Archive for August, 2011

Soul animate

Posted: 25 August, 2011 in Uncategorized

 

Aku tak tahu kenapa lagu ni betul-betul menyentuh hati.

Cara penyampaian yang lembut amat menusuk hati.

Jiwa yang sedang lembut ini memberi reaksi, titis-titis air mata.

Seperti rasanya ingin berada di depan Kaabah, menjiwai satu kedamaian disana yang tidak ada dimana-mana pun.

Jiwa yang menjiwai….

 

 

 

 

Ini sesuai untuk semua jiwa yang bernyawa, Islam atau tidak

 

 

 

 

 

.

.

.

.    .    .    .    .

.

 

Kinkole, Democratic Republic of Congo – 4 Julai 2010, 4.23 petang

 

 

 

 

 

.

.

.

 

 

.    .    .    .    .

.

You Think You Know Yourself

Posted: 22 August, 2011 in Uncategorized

 

23 Ramadhan.

Terlalu cepat bulan keberkatan ini berlalu. Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari kebesaran, hari kemenangan dan pembebasan nafsu-nafsi serta agen-agennya semula.

Jika ditanya pada diri aku, apa makna Hari Raya.

Jawap aku ia penuh ingatan yang sedih masygul. Sambutannya penuh dengan air mata yang tumpah, tanpa dipaksa-paksa ia datang sendiri. Banyak rindu dan kenangan yang berlegar di antaranya.

 

Masygul

 

Rasa sepi pada hari kegembiraan itu semakin meluap dan mendekat. Air mata pasti tak mampu diseka. Menggembirakan insan lain tidak semestinya dapat menggembirakan diri kita sendiri.

 

Ahh! Bibit-bibit rindu kembali berceranggah dalam jiwa. Pada hati yang sudah lama tidak berhari raya dan tidak mahu berhari raya.

Kita masing-masing punya cerita sendiri…..

 

 

 

 

.

.

.

 

 

.    .    .    .    .

.

B U

Posted: 22 August, 2011 in Uncategorized

 

Sedikit perkongsian,

 

Motivational quotes

 

Hanya mampu tinggalkan kamu dengan ini sahaja

lantaran banyak keperluan yang perlu diutamakan dan dikejar sementara masih berpeluang ini..

 

kredit imej : google

 

 

 

.

.

.

 

 

.  .  .  .  .

 

Al Baqarah 185

Al Quran - Heart of Ramadhan

 

 

 

 

 

 

.

.

.

.

.

 

.       .       .       .       .

 

 

 

.

 

Mendalami hati tidak seperti mendalami ilmu. Tapi tanpa ilmu hati itu tak mampu di dalami. Hati tidak mudah ditenteramkan. Rajuknya. dendamnya tidak mudah dipujuk tanpa memahami haluan tuju dan maksud hati itu sendiri.

Dalam rahmat Ramadhan, hati dan jiwa harus diberi pemulihan. Mengenal diri dan mencari erti kehidupan yang semakin menginjak usia. Hidup ini bukan untuk bergembira selamanya. Ada masanya merenung ke belakang lebih baik dalam menghitung keseimbangan hidup.

Usia menginjak 40an. Banyak yang perlu diperkatakan. Permulaan kepada sesuatu, cuma yang belum dapat dipastikan sama ada arah benar atau batil.

 

Life quote

kredit imej : blog.ceoptions.com

 

 

Terbaca satu potongan kata-kata hikmat ,

“Penyakit hati akan menghilangkan kebahagiaan yang ada dalam dada manusia, menghilangkan rasa syukur atas kurniaan nikmat Allah.”

 

Ramadan kali ini, banyak kelainan yang ditempuhi dan difikirkan oleh hati ini. Moga ini bukan Ramadan yang terakhir…..

 

 

 

 

.

.

.

 

 

 

.

Q&A

Posted: 11 August, 2011 in Uncategorized

 

 

Soalan : Apa yang aku mahu dan impikan sebenarnya?

Jawapan : Mahu jadi orang yang menyenangkan dan disenangi.

 

Soalan : Tidakkah terfikir untuk mengejar kejayaan dan kekayaan?

Jawapan : Kejayaan dan kekayaan adalah ukuran kebahagian yang sangat subjektif.

 

Soalan : Adakah kamu terlalu berlagak alim untuk menidakkan dunia?

Jawapan : Dunia tidak selamanya kerana hari-hari kita yang masih berbaki adalah untuk jalan keakhirat.

 

Soalan : Jadi apa yang kamu mahu sebenarnya?

Jawapan : Mahu jadi insan yang berguna dan berjaya.

 

Soalan : Tapi kamu tidak menunjukkan ciri-ciri sebagai orang yang mahu berjaya?

Jawapan : Ya, memang saya belum lagi mampu berjaya menjadi sahabat karib kepada Tuhan yang pastinya menjadi saya  seorang yang berjaya dengan panduan-Nya.

 

Soalan : Kamu rasa semangat berkobar-kobar kamu ini akan kekal selamanya tanpa godaan/

Jawapan : Mudah-mudahan ia menjadi kekal dan diberi panduan oleh-Nya.

 

 

Q&A

 

 

Semoga kita menjadi insan yang sempurna di mata-Nya dan dipilih untuk memasuki pintu-pintu Jannah-Nya dengan setiap kesempatan amal kebaikan yang mampu dilakukan selagi ada peluang dan nafas berbaki….

 

 

Sebenar aku tidak tahu untuk menulis tentang apa. Terbeban dengan banyak persoalan tentang kehidupan yang bermain di dalam kepala ini…

 

What was I thinking..?

 

 

image inspired : flickr scoobymoo

 

 

 

.

.

.

 

 

 

 

 

 

.