Archive for May, 2011

Perjalanan mencari dunia

Posted: 31 May, 2011 in Uncategorized

From the back

Teruja dengan dunia

Terkilan dengan isinya

 

Jawapan sentiasa berpunca dari satu persoalan

 

Hidup ini punyai pelbagai kemahuan dan keinginan. Mahu punya mata yang mampu menilai kebaikan seseorang, punya hati yang mampu berlaku adil dalam setiap pertimbangan.

Pada diri kamu telah ada sesuatu yang terbaik dianugerahi oleh-Nya.

 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

Al Baqarah – 286

 

Pergilah kau sejauh yang kau mampu, mencari dunia itu, mencari sesuatu yang dapat memuaskan segala kemahuanmu. Tiba ketikanya kau akan terfikir untuk kembali pada akarmu dan pada-Nya. Moga waktu itu masih ada untuk kesempatan kamu untuk kembali pada permulaan jalan yang suci itu……

Tanya hati, lihat hati dan renungkanlah sejenak…

 

 

.

.

.

Advertisements

Peringatan tegas sebelum anda membaca seterusnya! Ini adalah versi karangan kerja rumah budak sekolah oleh Cikgu BM dengan tajuk “Aktiviti Cuti Sekolah Saya”. Kepada pelajar-pelajar yang search internet nak cari contoh karangan, sila dapatkan khidmat nasihat Cikgu BM yang berhampiran.

 

 

Setelah kejadian letupan minyak yang menyimbah ke muka aku masa nak sediakan sarapan awal subuh pagi tadi, aku tiba-tiba jadi berat hati nak meneruskan semangat berkobar-kobar untuk masak hari ni. Fikiran terus jadi kusut (sebenarnya malas) dan moral terus down. Dalam hati aku berkata, “Tak sekolah punya kuih!”. Aku pun tak pasti kuih itu faham atau tidak kata-kata aku itu dan kalau kuih itu faham pun aku tak pasti dia sekolah darjah berapa.

 

Selepas siri ulangan sarapan pagi yang dah nak masuk beberapa jam lagi ke tengahari, aku tanya hero dan heroin aku. “Lapar ke?”.

Geleng-geleng kepala sambil khusyuk tengok saluran Astro Ceria yang sangat aku benci masa aku nak pujuk tengok History Channel. Tapi kalau diaorang tak de, aku layan juga tengok Conan dengan GBS.

 

Pukul 12 tengahari, tak lapar. Pukul 1 petang, tak lapar. Pukul 2 petang, tak lapar. Pukul 2.30 petang, aku yang lapar. Diaorang tak pe la dah kenyang dengan hadaman ‘Untuk Kita-Kita Aje’. Tiba-tiba, aku dapat idea. ‘”Jom kita keluar makan!”. Semua pandang aku. Aku tunduk tersipu-sipu malu gaya anak gadis dimajlis pertunangan.

Yang tersayang tumpang bertanya, “Nak pi makan kat mana?”. Dengan muka yang naif dan suci aku jawap, “Dekat-dekat sini aje”. Tapi sebenarnya aku dah nampak future plan…..

 

Masuk dalam kereta. “Kita nak pegi makan mana ni ayah?”. Aku jawap pendek je, “Jauh sikit kot!”.

“Yey!”, sorakan gembira hero dan heroin aku yang mcam la depa yang nak bawa kereta. “Yo! yo!”. isteri aku pun bergegas keluar ambil bekal tambahan yang patut untuk plan luar jangkaan. Macam tau-tau aje.

 

Aku lapar!

Ngap 1,2,3….. + lain-lain yang tak payah diceritakan.

 

 

Ingatkan depa tak lapar

Ngap 1, bukan 1 keping tapi satu bungkus, 2 bungkus, 3 bungkus….. + kotak-kotak air

 

 

Ehh! dah tersampai Ayer Keroh. Macam tak sangka pulak. Ada juga terdengar bunyi sendawa yang aku rasa bukan dari mulut aku. Itu tanda analisa aku yang segmen jalan-jalan cari makan kena postphone kepada masa yang lebih bersesuaian.

Ada juga aku tertanya macamana aku boleh tersampai kat Melaka. Aku syak yang bukan tuduhan yang aku telah dipukau setelah baca entri dia ni.

 

Bling! aku tersedar.

“Ayah kita tak penah pegi situ”, hero aku tunjuk sign board jalan.

“Ok”, aku jawap pendek sambil kona ke kiri.

Taman Tasik Utama, MITC dan secara tiba-tibanya aku rasa macam kenal kat penghulu kawasan itu yang mungkin sedang sibuk bagi makan burung dengan biskut kucingnya. bini angkat Maher Zain (dalam hati @#$$%#$%##$). Tak kenal juga. Tak kenal sudah. Aku pinjam kata-kata engko ye Puan Penghulu.

Ehh! jangan tak tau aku sempat ronda-ronda masuk tengok rumah-rumah kat situ. Tapi tak de la pulak aku nampak orang bagi makan burung waima sekor burung pun tak berapa nak perasan. “Mungkin burung cuti sem sekolah kot’, jawapan bodoh aku dalam hati.

Aku juga syak yang aku juga telah dipukau oleh si penghulu itu untuk masuk kat area tu

Cis! Apa barang Planetrium Melaka nak tutup 10 minit lagi baru aku sampai, Kensel lawatan luar jadual. Tak patriotik langsung orang Melaka kutuk Melaka. Jangan la CM aku baca entri ni.

 

Dengan pantasnya GPS pun menjawab, Banda Hilir to the left, to the left…..

 

Inilah hasilnya.

Hero dan heroin aku sedang buat perundingan jadual berlepas dengan boat pilot yang tengah makan.

Heroin aku ni pulak ugut nak balik rumah naik bas kalau lagi 10 minit boat tak siap.

 

 

Setelah melalui pelbagai rintangan dan pintu pemeriksaan, aku dapat la merakamkan beberapa gambar yang punya cerita tersendiri sepanjang aku mengenali Melaka diwaktu persekolahan dan zaman muda-muda disini dulu.

Kawan sekolah aku dulu ada pesan, jangan cari pasal dengan budak-budak kat sini walaupun awek-aweks kanpung ni mengancam…

Aku pulak asyik tanya dalam hati, mana la pegi pakcik-pakcik bawa teksi dengan kakak yang meniaga kedai makan sambil buat  extra service jaga beg agaknya…

 

 

Setelah puas dilambung ombak dan badai, serta percikan air ke muka yang tidak dapat aku pastikan jenis bakteria yang membiak di dalamnya. Setelah berhenti-henti di beberapa stesyen macam keretapi mel, akhirnya sampai juga dijeti yang jauh sikit pasal parking boat semua full. Ada juga aku terasa macam PATI naik bot pancung baru mendarat dengan mata melilau tengok bapak polisi.

Setelah menunaikan apa yang sepatutnya. Soalan yang sama berulang kembali.

“Kita nak pegi makan kat mana?”.

Dengan konfidennya aku jawap, Nasi Ayam Best dekat dengan traffic light Bachang. Dengan harapan besar dalam hati agar apa yang tulis dalam surat khabar itu hari tak bohong. Dan juga GPS tak cuba-cuba nak bohong aku bawa lorong dan jalan melilau. Lebih sadis kalau terlepas ke JB.

 

(Gambar-gambar makan tak de pasal kami semua lupa daratan sekejap masa tu. )

 

“Dah kenyang kan semua?”, aku tanya pada semua yang hadir.

Angguk pun tidak, geleng pun tidak. Cuma ada bunyi sendawa manja dengan mata yang tidak dapat dipastikan tahap bukaannya. 114km lagi nak ditempuh. “Kolumpo! ekau jago!”, secara automatiknya lidah aku bertukar loghat Negeri Sembilan.

 

Melilau lagi dengan tak ketahuan hujung pangkalnya. Jam 10 malam. Set masa mula perjalanan balik ke pengkalan.

Depan rumah kampung aku. Lepas dengan nasib baik kakak aku tak perasan.

Pedas. Line clear lepas.

Senawang. Jem terkawal.

Nilai. Jem jugak dengan sedikit rasa terguris sesal tak bawa roti.

R&R Dengkil. Top up T&G. Sambil membayangkan perjalanan aku esok dan seterusnya lancar dengan Smart Tag.

Alih-alih sampai Plaza tol Seafield papan muka LED tu kata tiada pengesahan plaza tol masuk. Priap! sekaligus dia potong macam aku datang dari JB. Aku mula pandang Smart Tag aku dengan pandangan serong. Dengan rasa teraniaya, aku segera teringatkan Datuk Shabery Chek (betul ke eja nama dia). Dan-dan tu juga nak search internet nak cari panduan isi borang Tribunal Pengguna.

 

Setelah diperdebatkan dengan hangatnya.

Konklusi aku, memang la peralatan elektronik zaman sekarang dicipta untuk kuat menipu….

Lain kali, kalau aku nak anjurkan segmen jalan-jalan cari makan lagi, aku nak pastikan yang tiada peralatan elektronik yang turut serta….

Macam Sireh! Bedebus….. (tak pasal aku akhiri perjalanan aku dengan buat dosa mencarut)….

.

.

Sekianlah karangan cuti sekolah saya cikgu!

 

 

.

.

Remain alive : survivor

Posted: 29 May, 2011 in Uncategorized

DR Congo IDP's

Aku terima kiriman gambar dari seorang rakan yang masih di DR Congo.

Dia berkisah-kisah tentang hidup, menempuh pelbagai rencam dan ragam.

Kehidupan di Afrika, sangat jauh berbeza dari kehidupan di Asia.

Yang tidak terbayangkan oleh akal fikiran.

 

Aku lihat gambar itu.

Pada renungan dan pandangan yang membawa 1001 kisah serta tafsiran.

Pada sebuah kehidupan, yang tidak kesemua berpeluang merasai keindahannya….

 

 

 

.

.

.

Dengannya…

Posted: 26 May, 2011 in Uncategorized

Head Down Sad

 

Dengan matahari aku bisa melihat dunia siang dengan jelas

Dengan bulan aku tidak meraba-raba pada gelap malam

Dengan bintang, aku punya arah untuk melangkah

Dengan akal aku bisa menaakul antara benar dan batil

Dengan hati aku tahu membahagi antara cinta dan cita…..

x

x

x

x

x

x

Hati berkata,

“Aku mahu melepaskan cinta itu pergi”

Akal bersuara,

“Lepaskanlah kalau kamu boleh hidup tanpanya”

Jiwa mencelah,

Tubuh ini terlalu merana kerana berada diantaranya”

 

Hati, Akal dan Jiwa lalu sepakat,

Bersabarlah!, Kita bukan Tuhan yang mengetahui segala-galanya.

 

Detik-detik hidup itu akan terus berulang.

Pahit menjadi madu, racun menjadi penawar.

Kerana dalam hidup, kita takkan mampu memiliki segala-galanya….

 

Tak perlu mengeluh

Dengan mengeluh tidak menjadikan kita sesiapa….

 

 

 

.

.

Selalu selalunya aku…

Posted: 25 May, 2011 in Uncategorized

Rindu!

Rindu!

Rindu!

Aku anak Mak!

Tapi aku belum bersedia untuk menemani mu disana…..

Nada yang terlalu jujur,

Congress Park Saratoga

Kinarut, Sabah

Saratoga Springs, NY

Jitra, Kedah

Kinkole, Kinshasa, DR Congo

(Aku juga rindu dengan Mak semua disana…)

Selepas ketiadaan Mak, aku banyak menumpang kasih dimana jejak ini singgah mencari rezeki dan ilmu di bumi Allah ini.

Tiada ganti yang sama,

Tanpa segan, tanpa silu. Aku perkenalkan diri.

“Saya orang susah, hidup diasuh dengan budi. Pusaka yang Mak tinggalkan setelah pergi”.

Hidup takkan sama tanpa Mak!

Tiada penggalak, Adore for………

Ya! Memang aku selalu rindu Mak.

Ya! Memang aku selalu cerita tentang Mak disini.

Takkan jemu, takkan jemu, takkan puas

Masak lemak pucuk ubi, sambal tumis sulur keladi

Aku membesar dengan itu. Dengan berpijak dibumi nyata.

Mak pernah cakap,

“Hidup mesti sentiasa berbuat baik, berbuat sesuatu yang disenangi. Kemana pun tercampak, hidup akan dirahmati….”

dan ini hanya catatan kenangan peribadi seorang anak….

.

.

H.A.T.R.E.D

Posted: 23 May, 2011 in Uncategorized

hatred

Aku benci dan menyampah dengan pendedahan yang menunjukkan sikap lepas tangan lepas berlaku sesuatu di Malaysia ni.

Memang bodoh dan berhati perut bagi aku.

Tidak mengambilkira kesedihan yang berlaku dari korban nyawa yang banyak.

Mudah menuding jari, Bangau Oh Bangau

Bila baca akhbar hari ni, aku rasa macam nak mencarut…..

Cerita yang lain.

Aku rasa macam scale timbang tu menipu aku.

Naik 5-6 kilo. Biasanya aku maintain 65 jer.

Need to do something and revise everything.

Hari ni agak moody.

Aku terasa macam ada tersakitkan hati dan perasaan orang hari ni.

Ampunkanlah aku….

kredit imej : disini

.

.

Bimbang jadi nyata

Posted: 21 May, 2011 in Uncategorized

Merisaukan,

overweight scale

Boleh jadi memalukan

Membawa kerunsingan

Nanti aku cerita….

.   .

.