Archive for February, 2011

Instinctive

Posted: 28 February, 2011 in Uncategorized

 

Semasa kecil, di zaman persekolahan

Aku selalu ditanya tentang cita-cita. Tiap tahun, setiap kelas aku pasti ditanya. pertanyaan tentang apa cita-cita aku di masa hadapan. Sebuah cita-cita yang mungkin penuh gaya atau setidak-tidak punyai jiwa patriotism untuk mengelakkan gelak-gelak sinis.

Mahu tahu apa jawapan aku yang tertulis di dalam rekod persekolahan.

“Saya mahu jadi seorang profesor”.

Dengan bangga aku menyatakan pada guru yang mencatat. Seperti melangkaui zaman dan batas umur. Aku tetap dengan cita-cita yang satu itu. Sepertinya yang kesemua kami di dalam kelas itu bakal menjadi orang-orang besar dalam dunia…..

ambition

kredit gambar disini

 

Aneh sekali!

Dunia, ,masa dan keadaan membawa perubahan. Manusia beradaptasi dengan keadaan sekeliling dan keperluan disekelilingnya. Impian dan cita-cita mungkin jadi sekadar satu catatan di dalam arkib diri, berlalu bersama masa. Jauh menyimpang dan tersasar….

Kerana, setiap kita punya cerita sendiri. Cerita tentang masa lalu dan masa hadapan kita. Cerita kenapa kita tidak memilih untuk jadi seperti yang kita cita-citakan….

Aku bersyukur dengan aku yang sekarang. Kejayaan yang sebenarnya tidak diukur dengan lahiriah. Biarpun kamu hanya sebagai tukang sapu, pengutip sampah ataupun amah. Kejayaan adalah kamu dapat berdiri dengan diatas kaki kamu sendiri. Kejayaan adalah kerana kamu dapat menepis semua cacian dan tohmahan. Kejayaan adalah kamu bahagia dengan hidup kamu sekarang. Kejayaan adalah kerana kamu paling tawadhuk dan tunduk menyembah keagungan-Nya.

Sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan kekayaan dunia. Sesuatu yang kita perlu percaya dan menjadi rukun panduan akidah hidup kita, bahawa dipenghadapan-Nya kelak, kamu tidak akan diukur dengan lahiriah…..

 

Ketajaman fikiran serta kejayaan tidak boleh diukur dengan koleksi sijil, pada jubah atau topi miring kamu mahupun jumlah simpanan di dalam bank kamu. Kejayaan tidak mampu diijazahkan atau ditauliahkan oleh mana-mana universiti. Sebaliknya, universiti terbaik adalah diri kamu sendiri…..

 

Kita tidak patut melawan takdir, menyesalinya apatah lagi. Kita adalah seperti apa yang patut kita ada sekarang. Jadilah hidup ini seperti seorang yang buta, menilai sesuatu dengan mata hati.

 

Wahai Maha Pencipta! Jadikanlah aku hamba yang pasrah dengan takdirnya……

Agar aku boleh berpesan dengan anak-anakku, apa pengertian kejayaan sebenar yang perlu mereka cari dalam hidup…..

 

 

 

.

.

Artifact of life

Posted: 27 February, 2011 in Uncategorized

 

Duduk-duduk tengok History Channel. Lihat-lihat, jeling-jeling pada almari sudut. Jeling-jeling koleksi yang datang dari jauh, yang aku kutip dari setiap perjalananku di bumi Allah ini.

Mata aku melekap tertarik melihat kepingan malachite ini. Kelihatan seperti relic, pudar dan tidak bersinar tetapi sungguh berharga . Sungguh jauh dan unik. Lihat benua itu, sungguh gelap tetapi banyak kenangan dan pengajaran yang aku perolehi sepanjang berada disana. Rindu lantas menggamit untuk kesana lagi…

 

SHIMI - Africa on Stone

 

Membaca dan merungkai kenangan dari beberapa luahan hati ku semasa disana

disinidisinidisinidisinidisini

Membaca quote yang aku tulis pada 5 Julai 2009, jiwa jadi sebak,

 

Even if the separation isn’t easy I am very grateful that despite everything, a family. During my tenure here, I had time to realize how life could be completely without them. Separation from family and friends made me very lonely…

 

 

Kesusahan mengajar kita erti menerima seadanya. Meneruskan kelangsungan hidup dalam apa jua cara dan keadaannya. Perjalanan hidup dimasa hadapan banyak berlandaskan masa silam. Hati dan perasaan menjadi siapa aku sekarang….

 

Terus melihat, terus memerhati, hiasan malachite yang pudar dimakan hari. Seperti ada analogi disebaliknya. Begitu juga hidup, bila pudar perlu digilap semua dan diberi nafas baru…..

 

 

.

Notoriety

Posted: 26 February, 2011 in Uncategorized

 

Berblog bukan mudah. Berblog menjadikan kamu seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang kamu luahkan dan paparkan. Dunia maya ini bukan semata-mata kerana kemahsyuran, Kepuasan berblog itu datang dalam pelbagai bentuk, terpulang kepada interpretasi pemiliknya.

Untuk aku dan bagi aku, berblog memang menyeronokkan. Aku tidak mengejar ranking, tetapi kebenaran pada diri dan kebebasan untuk meluahkan isihati. Tanpa terikat atau terlalu taksub dengannya. Ada kalanya laman ini aku tinggalkan untuk sekian lama. Walaupun rindu yang meluap-luap, masa amat membataskan.

Aku berblog kerana aku seronok. Berkongsi rasa, seperti tagline SHIMI – Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah.

Amat setuju dengan Fida dengan luahannya mengenai dunia blog.

 

blog-wordle

kredit imej

 

Juga aku perlu berterima kasih pada mereka ini yang memberi kredit dan ulasan mereka mengenai blog ini disini dan disini.

Terima kasih teman. Terima kasih kepada yang berkunjung.

Life for purpose…..

 

 

 

.

Allah selamatkan kamu…

Posted: 23 February, 2011 in Uncategorized

 

 

Selamat Hari Lahir

Muhamad Danish Farhan

yang ke 10

 

Ayah menaruh harapan yang itnggi pada kamu sebagai anak yang sulung. Moga kamu menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

 

happy-birthday

 

Happy Birthday Son

May Allah Bless You

 

 

 

 

 

.

What comes around goes around

Posted: 21 February, 2011 in Uncategorized

 

Karma kehidupan.

Pepatah mengatakan, buat baik dibalas baik dan begitu juga sebaliknya.

Banyak perkara yang kita sesalkan dan ingin kembali membetulkan semula keadaan. Masa itu telah berlalu dan akan terus berlalu jauh. Sesalan bukan bererti yang kehidupan kita telah berakhir, tiada lagi peluang kedua. Jika hati kata mahu mati, jiwa kamu juga telah lama mati dari untuk terus hidup…..

Setiap kita punya cerita, punya sesalan dan juga punya cara memperbaiki. Jadilah diri kamu sendiri. Berjuanglah atas nama kehidupan kamu, bukan mati sebelum ajal.

Jika manusia tidak lagi mahu mendengar dan menerima kamu. Dongaklah ke atas, minta pada-Nya. Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihi. Pasti kamu akan rasa lembayung rahmat-Nya, selagi kamu tidak berpaling dari-Nya.

 

Life is, to put it quite simply, completely unpredictable.


His name was Fleming, and he was a poor Scottish farmer. One day, while trying to make a living for his family, he heard a cry for help coming from a nearby bog. He dropped his tools and ran to the bog. There, mired to his waist in black muck, was a terrified boy, screaming and struggling to free himself. Farmer Fleming saved the lad from what could have been a slow and terrifying death.

The next day, a fancy carriage pulled up to the Scotsman’s sparse surroundings. An elegantly dressed nobleman stepped out and introduced himself as the father of the boy Farmer Fleming had saved. "I want to repay you," said the nobleman. "You saved my son’s life." "No, I can’t accept payment for what I did," the Scottish farmer replied, waving off the offer.

At that moment, the farmer’s own son came to the door of the family hovel. "Is that your son?" the nobleman asked. "Yes," the farmer replied proudly. "I’ll make you a deal. Let me provide him with the level of education my own son will enjoy. If the lad is anything like his father, he’ll no doubt grow to be a man we both will be proud of." And that he did.

Farmer Fleming’s son attended the very best schools and in time, he graduated from St. Mary’s Hospital Medical School in London, and went on to become known throughout the world as the noted Sir Alexander Fleming, the discoverer of Penicillin.

Years afterward, the same nobleman’s son who was saved from the bog was stricken with pneumonia. What saved his life this time? Penicillin. The name of the nobleman? Lord Randolph Churchill.

His son’s name? Sir Winston Churchill.

SHIMI - Go Around

 

 

What comes around, goes all the way back around

 

 

.

.

.

sigh


Bruno Mars Grenade Pink Perfect Enrique Iglesias Tonight (Feat. Ludacris) Katy Perry Firework Far East Movement Rocketeer (Feat. Ryan Tedder) Usher More (RedOne Remix) Rihanna What’s My Name (Feat. Drake) Pitbull Hey Baby (Drop It To The Floor) Christina Perri Jar of Hearts Diddy-Dirty Money Coming Home (Feat. Skylar Grey) David Guetta Who’s That Chick? (Feat. Rihanna) Britney Spears Hold It Against Me The Script For the First Time Rihanna S&M The Downtown Fiction I Just Wanna Run Chris Brown Yeah 3x Taylor Swift Back to December Taio Cruz Higher (Remix Feat. Travie McCoy) Jennifer Lopez On the Floor (Feat. Pitbull) Black Eyed Peas Just Can’t Get Enough Avril Lavigne What the Hell Plain White T’s Rhythm of Love Edward Maya Stereo Love (Feat. Vika Jigulina) Train Marry Me (First Dance Mix) Kesha Blow Linkin Park Waiting for the End Ciara Turn It Up Keri Hilson Pretty Girl Rock (Remix Feat. Kanye West) Flo Rida Who Dat Girl (Feat. Akon) Nelly Gone (Feat. Kelly Rowland) Travie McCoy We’ll Be Alright Dev Bass Down Low (Feat. The Cataracs) Mike Posner Please Don’t Go Wiz Khalifa Black and Yellow Sean Kingston Party All Night Nicki Minaj Moment 4 Life (Feat. Drake) Tinie Tempah Written in the Stars Jessie J Price Tag (Feat. B.o.B.) Mann Buzzin’ Jay Sean Hit the Lights (Feat. Lil Wayne)


 

.

.

.

Perfecto

Posted: 20 February, 2011 in Uncategorized

 

Aku pasti tidak pernah lupakan senyumannya, lirik matanya yang mendebarkan jiwa. Ayu tidak dapat dilihat dari kecantikan wajah. Yang baik tidak datang dari penampilan yang sempurna. Kulit tidak selalunya menggambarkan isinya.

Itu kata hati aku……

Arctic Tern fishing in Jokulsarlon Lake, Iceland

 

Hati manusia tidak mudah untuk dipuaskan. Mulut tidak mampu ditutup untuk bersuara dan menyatakan rasa hampa. Sepertimana Oscar Academy Awards, Grammy Awards atau Cannes Film Festival, yang terlalu banyak pengkritik tidak bertauliah. Yang hanya mentafsirkan kulit tanpa melihat rasional akan isinya.

Tiada siapa yang mampu mendabik dada mengatakan kesempurnaan dirinya. Hidup bermaruah yang menjadikan kita berbangga dengan diri kita. Berjalan mengangkat muka melihat dunia.

 

Jangan lupa pesan orang tua,

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa. Tepuk dada, tanyalah selera…..

 

 

 

 

 

.

.

.

Love is short

Posted: 19 February, 2011 in Uncategorized

 

When it’s love you give
(I’ll be a man of good faith.)
Then in love you live.
(I’ll make a stand. I won’t break.)
I’ll be the rock you can build on,
Be there when you’re old,
To have and to hold.

When there’s love inside
(I swear I’ll always be strong.)
Then there’s a reason why.
(I’ll prove to you we belong.)
I’ll be the wall that protects you
From the wind and the rain,
From the hurt and pain.

Let’s make it all for one and all for love.
Let the one you hold be the one you want,
The one you need,
‘Cause when it’s all for one it’s one for all.
When there’s someone that should know
Then just let your feelings show
And make it all for one and all for love.

When it’s love you make
(I’ll be the fire in your night.)
Then it’s love you take.
(I will defend, I will fight.)
I’ll be there when you need me.
When honor’s at stake,
This vow I will make:

Love n Chocolate

That it’s all for one and all for love.
Let the one be the one you want,
The one you need,
‘Cause when it’s all for one it’s one for all.
When there’s someone that should know
Then just let your feelings show
And make it all for one and all for love.

Don’t lay our love to rest
‘Cause we could stand up to you test.
We got everything and more than we had planned,
More than the rivers that run the land.
We’ve got it all in our hands.

Now it’s all for one and all for love.
(It’s all for love.)
Let the one you hold be the one you want,
The one you need,
‘Cause when it’s all for one it’s one for all.
(It’s one for all.)
When there’s someone that should know
Then just let your feelings show.
When there’s someone that you want,
When there’s someone that you need
Let’s make it all, all for one and all for love.

by Bryan Adams – All For Love

Life Jetty

 

 

To let go is not to nag, scold or argue,
but instead to search out my own shortcomings and correct them

To let go is not to regret the past,
but to grow and live for the future

To let go is to fear less and love more…..

 

 

 

.