Archive for May, 2008

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa

Sebenarnya entri ni dipetik dari sebuah lagi nasyid bertajuk ‘Tangan Yang Memberi’. Cuma saya tidak pasti siapakah kumpulan yang melagukannya. Ada sesuatu yang patut kita renungkan bersama. Ada sapa-sapa yang tahu ke…
===================================================================

Aku ingin pulang, berehat. Rasa nak bercuti minggu depan dan dah mohon cuti pun hingga Rabu depan. Kuala Lumpur ku tinggalkan dan Johor di dalam ingatan. Pulang bersama keluarga ke rumah mertua ku.

31 Mei adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang diisytiharkan oleh WHO. Kepada para perokok saya berpesan (termasuk diri saya juga), berhentilah kerana tiada yang berfaedah apabila merokok. Untuk tidak berhenti merokok kita menciptakan bermacam-macam alasan yang sebenarnya boleh diatasi. Apa yang kita buat sekarang akan menjadi ikutan dan teladan kepada generasi yang kita benuk sekarang. Fikir dan renungkanlah…

Tangan Yang Memberi

Posted: 30 May, 2008 in Uncategorized

Termenung dan bersendirian, muhasabah diri. Kekadang bila diperhatikan semula ke dalam diri kita, perkara-perkara yang kita lalui dahulu dan sekarang pasti ada perbezaannya. Rentak dan coraknya, acuan serta cara kita mengemudi kompas haluan perjalanan hidup, pasti kita merasakan perubahan. Mungkin itu dipanggil hijrah kita dalam meniti kehidupan hari ke hari. Cuma hijrah itu tidak dapat dipastikan samada kearah yang lebih positif atau negatif.

Melihat kebelakang bagai mengutip semula memori yang berlalu. Mengimbau kenangan silam. Pedoman dan teladan antara runtunan hati dan perasaan. Mungkin ada kekesalan yang penuh terpalit disanubari serta keluh kesah. Seperti berada di neraca timbangan, antara dosa dan pahala manakah lebih berat.

Semalam mengajar kita akan erti diri kita. Siapa diri kita. Meneladani apakah yang telah kita lalui sebagai panduan perljalanan seterusnya. Kemanakah arah kita. Apakah yang kita dah lakukan. Mungkin ada keazaman dan tekad yang bercambah dihati dan berputik dijiwa. Cuba renungkan sebahagian senikata lagu I’tiraf dendangan RAIHAN ni.

I’tiraf

Wahai Tuhan ku layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa dosa besar

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmat-Mu ampunkan aku
Oh Tuhanku

Mengingatkan itu (masa silamku) pasti mengalir air mata kekesalan,
Berharap masih ada sinar untuk masa depan…

Si Pengangkut Air dan Tempayan
(motivasi khas buat insan yang berperasaan diri mereka dipandang rendah)

Kisah ini berlaku di negara India, seorang pengangkut air yang bertugas untuk seorang saudagar kaya di negara tersebut. Si pengangkut air ini diberi oleh majikannya dua tempayan besar, masing-masing tergantung pada kedua hujung pikulan yang dibawa bersilang dibahunya. Salah satu tempayan itu retak, dan satu lagi tidak. Jika selalunya tempayan yang retak itu boleh mengisi air yang penuh dari mata air kerumah majikan lelaki tersebut, tetapi kali ini tidak hanya setengah penuh sahaja apabila sampai kerumah majikannya.

Selama dua tahun perkara ini terjadi setiap hari. Si lelaki pengangkut air ni hanya dapat membawa satu setengah tempayan sahaja. Tentulah tempayan yang tidak retak ini berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada lelaki tersebut. Tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari yang sepatutnya diberikan dari keupayaannya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalannya, si tempayan retak ini berkata kepada si pengangkut air

Saya sungguh malu terhadap diri saya sendiri, dan saya ingin meminta maaf kepadamu atas ketidakupayaan saya.”

Kenapa?” tanya si pengangkut air kenapa kamu perlu malu.”

Selama dua tahun ni saya hanya mampu membawa setengah tempayan air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan disisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan kerumah majikan kita.

Kerana cacatku ini saya telah mendatangkan kerugian kepadamu.” kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air merasa kasihan kepada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata “Jika kita kembali kerumah majikan kita esok selepas mengangkat air, aku ingin kamu memerhatikan kuntuman bunga-bunga yang mekar dan indah sepanjang perjalanan tersebut.”

Benar, ketika mereka dalam perjalanan menaiki bukit rumah majikan mereka, si tempayan retak memerhatikan ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatkan si tempayan retak sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh dari air yang dibawanya bocor, dan kembali si tempayan retak itu meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air itu berkata kepada si tempayan retak tu “Adakah kamu memerhatikan ada bunga-bunga disepanjang jalan disisimu tetapi tiada bunga di sepanjang jalan disisi tempayan yang tidak retak itu. Ini kerana aku menyedari kekurangan dan kecatatan kamu itu dan aku manafaatkannya. Aku telah menanam biji benih bunga-bungaan di sepanjang jalan disisimu. Dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, tanpa kamu sedari kamu telah mengairi dan menyiram biji benih tersebut. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga subur dan indah untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita takkan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang.”

************************************************************************************

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak itu. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Dimata Tuhan Yang Bijaksana, tiada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenali kelemahan kita dan kita akan menjadi sarana keindahan Tuhan…

Kecacatan dan kelemahan hanyalah persepsi ukuran oleh manusia yang sebenarnya, hanya iman dan takwa yang membezakan tiap seorang hamba Allah itu dimata-Nya. Renung-renungkanlah bloggers sekelian…

Perjalanan pulangku dari tempat kerja selalunya dihiasi dengan hiburan radio. Berbagai channel yang didengar bergantung keadaan mood lagu dan informasi. Ada satu alunan sajak yang selalu terdengar dikumandang di corong radio IKIM.fm (sebenarnya banyak lagi cuma tak berkesempatan mencari). Mencuit hari, memberi keinsafan diri dan menarik untuk dikongsikan dari karya salah seorang sasterawan Malaysia yang tersohor – Masuri S.N.

Mengenali-Mu, ya Allah
Rasa-rasanya makin merindu
Yakin-itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh makhluk ini
Ada yang menjadikan
Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibir
Dan degup jantungku
Sentiasa mengingati-Mu
Adalah tandaku
Dalam ikatan-Mu
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah
Maka aku sentiasa mengigati-Mu
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku:
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu

Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan

Masuri S.N (Mimpi Panjang Seorang Penyair)
– kredit kepada Dunia Penyair dan IKIM.fm