Archive for June, 2011

Semua orang tahu, semua orang baca tentang rancangan perhimpunan dan perarakan pada 9 Julai ni atas nama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). Kamu berada di pihak mana, semua itu aku tidak mahu tahu..

 

Is It Liberty

 

Aku terpanggil, aku mahu bercerita. Semua ini dari pengalaman aku berada di negara yang penuh kekayaaan hasil bumi, kaya raya dan kini jadi kacau bilau berada di bawah telunjuk asing. Lihat bukti pengalaman ini. Dari perselisihan yang tidak dapat diselesaikan dengan baik akhirnya menjadi perang saudara yang merugikan semua.

Democracy in DRC

 

Renungkanlah semua. Apakah kita mampu menjamin yang cara yang kita pilih itu tidak akan bertukar menjadi perbuatan-perbuatan liar yang akan merugikan saudara-saudara kita yang lain. Betapa kita telah menyusahkan saudara-saudara kita yang bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan. Yang sepatutnya pada waktu dan hari itu mereka dapat berehat dengan keluarga. Cuti mereka dibekukan, hak mereka untuk mendapat cuti rehat dinafikan. Tapi kita memaksa mereka untuk bekerja, atau mungkin kita menjadikan mereka mangsa dan tercedera yang membuatkan ada lagi tanggungan mereka yang menderita kesusahan. Itukah yang kita mahu? Dan bagaimana jika mereka itu saudara, ibubapa, adik, kakak, atau abang kita. Kita masih suka, berseronok dan bersemangat?

 

Renungkanlah semua. Adakah ini yang diajar dan dikehendaki oleh ajaran agama kita. Merusuh dan merosakkan segala apa yang menghalang kita cita impian kita. Adakah secara syura itu tidak bagus? Adakah cara kita merosakkan dan menakutkan orang lain itu, membuatkan mereka rasa tidak selamat itu amat baik untuk warisan anak cucu kita. Lihatlah, ambillah iktibar apa yang telah terjadi dinegara-negara lain. Bagaimana ibubapa yang merintih meminta campurtangan untuk membawa pulang anak mereka kembali. Jika semua itu banyak bawa kebaikan dan menyeronokkan, kena susah-susah perlu bawa balik mereka semua. Renungkanlah.

 

Renungkanlah semua. Jika keamanan itu sudah tiada. Undang-undang boleh diperlekehkan dan ikut pertimbangan sesuka hati. Adakah kita akan lebih kaya? Pelaburan akan datang lebih banyak? Kilang dan industri akan tumbuh macam cendawan lepas hujan? Adakah hidup kita lebih terjamin dengan tidak tertindas? Jika datang campurtangan kuasa asing, maka negara ini hanya tinggal berdaulat secara boneka. Hasil masyul akan jadi milik kuasa asing yang akan terus melaga-lagakan kita seperti apa yang pernah ku lihat. Kita tetap akan terus jadi hamba dek kerana kita menghambakan diri untuk ‘membersihkan’ apa yang ada. Dan jika pihak yang diberi kuasa rakyat  itu juga tidak ‘perform’, adakah kita patut ulangi cara yang sama juga? Berulang-ulang dan berterusan menjadi tradisi….

 

Aku tidak mempertikaikan hak bersuara sesiapa. Sebagaimana aku juga punya suara untuk meluah rasa. Aku hanya mahu mengajak semua sama-sama merenungkan ke arah kebaikan. Bukan hanya kebaikan diri kita, kebaikan anak-anak kita, saudara mara kita, ibu bapa kita, adik beradik kita juga semua yang banyak memudahkan segala urusan harian kita sekarang.

 

Kita masih punya banyak cara lain untuk merubah. Dengan lebih baik, lebih aman dan lebih bermaruah. Tiada sesiapa perlu rasa takut dan tersinggung. Seperti mengadakan satu perundingan nasional yang disidangkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan diberi liputan terbuka kepada rakyat umum untuk menilai. Pilihanraya masih terbaik sebagai medium meluahkan ketidakpuasan hati. Kena matang, tidak mudah dibeli, tiada kepentingan diri dalam membuat keputusan. Semua itu pada pertimbangan akal fikiran dan tangan kamu semua….

 

Ini hanya sedkit luahan rasa aku. Semua itu berdasarkan pengalaman dan pandangan aku sendiri. Dibumi bertuah ini, disini tanah tumpah darah kita. Kita tidak punya tanah lain, harta lain untuk melarikan diri. Mati dan hidup kita hanya disini….

 

 

.

.

 

 

UN Sculptures - Swords Into Plowshares

 

 

 

 

 

.

.

.

Kurang ampuh

Posted: 28 June, 2011 in Uncategorized

Aku terasa kurang ampuh

Seperti kurang bermaya,

Hilang bisa,

Tapi aku masih lagi gembira dan bahagia.

 

Not Many Things In Life

 

 

If you want to be happy, be.  ~ Leo Tolstoy

 

 

 

.

.

Today was a fairy tale

Posted: 27 June, 2011 in Uncategorized

 

Tajuk yang tiada kena mengena dengan lagu Taylor Swift. Bukan juga cerita dongeng dewa dewi. Ini cerita tentang kehidupan, satu hari yang tercipta dengan iringan senyuman. Bukan dari sesiapa, tapi dari aku.

Keindahan dan keajaiban dalam hidup itu tidak perlu datang dalam hari yang indah. Monday blues tidak mengekang untuk aku menikmati hari Isnin dengan penuh perasaan. Ajaib yang tidak kelihatan tapi aku dapat merasakannya.

Bila hari yang dilalui terasa terlalu indah, rasa mahu siang selamanya. Seperti mahu menahan matahari yang ingin berlabuh jauh di horizon. Malam muncul juga, rupanya indah itu tetap sama yang datang dari kekaguman rembulan.

 

Fantasy Wonderment

kredit imej

 

Perasaan mencipta keajaiban, perasaan juga mencipta kebencian. Pilih antara dua itu, lorongannya tersedia untuk dimainkan oleh pita hati, jiwa dan fikiran. Benarlah!, perasaan membuatkan kita tertipu dan menjadi penipu…..

Hari yang indah tidak perlu disulam dengan kebencian. Tiada gunanya mensia-siakan keajaiban dan keindahan yang jarang berlaku. Nikmatilah ia sebaiknya, kongsikanlah kerahmatan hari itu seramai mungkin.

 

Hari kamu adalah sebagaimana yang ingin kamu laluinya…..

Kebencian atau keajaiban….

 

.

.

OMG

Baek Punya..

 

Maka Sepah diisytiharkan sebagai Maharaja Lawak

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

 

tapi bagi aku lawak mereka semua tu biasa-biasa sahaja. Mungkin ada idea lawak pada minggu-minggu sebelumnya yang lebih baik dan lawak.

 

Memang Maharaja Lawak Astro menghiburkan hujung minggu aku, rancangan yang menyatukan semua ahli keluarga untuk sama berada depan televisyen. Komen-komen, kutuk-kutuk. Semua buat aku terhibur, hilang stress seminggu di tempat kerja. Penerimaan penonton mejadikan Maharaja Lawak menjadi rancangan yang mendapat ranking tertinggi dalam dunia penyiaran Malaysia akhir-akhir ni.

Maka kenallah kita dengan watak-watak dan tagline seperti Mail Lambung, Lu Best Bro, OMG, I’m sorry dan sebagainya.

 

Personally dari aku, mulanya pada minggu-minggu sebelum ni expectation aku yang akan menjadi Juara adalah Jambu ataupun Jozan. Nabil mungkin terkeluar dan mendapat imuniti dari Juri Apek. Kumpulan Sepah, aku anggap biasa-biasa aje. Rupanya ramalanku semua palsu belaka.

 

Keputusan penuh Maharaja Lawak 2011 dan jumlah hadiah seperti berikut :

 

Maharaja Lawak Sepah RM350,000.00
Tempat kedua Jozan RM250,000.00
Tempat ketiga Nabil RM150,000.00
Tempat keempat Jambu RM50,000.00

 

 

 

I’m sorry. Kalau nak cari video maharaja lawak akhir 2011 maharaja lawak akhir download astro maharaja lawak akhir free online. Kena usaha tempat lain. Dengar kata Astro banned dan tak berapa gemor laman yang share video Maharaja Lawak ni….

 

KL! Peace yours……

 

 

 

 

.

To Whom It May Concern

 

Sesuatu yang berlainan dari penulisan sebelumnya.

Memberi peluang kepada jiwa untuk memahami dan mendalami atas apa yang selalu dibacakan.

Meluangkan sedikit dari masa dunia kita untuk sesuatu yang lebih baik untuk jalan akhirat.

Semoganya darinya kita akan mendapat keberkatan dan cahaya petunjuk dari-Nya.

Hayatilah dengan jujur sekeping hati, agar sedikit masa dunia yang diluangkan tidak jadi sia-sia.

 

 

Terjemahan Surah Yasin

 

[1]
Yaa, Siin.
[2]
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
[4]
Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
[5]
Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
[6]
Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
[7]
Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.
[8]
Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.
[9]
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
[10]
Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.
[11]
Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.
[12]
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
[13]
Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),
[14]
Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu ‘.
[15]
Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.
[16]
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,
[17]
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
[18]
Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
[19]
Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.
[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu –
[21]
“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.
[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.
[26]
(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui –
[27]
“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.
[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.
[30]
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melai
nkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.
[31]
Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).
[32]
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[33]
Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.
[34]
Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,
[35]
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?
[36]
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
[37]
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
[38]
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
[39]
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
[40]
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
[41]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;
[42]
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
[43]
Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, –
[44]
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
[45]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).
[46]
Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
[47]
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
[48]
Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,
[49]
Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
[50]
Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.
[51]
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
[52]
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
[53]
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
[54]
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.
[55]
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;
[56]
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;
[57]
Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;
[58]
(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
[59]
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).
[60]
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
[61]
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
[62]
“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
[63]
“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).
[64]
“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”
[65]
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
[66]
(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) d
an kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?
[67]
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.
[68]
Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?
[69]
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
[70]
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.
[71]
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]
Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]
Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
[74]
Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).
[75]
Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.
[76]
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
[77]
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
[78]
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79]
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
[80]
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.
[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 

Sumber : Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan The Holy Qur’an

 

Sesungguhnya Hidup Anugerah Allah Ini Mmeang Indah

yang baik itu datang dari-Nya, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri….

I don’t wannabe Mr. Big

Posted: 22 June, 2011 in Uncategorized

 

Big Stomach - Who's

 

Fuiyoo! Insaf! Sungguh menginsafkan!

Esok selepas solat Subuh dah pasang niat nak jogging dalam 1 ke 2k.

Sebabnya,

Tadi check BMI aku guna BMI Calculator

Hasilnya,

25.8 pada bacaan skala overweight 25.0 hingga 29.9

Mendadak semenjak balik dari benua gelap.

 

Perut pun dah mula menampakan ‘kekembungan’ sedikit

Tapi bukanlah sampai macam gambar tu.

Menggunakan falsafah ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’

Niat yang baik sekurang-kurangnya seminggu sekali setiap Khamis.

 

Tapi apahal lepas aku tengok gambar tu 2-3 kali nampak macam cool je.

Ye la! memang cool….. (walau dalam hati sikit pun tak terlintas nak jadi cam tu)

 

 

.

.