Archive for September, 2010

Minal Aidil Wal Faizin

Posted: 10 September, 2010 in Uncategorized

 

Raya 1

Adakalanya kata-kata yang penuh kelembutan dan keinsafan dan disusuli dengan perbuatan yang datang dari ikhlas hati mampu menyejukkan api yang membara. Perselisihan dan dendam yang telah lama berakar di jiwa. Kembalilah kepada jiwa yang penuh ketenangan. Salam Lebaran

Advertisements

 

merdeka_1957_tunku_abdul_rahman1

31 Ogos 2010, Malaysia, bumi bertuah ku menyambut kemerdekaan ke 53 nya. Aku berdiri di kalangan hadirin dari sudut pandangan pentas utama. Dengan penuh kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. Air mata ini pantas tumpah tanpa sempat menyekanya. Jauh dalam hati memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan menikmati kebebasan di tanah air ini.

Telah aku saksikan sambutan kemerdekaan di negara yang merdeka hanya pada nama. Tiada keharmonian pada sambutannya. Sambutan penuh kepuraan. Syukur kerana aku tidak menyaksikannya disini.

Air mata ini pantas tumpah lagi, aku mendengar alunan lagu ini yang sungguh menyentuh hati. Merasa kerdilnya diri ini setelah berdirinya Malaysia selama 53 tahunatas hasil jerih perih dan susah payah mereka yang terdahulu dari kita. Darah dan derai air mata yang telah banyak tumpah bagi mengisi kemerdekaan dimana yang sedang aku berdiri dengan aman di sudut pentas utama ini.

Syukur. Al-Fatihah kepada yang telah pergi kerana berjuang untuk kemerdekaan dan mempertahankannya. Semoga Allah terus memberkati Malaysia bumi bertuahku ini.