Archive for May, 2009

Permata-Permata Hati

Posted: 25 May, 2009 in Uncategorized
Sampai ketika itu, aku akan berpisah sementara dengan mereka. Pasti merindui segala keletah, kehadiran dan kasih sayang mereka yang melekat dihati.
Aku tidak mahu berbicara apa-apa.
Sekadar menatap, menikmati dan melayan rasa hati.








Advertisements

Un Sospiro

Posted: 24 May, 2009 in Uncategorized

Dua tiga hari kebelakangan ini, banyak persiapan dan persediaan yang dilakukan. Persiapan kepada diri dan juga kepada orang-orang tersayang yang akan ditinggalkan. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Barang-barang makanan, pakaian dan lain-lain kelengkapan yang masih belum dipacking lagi. Mungkin juga kerana keletihan, kesihatan juga agak terganggu.


Masa yang terluang bersama sayang dipenuhi sebaiknya. Sesekali aku bertanya kepada sayang mengenai persoalan kesanggupan dan keredhaan dia untuk membenarkan aku pergi. Seperti katanya, ” Nothing to say. Tiada opsyen atau turning point pada keputusan yang telah dibuat”.

Aku tahu, ini saat-saat sukar bagi sayang untuk memberi keputusan. Saat-saat sukar yang memerlukan aku sentiasa ada di sisi. Memutuskan sesuatu terlalu mudah dari melaksanakannya. Semua ini tidak semudah Penanti yang menanti ADUN barunya.

Dan air mata aku berderai lagi buat sekian kalinya. Kenapa aku perlu menangis? Hidup perlu diteruskan, walau apa halangan dan cabaran terpaksa dilalui. Mungkin pengalaman saat-saat ini terpahat kukuh sehingga mati. Aku tidak mahu keputusan ini menjadi sesuatu yang terburuk dan paling aku sesali dalam hidup kelak.

Berpisah bukan mati. Jauh tapi kelihatan, dekat tidak tercapai.

@import url(http://beemp3.com/player/embed.css);

Joshua Hillmann – Liszt – Concert Etude No.3 Un Sospiro
http://beemp3.com/player/player.swf
Found at bee mp3 search engine

Poem, Life and Me

Posted: 22 May, 2009 in Uncategorized

Hope

When all about you is black with gloom,
And all you feel is pending doom.
When your bones are racked with grim despair –
When every breath is a gasp for air.
Keep on going, though you need to grope,
For around the bend is a ray of hope.

A ray of hope is perhaps all that’s left,
As your will to live has been bereft.
You’ve lost it all, it’s just no use!
You can end it all, you need no excuse.
But throw away that piece of rope,
And give yourself a chance of hope.

Just give yourself another day,
Brushing aside what your thoughts may say.
This is your life and you can make a new start,
By ignoring the brain – just follow the heart.
Taking baby steps in order to cope,
And minute by minute you’ll build on your hope.

Build on your hope,. one day at a time,
Though the road be steep and hard to climb.
The hurts of the past – they should be dead.
The fears of the future are all in your head.
Just live in the present and refuse to mope
Your life will sparkle for you’re living in hope.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Just Being Me

The life I seek must be fast
The speed of life makes me laugh!
Death’s just around the corner for
a Queer like me!
Well so they say all of them Freaks.
Homophobia I really do detest
What I am is what I do best!
Like if you want, Answer! This ain’t no test
If you like me, “Great,” then we’re friends
If you hate me don’t make me get upset!
I’m just a Dike whom nobody Straight likes
Well forget you all, cause we love each other
my Baby and I!
You don’t have to shake my hand,
I’m not asking you to stare.
If you don’t like what you see,
then get the Hell out of here!
I am what I am, So please understand
Even if you don’t “Who really gives a damn?”

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Aku lihat kotak-kotak jumbo DHL yang tersandar di dinding minta diisi.
Aku tahu masanya semakin tiba…

Dari dia

Posted: 21 May, 2009 in Uncategorized

Selamat malam.
Nikmati kenyataan malam yang akan jadi kenangan
pada masa mendatang

21/05/2009 : 23.07
Sehingga kini aku tidak pasti apa maksud sms itu,
dan aku terus tertanya-tanya tanpa membalasnya…

…………… kata hati

Posted: 19 May, 2009 in Uncategorized

Aku telah bersedia
Aku telah 90 peratus bersedia
Dia juga telah bersedia
Walaupun dalam hati masing-masing ada tidak rela
.
.
.
.
.
.
.

mungkin aku lebih beremosi
(membayangkan aku telah berada disana)

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

Tidak Seindah Gloxinia

Posted: 17 May, 2009 in Uncategorized

Aku merenung jambangan Gloxinia dimeja. Kelopak bunga ungunya yang mekar yang mampu bertahan lama berminggu-minggu lamanya. Tanpa perlu cahaya, tanpa perlu air selalu, kurang segala-galanya tapi mekarnya memberi kekaguman. Itu analoginya dia yang bakal aku tinggalkan.

http://www.esnips.com//escentral/images/widgets/flash/esnips_player.swf
Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Alunan lunak James Carrington – Ache seakan mengiyakan perasaan ini. Aku tahu hidup perlu banyak pengorbanan, perlu sentiasa ada perubahan. Hidup tidak selalunya akan berada dizon selesa, dan atau apabila berada dizon selesa kita takkan berganjak darinya. Yang pastinya, hidup kita tidak menongkat langit, sentiasa ada pasang dan surutnya…

Lewat malam, aku masih berada dianjungan. Aku melepaskan rasa yang bercampur baur, tabah dan penuh emosi itu bersama dingin angin malam yang membawa kepulan asap nikotin. Dan aku cuba untuk belajar dan menjadi semakin tabah. Mungkin aku dan dia perlu mengambil iktibar kejadian alam seperti gloxinia dimeja itu.

Have I told you I ache
Have I told you I ache
Have I told you I ache for you?

38 days to go….

Aku dan kamu tanpa dia…

Posted: 16 May, 2009 in Uncategorized

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

petikan sajak SN Dato’ Usman Awang

Guru, dia bukan malaikat. Dia juga manusia seperti kita. Punya perasaan, hati, nafsu. Segalanya sama seperti kita. Cuma darjatnya lebih mulia. Melalui tangan-tangannya, tunjuk ajarnya dan pengorbanannya mereka mendidik menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang. Dan mereka tetap sebagai guru, mendidik generasi seterusnya dengan sepenuh hati….

Guru tidak minta disanjung cuma minta difahami. Bukan mudah menjadi guru, bukan semua mampu menjadi mereka. Mendidik anak bangsa, sedangkan kita sendiri kadangkala gagal mendidik anak sendiri. Terima kasih guru semoga kalian juga sentiasa berdoa kepada bekas-bekas guru kamu diberi kerahmatan.

Selamat Hari Guru
khusus semua bekas-bekas guruku
dan semua guru-guru yang sedang berkhidmat
Moga Allah sentiasa merahmati kalian

+

+