Archive for February, 2009

Lakaran Hidup Kita

Posted: 26 February, 2009 in Hidup, Kata Kata, Prinsip Hidup

“Dalam hidup, kita sentiasa melakarkan sesuatu. Tona dan rona menjadikan warna kehidupan lebih menarik. Lebih terperinci lukisan hidup itu, maka lebih tinggi cabaran melakarkannya. Hitam dan putih menjadikan lukisan hidup itu cuma biasa, kepelbagaian warna menjadikan ianya lebih indah dan lebih bernilai. Acuan lukisan hidup terpulang pada gaya berus kamu dan pallet warna ditangan”.

[auto publish]

Advertisements

Lakaran Hidup Kita

Posted: 26 February, 2009 in Uncategorized

“Dalam hidup, kita sentiasa melakarkan sesuatu. Tona dan rona menjadikan warna kehidupan lebih menarik. Lebih terperinci lukisan hidup itu, maka lebih tinggi cabaran melakarkannya. Hitam dan putih menjadikan lukisan hidup itu cuma biasa, kepelbagaian warna menjadikan ianya lebih indah dan lebih bernilai. Acuan lukisan hidup terpulang pada gaya berus kamu dan pallet warna ditangan”.

[auto publish]

Memperguna, Diperguna

Posted: 25 February, 2009 in Aku, Diam, Emosi, Hidup, Jiwa, Perasaan

Dia mengungkapkan rasa kecewanya,
“Bila kamu perlukan saya, kamu cari saya, pujuk saya. Kemudian kamu diam menyepikan diri sehinggalah kamu perlu saya lagi”.
Cuba menjadi pendengar yang setia.
Ada masanya meluahkan rasa jadi keperluan.
Seperti biasa aku suka duduk dianjungan. Menatap bunga-bunga mekar, daun-daun hijau. Ada ketenangan disebaliknya. Ada chemistry dalam mencari kepastian. Ada jiwa yang memberi kedamaian tanpa nampak jasadnya. Menghipotesis tentang diri. Walaupun tentatif yang tidak memberi apa-apa kesimpulan. Tidak introvert, bukan juga ekstrovert.

Keterbukaan kadang-kadang memberi tekanan. Aku cuba memahami perasaan dan ungkapan itu. Sebalik perasaan yang tidak boleh dinilai dari segi logikanya. Tidak seperti mencari makna di dalam kamus. Yang dicari tidak sama seperti dilihat.

Perasaan mudah untuk digambarkan dan tidak mudah untuk diberi tafsirannya,
dan perjalanan hidup kita terus berevolusi seperti jiwa yang selalu beremosi…

Esok, perjalanan jauh ke utara tanahair.
Sehingga lusa aku mungkin ada banyak masa untuk menyendiri..

Memperguna, Diperguna

Posted: 25 February, 2009 in Uncategorized

Aku Rindu

Posted: 24 February, 2009 in Aku, Alam Persekolahan, Rindu, Suatu Masa Dahulu
Sekolah Menengah Munshi Abdullah
class 4 Sc 2 1989

Lihat wajah-wajah kalian
aku sungguh rindu ketika itu

Kadang-kadang melihat ke belakang banyak mengingatkan aku akan sesuatu. Melihat jejak yang ditinggalkan memberi nostalgia yang beribu. Ruang masa yang ditinggalkan memberi kesan suka dan duka. Mungkin mengenal siapa kita, mungkin juga ada kesal…

Ada tak antara diaorang ni jadi saudara mara, ipar, adik beradik korang? Jika tidak, wahai angin lalu sampaikan salam aku kepada mereka.

Aku Rindu

Posted: 24 February, 2009 in Uncategorized
Sekolah Menengah Munshi Abdullah
class 4 Sc 2 1989

Lihat wajah-wajah kalian
aku sungguh rindu ketika itu

Kadang-kadang melihat ke belakang banyak mengingatkan aku akan sesuatu. Melihat jejak yang ditinggalkan memberi nostalgia yang beribu. Ruang masa yang ditinggalkan memberi kesan suka dan duka. Mungkin mengenal siapa kita, mungkin juga ada kesal…

Ada tak antara diaorang ni jadi saudara mara, ipar, adik beradik korang? Jika tidak, wahai angin lalu sampaikan salam aku kepada mereka.

Bila hati resah dan rusuh
terasa ingin mengadu pada Dia
(biasanya manusia memang begitu)
bila yang semalam itu berlalu
dan hari esok yang tiba

minda secara automatiknya
memutarkan lagu ini
layan lagu anak Pak Zain

Bila resah
ingat saat indah
bila rindu
ku nyanyikan lagu untukmu
sehari ku rasakan bagai setahun
menunggu tibanya oh bahagia

Pandang jauh, menerobos kaca tingkap gelap
lihat malam, lihat cahaya lampu jalan
pohon meliuk lentuk, bayu lepas hujan disini
melayan asap nikotin
dalam-dalam, lepas bebas

ini malam minggu aku
dan aku sedar bukan lagi bujang
bila hati resah dan rusuh

sekali lagi
minda secara automatiknya
kali ini berkata-kata
itu semua telah berlalu…