Archive for August, 2010

Jiwa yang merdeka

Posted: 31 August, 2010 in Uncategorized

53 tahun telah berlalu. Bumi bertuah ini menjadi tanah yang bebas, berdaulat dan berdiri di atas kaki sendiri. Mengurus tadbir dan membangunkan bumi bertuah ini. Merdeka ini bukan mudah, merdeka ini terbina dengan derai air mata, tubuh-tubuh yang bergelimpangan mempertahankan keamanan,

Kacau bilau. Aku telah saksikan bagaimana negara yang kemerdekaannya yang tergadai. Keamanan seumpama hujung tanduk. Yang kaya hidup bongkak, yang miskin melarat papa kedana. Lihatlah bagaimana hasilnya jika ini yang kamu mahu. Kamu pasti menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi dengan cerita dari gambar-gambar ini.

Kemerdekaan bukan bererti kebebasan semata-mata untuk melakukan apa sahaja. Bercakap apa sahaja. Segala-galanya hendak dilakukan tanpa ada batas-batas. Merdeka yang diimpikan itu sebenarnya merdeka yang menuju kehancuran. Kembali melihat kebelakang, bagaimana kemerdekaan bumi bertuah ini diperolehi. Hasil muafakat dan persefahaman serta persetujuan kontrak sosial.

 

Lihat, saksikan dan fahami

Merdekakah jiwa bangsa Malaysia ini?

 

Ingat dalam jiwa perlu ada SABAR, SYUKUR dan senyum untuk terus MERDEKA.

Sesungguhnya Hidup Ini Menanti Impian

.

.

Salam Kemerdekaan ke 53

Moga Malaysia terus aman sebagai bumi bertuah.

.

.

.

Advertisements

Kamu! amat asing diri tanpa dia

Posted: 25 August, 2010 in Uncategorized

Dijadikan wanita itu sungguh istimewa. Hadirnya dalam hidup kamu juga sungguh istimewa. Tanpa mereka, kamu bukanlah sesiapa pada hari ini. Bersama dengan wanita, jiwa kamu bisa jadi tenang dan damai. Dan adakalanya bersama wanita itu juga bisa jadi ribut yang maha dahsyat.

Tanpa wanita, kamu tidak mengenal erti cinta. Erti kasih sayang di atas dunia. Wanita menjadikan kamu merasai nikmat rahmat dan ihsan.

Kebahagiaan perempuan tidak terletak pada kemuliaan sang suami, bukan pada kehormatan dan kelembutanya. Tapi pada cinta yang memadukan jiwanya dan jiwa lelaki yang dicintainya. Kasih sayangnya tercurah – hati menjadikan masing-masing sebagai suatu anggota badan kehidupan dan dalam satu kalimat di atas bibir Tuhan.

Khalil Gibran

Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad dari riwayat Ibnu Umar)

Amat asing diri tanpa perempuan
dengannya kita mengenali
erti kasih sayang
melaluinya nescaya kita mengerti
erti cinta yang lebih tinggi

seterusnya disini

Selamat Hari Wanita

.

.

.

Life : Reinvent

Posted: 23 August, 2010 in Uncategorized

 

Ramadhan, banyak yang kamu dapat dari padanya. Iktibar dan pengajaran. Mengenal diri dan masa untuk menginsafi nasib insan-insan yang kurang bernasib baik.

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Surah Al A’Raf : 31

 

DSC_0333

 

DSC_0320

 

DSC_0341

 

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

Surah Al-Furqan : 67

 

Sesungguhnya dalam hidup kita perlu berubah, kedayaan untuk berubah dan memandang perubahan dengan penih nilai-nilai positif. Setiap sesuatu yang datang itu adalah hidayah yang kita impikan dalam doa yang kita sebut-sebut seharian. Dengarlah kata hati mu apabila datang sesuatu yang menyerumu kearah kebaikan.

 

Meminjam kata-kata dari Iklan Petronas Sempena Hari Kemerdekaan 2010

Kekuatan sebenar kita terletak pada hati

 

.

.

.

[tweetmeme only_single=”false”]

Liberasasi diri

Posted: 17 August, 2010 in Uncategorized

 

ikhlas

Hidup selalu mahu bebas dalam segalanya

tiada kongkongan, tiada batasan

iapi kamu tahu semua itu tidak kemana

dan tidak memberi makna apa-apa pada kamu

Bersyukur kamu dilahirkan ditanah air bertuah ini

mengimbau tahun-tahun kebelakang,

kamu keseorangan disana

.

.

Ramadhan ini rasa yang terbaik

walaupun tanpa juadah istimewa

jiwa rasa begitu tenang

bersama-sama keluarga tercinta

.

.

Walaupun aku berada di kemuncak dunia pun

Rasanya takkan sama dengan rasa yang ku rasa ini

Ramadhan dibumi bertuah, bersama-sama keluarga tercinta

hmmmm….

.

.

,

[tweetmeme only_single=”false”]

Harapan hidup

Posted: 15 August, 2010 in Uncategorized

Hidup terlalu banyak persoalannya. Dan jawapannya tidak mudah untuk dirungkaikan. Bila kamu berada di dalam kesedihan, semua persoalan tentang kehidupan yang pernah kamu lalui, harungi dan rasai itu bermain kembali di ruang fikiran. Jiwa terlalu mudah tersentuh bila hati sedang rapuh.

Jangan fikir hidup ini terlalu mudah, dan juga hidup ini tidak perlu terlalu dipayahkan. Mudah dan payah berlandaskan hukum-hukumnya, keputusan hidup bukan terletak pada logik akal semata-mata.

 

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

 

 

Bila esok hari datang lagi
ku coba untuk hadapi semua ini
meski tanpamu, meski tanpamu

.

.

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

.

.

Apa pun halangan yang mendatang, berani atau tidak semua itu perlu ditempuhi. Samada ia perit ataupun mudah, semuanya adalah kerana jalan yang kamu pilih

 

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Surah Al-Baqarah : ayat 185

Juadah Ramadhanku diDRC

Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

.

.

.

Syukur Ramadhan kali ini, aku berada di bumi bertuah ini. Bumi DRC yang ribuan batu itu jauh ku tinggalkan bersama kenangan. Ramadhan yang pernah ku tempuhi di buminya. Merasai diri sebagai minoriti yang hanya punya sedikit kemudahan untuk beribadah. Namun, kewajipan ibadah itu tetap terlaksana.

Masih terasa ukhwahnya antara kami rakyat bumi bertuah ini yang bergotong royong menyiapkan juadah berbuka puasa. Yang manisnya, ianya turut dikongsi bersama rakan-rakan bukan Muslim dari bumi bertuah yang sama-sama menunggu waktu berbuka jua bersahur. semua itu tinggal kenangan pada tahun-tahun yang telah berlalu.

Maka bersyukurlah dengan bersederhana dengan nikmat yang telah dianugerahkan di hadapan kamu berbanding dengan saudara-saudara kamu berada dikancah dan bumi yang bergolak.

Masih segar akan catatan-catatan Ramadhan yang dinukilkan di bumi DRC,

Jumaat ini buat aku tersenyum

Ramadhan Kareem, Ramadhan Mubarak

Ramadhan @ DR Congo

 

Semoga Ramadhan kali lebih bermakna dan menjadi jalan untuk ketenangan dan kemenangan hati

Syukur!kerana aku masih diketemukan dengan Ramadhan kali ini.

Semoga apa yang aku niatkan untuk dilaksanakan pada Ramadhan kali ini akan tercapai. Amin

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Niat Puasa Ramadhan

 

Salam Ramadhan dari SHIMI

Ramadan Kareem

Perjalanan mencari cinta

Posted: 9 August, 2010 in Uncategorized

 

 

dosakah aku mencintaimu…
mendampingimu…inginkanmu…

aku menjadi…diri sendiri…
tak peduli…apa kata dunia…
ku nanti hari ketika…
cinta datang…cinta menang…

peluklah aku…jangan menyerah…
mereka bukan hakim kita…

 

rasa yang mempersatukan kita…
cinta yang mempertahan kita…
ooh…tuhan dengarkan doa…

cinta dan rasa bersatu di doa…
berharap cinta kita yang kan menang…

Lirik : Nidji – Dosakah Aku

.

.

.

Ahh! bait-bait lirik itu mengingatkan tentang sesuatu. Aku tidak melawan arus untuk melanggar norma kehidupan serta batasannya. Aku juga manusia biasa, penuh kekhilafan penuh kekurangan. Terkadangnya aku perlu berkata jujur agar aku tidak hipokrit dengan diri aku sendiri. Cerita tentang perkara-perkara yang telah berlalu..

Ya! aku pernah merasakan bagaimana rasanya bila cinta yang hadir itu cuba untuk diputuskan. Cuba untuk dipisahkan. Sungguh perit dan betapa pedihnya hati bagai disiat-siat. Aku bagai berperang dengan dunia, dengan perasaan diri sendiri dan juga mereka yang disekelilingku. Aku tidak cukup tabah untuk menerima segala dugaan dan musibah yang Ilahi itu…. dan aku bermohon agar tidak dipertemukan dengan ujian sebegitu lagi.

Sungguh sukar untuk mengapai satu cinta. Cinta yang benar, cinta yang bakal memenangi hati dan cinta yang memberi kelapangan pada jiwa.

Sesungguhnya perjalanan untuk memenangi sebuah cinta bukan mudah, banyak air mata yang pernah tumpah. Jauh sudah kaki ini pernah melangkah, puas sudah mata ini memandang sepanjang perjalanan mencari sebuah cinta dan kasih sayang.

Jika kali ini cinta aku itu telah menang, dan ianya tidak mudah untuk terus mempertahankan kemenangannya.

 

Cinta apabila ia berputik dan mekar, segalanya akan kelihatan indah dan rapi tanpa cacat celanya. Tetapi apabila ia mula pudar dan layu, yang baik akan menjadi nista, yang buruk sedikit akan diadu dombakan. Pilihlah jalan cintamu…

 

Sebagaimana Plato mengungkapkan mengenai erti cinta dan perkahwinan