan kami tersenyum. Naak ayer..!

Kau merenung jauh, disaat kau semakin menghampiri usia 2 tahunmu. Merasa damai dengan kasih sayang ayah, ibu, abang dan kakak. Merenung hajat hati ayah untuk melihat kau membesar menjadi anak yang baik. Atau kau merenung memikirkan apakah yang akan ayah hadiahkan padamu pada hari lahir ini.

Anakku Muhamad Fahim Khair, pada hakikatnya hadiah itu merupakan perhiasan semata-mata sebagai tunjuk kasih ayah dalam bentuk materialnya. Mungkin suatu hari nanti kau akan faham, pada hari lahirmu ini atau seterusnya nanti tiada apa yang lebih bernilai dan berharga selain dari kasih sayang ayah yang tidak berbelah pada setiap masa.

Mengorbankan diri dalam membesarkanmu, memberi kamu rasa selamat dan terlindung, memberi rasa apa yang tidak pernah ayah dan ibu kecapi dulu. Mungkin kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa besarnya kasih sayang menaungi dirimu serta anak-anak ayah yang yang lain.

Jika kasih sayang ayah sebegitu gambarannya, maka ibumu lebih lagi dari itu. Semoga dirimu menjadi seorang yang terpuji, yang memahami dan membawa kebaikan dalam hidup ibu dan ayah.

Malam ini, ingin ayah bisikan ditelingamu nyanyian lagu ayah seperti kebiasaan. Alunan lagu sebagai penawar lenamu sama sewaktu abang dan kakakmu membesar. Dikala ayah mengusap lembut rambutmu, perlahan ayah kucup dahimu dan menyanyikan,

La Illa Haillalah Muhamad Rasulullah
Fahim budak baik, Fahim budak cerdik,
Ayah sayang Fahim, Fahim sayang ayah

La Illa Haillalah Muhamad Rasulullah
Fahim budak baik, Fahim budak cerdik,
Ibu sayang Fahim, Fahim sayang ibu

Semoga kau terus lena, dan ayah masih menunggu detik 1.25 pagi untuk menjadi orang pertama yang mengucapkan padamu;

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU
MUHAMAD FAHIM KHAIR

Semoga kau tahu dan merasai, betapa ayah ini amat menyayangimu bukan sahaja dihari lahir lahirmu tetapi pada setiap hari ayah berada didunia ini…

Kisah Kasih Sayang Ayah

Posted: 28 October, 2008 in Uncategorized
Ini sebuah cerita bergambar. Rangkuman luahan kasih sayang seorang ayah sebagai ucapan Hari Lahir anaknya yang ke 2 tahun. Tiada apa yang lebih indah bagi seorang ayah apabila mampu menimbulkan riak senyum dimuka anaknya.
Indahnya hari itu. 29 Oktober 2006 jam 1.25 pagi bersamaan 6 Syawal 1427H, cahaya mataku yang ke3 dilahirkan. Ku namakan dia Muhamad Fahim Khair dengan harapan kau membawa cita-cita ayah dengan maksud namamu. Ayah menatap dirimu setelah beberapa jam kau dilahirkan dengan senyuman puas, begitu juga ibu.

Sinar matamu membuatkan ayah sentiasa merinduimu. Tangisan mu sentiasa memberi kedamaian di hati ini. Kita mula mengenal antara satu sama lain dengan lebih akrab, berbual mesra dan sesekali kau ketawa suka dengan agahan ayah dan ibu.

Kau memang cepat membesar. Kau mula merangkak dan menjelajahi ceruk rumah dengan kemampuanmu. Kau memang pantas untuk belajar dan mengenal dunia ini sayang.

Ketika ini kau telah berusia 1 tahun. Hari lahirmu itu disambut sederhana tetapi penuh limpahan kasih sayang ayah dan ibu. Ayah, ibu, abang dan kakak amat gembira dengan keletahmu. memang hari-hari yang dilalui bersama anak-anak ayah terlalu indah sekali.

Kau memulakan langkah pertamamu, berpijak dibumi rahmat Ilahi ini. Kegembiraan terpancar diwajahmu setiap kali kau berjaya untuk mara setapak demi setapak. Tepukan kami gembira menyokongmu. Pastinya ibu yang berkejaran kerana takut kau jatuh demi erti kasih sayangnya.

Kau semakin bijak untuk meneroka alam ini. Kau mencipta duniamu dan tempat permainan kesukaanmu sendiri. Kau pasti kesitu jika berkesempatan. Duduk, turun dan naik serta pelbagai aksi yang menimbulkan rasa cuak kami. Kau tetap dihati.

Semulia kasih ayah dan semurni sayang ibu dimana kau dalam dakapannya. Rasa selamat dan dilindungi sama seperti dalam rahim yang mengandungkanmu. Memang masa itu terlalu cepat berlalu, telah banyak yang kau pelajari dan rasai. Kasih sayang kami semakin utuh buatmu.

Saat-saat kau semakin membesar, senyuman ayah semakin melebar. Ayah, ibu, abang dan kakak juga sentiasa menunggu-nunggu hari yang baru serta dengan keletah barumu. Ada-ada saja khabar yang dibawa oleh mereka tentang dirimu. Gembira yang berbunga dihati, mungkin itu perkataan yang tergambar dalam setiap hati kami.

Kita menjadi semakin akrab. Kau dan ayah sentiasa berbual bicara dengan bahasa masing-masing. Kau semakincepat belajar dengan muzik dan bunyi dan remote sentiasa berada di dalam kawalanmu. Apabila ayah bersiap-siap untuk keluar, kau pasti mendepangkan tangan mohon di ambil sambil mimik muka bermain dengan perasan ayah. Yang pastinya, apabila pulang nanti di tanganmu pasti ada sesuatu bersama bekal untuk abang dan kakak.

Lihat!, kau semakin pandai bergaya. Kau tidak lagi betah di dalam dukungan ayah. Kau mahu meneroka dunia ini sendi
ri. Kau sememangnya anak yang baik, tidak mahu menyusahkan ayah dan ibu. Sesekali kau bisa membuatkan abang dan kakak menangis dengan usikanmu. Mereka tetap beralah kerana demi kasih sayang pada adiknya. Kau mula menuturkan butir bicara dengan bahasa yang mudah yang membuatkan kami tersenyum. Naak ayer..!

Kau merenung jauh, disaat kau semakin menghampiri usia 2 tahunmu. Merasa damai dengan kasih sayang ayah, ibu, abang dan kakak. Merenung hajat hati ayah untuk melihat kau membesar menjadi anak yang baik. Atau kau merenung memikirkan apakah yang akan ayah hadiahkan padamu pada hari lahir ini.

Anakku Muhamad Fahim Khair, pada hakikatnya hadiah itu merupakan perhiasan semata-mata sebagai tunjuk kasih ayah dalam bentuk materialnya. Mungkin suatu hari nanti kau akan faham, pada hari lahirmu ini atau seterusnya nanti tiada apa yang lebih bernilai dan berharga selain dari kasih sayang ayah yang tidak berbelah pada setiap masa.

Mengorbankan diri dalam membesarkanmu, memberi kamu rasa selamat dan terlindung, memberi rasa apa yang tidak pernah ayah dan ibu kecapi dulu. Mungkin kata-kata tidak dapat mengungkapkan betapa besarnya kasih sayang menaungi dirimu serta anak-anak ayah yang yang lain.

Jika kasih sayang ayah sebegitu gambarannya, maka ibumu lebih lagi dari itu. Semoga dirimu menjadi seorang yang terpuji, yang memahami dan membawa kebaikan dalam hidup ibu dan ayah.

Malam ini, ingin ayah bisikan ditelingamu nyanyian lagu ayah seperti kebiasaan. Alunan lagu sebagai penawar lenamu sama sewaktu abang dan kakakmu membesar. Dikala ayah mengusap lembut rambutmu, perlahan ayah kucup dahimu dan menyanyikan,

La Illa Haillalah Muhamad Rasulullah
Fahim budak baik, Fahim budak cerdik,
Ayah sayang Fahim, Fahim sayang ayah

La Illa Haillalah Muhamad Rasulullah
Fahim budak baik, Fahim budak cerdik,
Ibu sayang Fahim, Fahim sayang ibu

Semoga kau terus lena, dan ayah masih menunggu detik 1.25 pagi untuk menjadi orang pertama yang mengucapkan padamu;

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU
MUHAMAD FAHIM KHAIR

Semoga kau tahu dan merasai, betapa ayah ini amat menyayangimu bukan sahaja dihari lahir lahirmu tetapi pada setiap hari ayah berada didunia ini…

“Malam ni indah kan”, hati bersoal pada akal. “Mmm”, akal menjawab melalui pandangan mata dan deria rasa.

“Malam ini tetap istimewa, walau dada langit kosong tanpa hadir bulan dan bintang”, pandangan hati. Akal masih berkira-kira jawabnya sambil membiarkan mata merenung jauh.

“Apa yang ada dibenakmu hati”, akal bersoal. “Entah, kosong tapi penuh kecelaruan”, hati menjawab pantas persoalan akal itu.

“Juga apa yang beban yang kau tanggung”, hati bersoal semula. “Entah, banyak tetapi tidak boleh ditafsirkan dengan mudah”, luah rasa akal.

“Hidup ini tidak mudah. Kau dan aku tidak boleh bersendirian untuk memutuskan sesuatu. Kau dan aku tidak boleh terlalu dominan”, seru akal.

“Ya, memang hidup ini tidak mudah jika kau dan aku tidak bersatu. Tapi mana titik mula penyatuan kita”, hati mengiyakan dan mempersoalkan.

Akal dan hati terus melayan perasaan sambil deria-deria menyaksikan dan merasai keindahan malam ini. Kemudahan mungkin terletak dalam kepayahan dan kepayahan mungkin ada kemudahan. Hakikatnya, perjalanan memang hidup ini tidak mudah dan tidak juga payah jika hati dan akal berada pada landasannya.

Malam ini indah, aku bermain perasaan…