Archive for February, 2010

 

Hujung Februari di musim panas dengan beberapa catatan hidup sepanjang minggu,

 

1.

Sepanjang minggu ini perancangan untuk melaksanakan beberapa program untuk mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul disini nampaknya tidak dapat dilaksanakan. Mungkin kenalan aku mempunyai masalah untuk melaksanakan hajat sepertimana yang dijanjikan. Program aqiqah, jamuan dan syarahan mengenai pengkisahan hidup Rasullullah sekadar menjadi perancangan.

Memang aku rasa terkilan, kerana aku menjadi orang tengah dengan masyarakat Muslim dimana program itu akan dilaksanakan. Iman Abdullah telah beberapa kali menghubungi aku, namun hanya kekesalan dan kemaafan yang dapat ku suarakan.

Mungkin ada hikmah yang terselindung di atas segala kejadian tersebut.

 

2.

Ahad dipenuhi dengan jemputan dari masyarakat dan kenalan sekerja dari India disini. Bersama untuk menyaksikan perayaan Happy Holi. Mungkin ia akan menimbulkan persepsi dan cakap-cakap yang negatif jika aku di Malaysia. Bagi aku semua itu sekadar hiburan untuk memenuhi kesunyian hati disini.

Sebenarnya timbul juga perasaan serba salah dan ragu-ragu untuk memenuhi undangan rakan-rakan dan masyarakat. Pegangan agama tetap menjadi sandaran utama. Tiba disana pada jam 12 tengahari, dengan disambut dengan lontaran dan lumuran warna-warni di badan dan muka. Masih senyum dan positif. Menikmati minuman dan makanan ringan halal yang disediakan sambil menikmati tarian yang penuh kegembiraan.

Hidup bermasyarakat kadang-kadang menuntut persefahaman dan tidak terlalu selfish.

 

3.

Malam ini malam terakhir dia disini sebelum berangkat pulang kebumi bertuah. Meluangkan sedikit masa selepas Maghrib meraikan dan mengucapkan selamat jalan serta terima kasih dengan bantuannya selama ini. Aprisiasi sambil menikmati minuman sejuk dan kopi panas, kami berkongsi cerita pengalaman sepanjang dia disini. Masanya dia telah tiba untuk menamatkan kontraknya dengan tidak berhajat menyambungnya lagi. Mungkin terlalu banyak getir yang dia hadapi di kawasan pendalaman yang jauh dengan segala kemudahan seperti tempat ku disini.

Masa dia telah tiba dan aku pula akan menyusul pada penghujung Jun ini. Terlalu cepat masa berlalu, dan aku masih dalam dilema untuk membuat keputusan.

Betul seperti kata pepatah, ikut rasa binasa ikut hati mati. Namun keputusan rasa hati masih belum menemui kata putusnya. Mungkin masa tidak dapat menentukan keputusan tanpa hidayah dari-Nya.

.

.

.

Hidup perlu dilihat melalui pelbagai perspektif. Perspektif menentukan persepsi. Persepsi mempengaruhi rakaman minda. Rakaman minda menentukan kata hati yang akan dilontar melalui ucapan suara. Ucapan suara itulah keputusan hidup aku dan kamu…..

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu adalah kelemahan dari ini sendiri.

Mind one’s P’s and Q’s

Posted: 26 February, 2010 in Uncategorized

 

Just because he does not say very much is no reason to sell someone short. Actually, he’s a profound thinker and amost talented. People tend to underestimate him and not give him the credit he deserve because they think he’s shy.

With reason. "If the shoe fits, wear it," I always say.

People who live in glass houses shouldn’t throw stones.

Still, he can’t help feeling sorry for the guy. I know that…

,

Sigh. Different strokes for different folks!.

Why not i hit the hay now.

Hopefully tomorrow i did not get up on the wrong side of the bed.

More calm and relax as the day goes on.

Jumaat. Have the world by the tail.

Amin

.

Kasih-Nya tiada tandingan

Posted: 23 February, 2010 in Uncategorized

 

Ah! tiba-tiba hari ini aku teringat kat arwah Mak dengan Abah. Terlalu lama mereka telah tinggalkan aku. Arwah Abah pada 1988 dan Arwah Mak pada 1993. Puluhan tahun yang telah berlalu, tapi jiwa ini masih merasai kehangatan kasih sayang mereka. Kenangan berputaran.

Dalam hati ada sayu. Apa aku kecapi kini, tidak mampu aku kongsikan bersama mereka. Dalam hati ada cemburu, bila melihat mereka yang berpeluang memanggil dengan panggilan Mak dan Abah atau sebagainya. Mereka masih punya peluang itu.Harus bersyukur.

Hendak ku nangis tak berair mata, hendak ku rayu pada siapa….

 


Satu… kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat… mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

Aris Ariwatan – 1234

Unpredictable

Posted: 21 February, 2010 in Uncategorized

 

Musim panas hati mudah jadi bara

Bila bara semua jadi serba tidak kena

Bila serba tidak kena, masak pun serba tidak jadi

Bila serba tidak jadi, makan pun tiada selera

+

+

Hari minggu kali ini agak membosankan

Tidak seperti malam tadi

Kebosanan pada satu hari di musim panas

Suhu siang 40++, suhu malamnya 33++

+

+

Sedut nafas dalam-dalam

Cari ketenangan dengan pandangan

Cari kesejukan dari luah perkataan

Cari kedamaian melalui papan kekunci dan laman sesawang

+

Ketenangan, kesejukan, kedamaian yang dicari itu

hakiki hanya datang dari-Nya…

 


BismillahirRahmanirRahimDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 

[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) –
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Surah Al Insyirah (94) : ayat 1-8

 

 

For all that I have done, I am so sorry.

.

.

I was wrong. I was foolish. I don’t get to play by different rules. The same boundaries that apply to everyone apply to me. I brought this shame on myself. I hurt my wife, my kids, my mother, my wife’s family, my friends, my foundation, and kids all around the world who admired me.

.

.

I’ve had a lot of time to think about what I’ve done. My failures have made me look at myself in a way I never wanted to before. It’s now up to me to make amends, and that starts by never repeating the mistakes I’ve made. It’s up to me to start living a life of integrity.

.

.

I recognize I have brought this on myself, and I know above all I am the one who needs to change. I owe it to my family to become a better person. I owe it to those closest to me to become a better man. That’s where my focus will be.

Kenyataan penuh disini

 

Semalam dan pagi ini, aku menonton kenyataan medianya di Al Jazeera dan CNN. Sarapan pagi dengan kisah Tiger Wood dan Elin Nordegren. Setelah 45 hari cuba mendiamkan diri, dia cuba berlaku jujur dan tampil sebagai seorang gentleman. Terlalu banyak pihak yang memperkatakan dan membincangkan. Memperkatakan tentang peluang kedua, seperti yang dia minta.

Andai dapat diundurkan masa, andai dapat dimiliki semalam, pasti dia akan membelinya dengan segala kemampuannya untuk memperbetulkan semula keadaan. Mungkin itu juga akan berlaku dan pernah berlaku pada kita sendiri. Cabaran hidup sentiasa datang dalam bentuk yang pelbagai.

Kesalahan dan penyesalan dalam diri yang akan terpikul sepanjang hayat. Adakalanya, dengan kemaafan dan kesedaran tidak mampu mengubah keadaan. Kepedihannya akan meninggalkan parut kekal dalam ingatan.

 

I have let my family down and I regret those transgressions with all of my heart. I have not been true to my values and the behavior my family deserves. I am not without faults and I am far short of perfect. I am dealing with my behavior and personal failings behind closed doors with my family. Those feelings should be shared by us alone.

Kenyataan dalam website Tiger Wood

 

Manusia memang tidak pernah sempurna. Ketidaksempurnaan itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan, tersalah pilihan, lalai, curang, kesal, terlanjur dan sebagainya. Merentasi kehidupan untuk menjadi lebih baik tidak mudah selepas kita melalui semua itu. Stigma dan persepsi. Kepercayaan yang telah dilacurkan tidak mudah untuk diperolehi kembali dan mendapat semula ditempat yang sepatutnya.

Terlalu mudah untuk mengata itu dan ini. Terlalu mudah untuk memberi komen dan menuding jari. Pasti yang lebih mengetahui dan merasai keperitannya adalah orang yang mengalaminya. Jika itu sekalipun terjadi pada diri kita, itu bukan alasan untuk kita mahu mati dan tidak sanggup mendepani dunia lagi.

Yang terjadi tetap telah terjadi, terpulang pada diri untuk bertanya apa sebenarnya yang dimahu dan dicari. Jika kebahagiaan dunia, maka dunialah yang kita dapat. Jika kebahagiaan di alam yang kekal, maka akhirat yang kita perolehi. Setiap itu perlu kesimbangan setelah kamu mengerti kenapa hidup perlu ada sempadan dan batasan.

Setiap kita ada cerita, setiap cerita itu punya cara…. hanya Allah yang mengetahuinya

 

Semalam aku selak-selak buku nota aku. Banyak benda yang tercatat disitu,  dari catatan yang melibatkan kerja hinggalah soal peribadi. Aku rasa ini buku catatan aku yang keberapa entah sepanjang umur aku dan rasanya menunggu masa untuk diabadikan dalam kotak barangan peribadi aku. Selak punya selak dan kadang-kadang tersenyum melihat apa yang aku tuliskan, aku terhenti kat satu quote yang aku tulis dan salin dari source mana entah. Tiada catatan masa atau tarikh,

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat

Khalifah Abdul Malik bin Marwan~

 Gambaran pertama yang terlintas selepas aku membacanya ialah diri aku sendiri….

.

.

Ada lagi satu quote yang aku tulis selepas seminggu aku mula-mula tiba disini. Catatan bertarikh 5 Julai 2009,

Even if the separation isn’t easy i am very grateful that despite everything, a family. During my tenure here, i had time to realize how life could be completely without them. Separation from family and friends made me very lonely…

Secara automatiknya, minda aku memutarkan lagu Akon – Lonely masa tu….

.

.

This morning, masa aku tengah pening mencari fakta mengenai mineral uranium di Congo. Terlalu sedikit fakta yang dapat aku perolehi dari bahan rujukan dalaman. Segala isu yang berkaitan dengannya membawa aku dengan satu fakta ni.

“The world’s largest deposits of uranium are found at Shinkolobe, in the southeastern Katanga Province. The atomic bombs dropped on Hiroshima and Nagasaki in 1945 were manufactured using radioactive material from this mine”.

 Phew! No wonder kesemua 6 Kuasa Besar Dunia (USA, Russia, China, Britain, Perancis dan Jerman) ada embassy masing-masing disini. European Union pun sangat aktif kat sini. Negara yang sedang bergolak memang sesuai untuk diambil kesempatan lebih lagi dengan kekayaan hasil bumi yang pelbagai yang tidak terdapat pada negara lain.

Moga aku tidak menjadi balaci yang menyumbang dan memperkembangkan agenda tersembunyi depa.

Tiada daya dan tiada kekuatan selain dari Allah, pada-Mu hamba ini berserah…

8 sudah, tinggal lagi 4

Posted: 15 February, 2010 in Uncategorized

 

Minggu ke 33 aku disini. Masih berbaki 19 minggu sebelum kontrak ini tamat. Adakalanya terasa sepertinya masa itu terlalu cepat berlalu. Ada masanya pula perjalanan setiap detik yang itu terlalu lambat. Mungkin ini perasaan biasa pada sesiapa pun yang terpisah jauh dari keluarga. Perasaan yang bercampur baur….

Boulevard 30 Juin, Kintambo, Gombe, Congo Batiment, Boulevard de Justice, Presidential Galerrie, Kinkole, City Market, Kin Mart, Kin Marche, N’djili, Regal, Hasson, Soficom, Sitas, Bandal, Utex, Onatra, Incal, Ngaliema, Basoko, itu semua bakal menjadi kenangan dan ingatan di dalam lipatan hati. Republic Democratic of Congo (DRC), Ada suka dan duka disebalik perjalanan ini…

 

Buku Prof Dr Hamka – Kenangan-Kenangan Hidup masih dalam pembacaan sejak kembali dari bercuti pada 24 Jan lalu. Muka surat 528 ditanda, berhenti rehat seketika di petang Ahad. Banyak cerita berat yang perlu dihadam, banyak puisi untuk ditafsir, banyak sempadan dan teladan darinya. 

 

TERBANGLAH TINGGI-TINGGI

Ragu rati rembang mata

Warna-warni kembang di taman

Jula-juli bintang timur

Terkuali kenanga mengharap hujan.

Rambut ikal gelap malam

Sanggul besar mayang terurai

Dada bidang pahatan Venus

Saring ramping pinggang dikacak

Senyum simpul mengajuk jantung

Lesung pipit bulan timbul

Gelak rahai runtuh hati

Betis tersimbah aduk mak oi

Pipi merah jambu lecak

Liuk lenggang goyang iman

Banyak lagi dan banyak lagi

Di dusun, di kota, di mana saja

Ke mana pun jua pandang tertumbuk

Jangan cacau ragu mata

Tukis munggu naik gunung

Tingkat gunung tahkta di awan

Pandang rendah alam semesta

Kongkong jiwa atasi nafsu

Biarkan kembang tumbuh subur

Jangan dirunyut direnggutkan

Usah kasar tak kenal seni

Jangan murung terkatung-katung

 

Pilih satu terima untung

Hidup insani dilingkung batas

Hidup haiwan yang lepas bebas

Himpunkan cinta pada Yang Esa

Pencipta nikmat tiada terhingga

– Prof Dr. HAMKA –

 

Aktiviti Ahad masih lagi seperti rutin biasanya. Sama seperti Ahad-Ahad yang telah 32 kali berlalu itu. Ajaibnya, aku belum pernah jemu untuk menunggu ulangannya. Cuma sembah rahmat dari Ilahi dipohon, agarsetiap rutin itu seperti memerhati kelopak bunga-bunga mekar yang tidak pernah jemu pada pandangan mata…