Archive for December, 2009

Aku Hanya Mampu Merancang…

Posted: 27 December, 2009 in Uncategorized

 Kredit imej disini

 

Panggilan dan sms dari tersayang memang betul-betul memberi kejutan dan menyentap hati.
Insyirah dah lahir jam 12.45 tengah malam tarikh 27 Dis 2009
Aku terdiam dalam gembira. Menghubungi yang tersayang dalam keadaan yang penuh kerisauan. Perancangan untuk kembali ke bumi bertuah pada 8 Jan nanti nampaknya tidak terlaksana. Harus dipercepatkan dan seawalnya adalah pada 31 Dis dan tiba dibumi bertuah pada malam 1 Jan nanti.
Dalam penuh kerisauan itu, aku menghubungi yang tersayang semula. Selain mengucapkan rasa terima kasih dan meluahkan perasaan kasih sayang, aku cuba beri harapan dan semangat padanya agar memahami keadaan. Insya Allah dia memahami keadaan…
Mungkin harapan doa yang dipanjatkan kepada Tuhan termakbul kerana proses itu dipermudahkan. Yang tersayang mendapat bantuan dan pertolongan dari rakan yang amat baik serta membantu menguruskan anak-anak yang lain. Syukur…
Dalam keluhan sedikit sesal, aku tidak mampu menunaikan tanggungjawab di saat yang tersayang amat memerlukan. Bebanan itu terpikul kepada seseorang yang lain. Memang ada nada sesal dan kesal di dalam hati. Apakan daya, hanya itu mampu ku lakukan selain membuat panggilan sebagai ucapan tanda terima kasih. Terima kasih Jamal dan Fazura….
Pada petang ini disini, aku melihat setiap pesawat yang berlepas dari dekat. Jauh di lubuk hati meletakkan harapan seperti aku turut berada di dalam pesawat itu yang akan membawa aku terbang ke bumi bertuah itu….
Tuhan aku sayang dia, Tuhan aku cinta dia, aku sayang keluarga aku
Tuhan syukurku untuk-Mu kerana memberi aku zuriat yang sempurna
Syukurku kerana Dikau memberi rasa sabar dan tenang pada tersayang,
Tuhan aku hanya mampu merancang,
tapi Dikaulah yang memberi ketentuan….
Advertisements

 


2 hari telah berlalu. Petang itu aku lihat muka Irina sedikit sayu ketika bersalaman mengucapkan selamat tinggal. Aku hulurkan cenderahati kenangan padanya, tanda dia pernah kenal dengan seseorang dari Malaysia. Terlalu singkat dia bersama kami, tekanan kerja yang tidak secocok dengan jiwa katanya. Kesukaran hidup serta tekanan perasaan disini, berseorangan tanpa keluarga memang sukar digambarkan. Menjadikan diri sibuk dengan kerja adalah rutin kepada staf-staf disini. Pasti kami rindu dengan senyum manisnya dengan loghat percakapan Rusia.

Mungkin sekarang hati dan jiwanya tidak lagi dihujani kesepian, bebanan dan masalah. Malam Krismas ini aku terbayangkan dia sedang bahagia bersama keluarga sambil menikmati vodka dalam kedinginan winter. Selamat Hari Krismas Irina….


Petang sebelum Krismas, suasana pejabat jadi sunyi. Kesempatan bekerja separuh hari mereka gunakan untuk membuat persiapan terakhir. Aku masih leka tekun dimeja hingga ke minit-minit terakhir waktu kerja petang 24 Disember. Melangkah keluar dari bilik pejabat, keadaan tidak ubah seperti suasana sehari sebelum Hari Raya di Malaysia, pejabat yang menempatkan puluhan staf jadi lengang. Hanya kedengaran desir air cond yang pada biasanya desibel itu tidak sampai ke corong telinga.

Petang itu juga aku mengiringi Martin untuk menunggu disptach yang akan membawanya ke Ndjili Aeroport. Riak mukanya menceritakan betapa seronok dia untuk pulang bersama dengan keluarga. Perjalanan selama 7 1/2 ke Brussels mungkin tidak terasa malah disambung lagi 2 jam perjalanan dengan keretapi ke Amsterdam. Moga dia sempat untuk menikmati makan tengahari pada Hari Krismas bersama keluarganya. Menikmati putih salju yang melata di bumi Netherlands. Bon Voyage Chief….


Disember bukan penghujung, tetapi permulaan. Tarikh 19 Dis yang pasti aku ingat, raikannya dan mungkin juga aku diraikan. Satu penghijrahan dan pertambahan nombor usia. Disember kali ini sedikit sepi dan sunyi. Hanya sms sebagai penghubung ucapan dan pemberi semangat. Telah puluhan kali aku melaluinya. Tiada wish, tiada tekad. Cuma pertanyaan dan cabaran dalam diri, untuk menjadi yang terbaik. Banyak tekanan tetapi tidak sukar untuk digapai jika ada kemahuan.

Kadang-kadang aku selalu bermain dengan kata-kata berkaitan usia. Life begin at 40. Thats mean i’m still under age. Frasa yang menimbulkan riak ketawa apabila berdiskusi dikalangan rakan sepejabat. Ya! angka 40 itu sebenarnya sudah tidak jauh, sudah hampir kelihatan tetapi belum tercapai. Menjadi yang terbaik tidak sesukar mengekalkannya untuk sentiasa berada di puncak. Begitu banyak cabaran sebagai lelaki, suami dan ayah……


Diluar, rintik hujan lebat bersama tiupan angin kencang. Cuaca memang sukar dijangka, seperti severe weather yang melanda Europe. Menikmati sejuk malam dengan aroma hujan yang menempiasi muka. Indah, damai dan menyegarkan. Sayup-sayup kedengaran lagu-lagu Krismas mengiringi irama rintik hujan malam. Sesekali terdengar suara sorakan anak-anak muda yang mungkin khayal dalam mabuk mewarisi tabiat generasi yang lebih berumur. Berselang seli dengan dentuman mercun barangkali.

Krismas mungkin masa terbaik untuk berkumpul, dan juga masa terbaik untuk aku mengumpulkan garapan kenangan penghujung Disember disini. Tiada siapa yang mengetahui berapa banyak hati yang juga kehujanan disini. Menempuh malam Krismas di bumi asing…


Usai solat subuh, menikmati pancaran pertama mentari seawal 5.15 pagi. Angin sejuk bertiup lembut, membuatkan semakin erat berpeluk tubuh. Tiada istimewanya pada hari ini, tiada rancangan untuk kemana-mana. lebih rela terperap di rumah dari terperangkap dengan kesesakan jalan. Jika ada pun hanya keluar sebentar mencari barang keperluan dan stok makanan. Hujan malam tadi mungkin mewujudkan banyak lopak-lopak besar dijalan. Lumpur dan lecah menyempurnakan pemandangan pada hari Krismas.

Rindu dengan aroma masakan Malaysia. Spaghetti di improvise menjadi mee goreng sebagai hidangan pagi ini, ditambah dengan cekodok tempatan. Melihat detik jam yang berlalu dan menghitung masanya hampir tiba, 6 hari lagi menjelang tahun baru 2010 dan 16 hari lagi kaki ini akan menjejak kembali ke bumi bertuah itu. Insya Allah.

Lagu Sean Ghazi – Ku Impikan Bintang, mengiringi syahdu pagi ini. Pagi ini juga hati ini berlagu tetapi dengan nada yang berlainan;

 Its started out as a feeling,

which then grew into a hope,

It just a feeling no one knows.

Terbaring memikirkan sesuatu yang tidak pasti sambil melayan perasaan…


 

 

Selamat Tahun Baru

Semoga Allah merahmati aku dan kamu

.

.

.

bertemu lagi pada tahun baru dan di tempat yang baru

Migrasi Hijrah

Posted: 24 December, 2009 in Uncategorized
Setelah setahun lebih disini, kini tiba masanya aku untuk mengorak langkah. SHIMI yang lahir dari singkatan Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah akan berhijrah ke tempat baru. Laman ini yang telah banyak berjasa dan memberi tunjuk ajar ini akan tersimpan sebagai arkib.

Musim silih berganti dan tahun berganti tahun, dan seawal tahun hadapan laman ini akan di’redirect’ ke laman SHIMI yang baru menggunakan platform yang baru. Hingga sampai masa itu… dan semoga tempat baru itu lebih memberi inspirasi…
Dulu


.
.
.

Kini

dan mungkin selamanya……

hingga tiba saat itu
.
.
.
.
.

Percaya Kecewa

Posted: 23 December, 2009 in Uncategorized
Kredit imej dari Google
Apa yang kamu rasa bila kepercayaan kamu dibalasi khianat. Kecewa dikhianati… Hidup disini terlalu banyak pengajaran yang akan kamu perolehi. Kepercayaan kamu perlu diletakkan ketepi, sifat kemanusiaan kamu mungkin harus dipinggirkan. Terlalu kejam niat kamu itu…

Tapi itu kenyataannya, mereka bukanlah bangsa yang mengenang budi. Sentiasa mengambil kesempatan. Kadangkala pertolongan dan ihsan kamu itu menjadi sebab untuk kamu dipertanggungjawabkan seterusnya dan menjadi modal untuk mereka ‘black mail’ kamu’.

~~~~~~~***~~~~~~~
Dalam hidup kamu sentiasa akan menempuh pelbagai ranjau dan pengalaman hidup. Syukur kerana hidup kamu punyai rona-rona itu di dalam perjalanan yang mematangkan kamu. Tuhan sentiasa menyayangi kamu kerana memberi tunjuk ajarNya untuk kamu hayati.

Lessons learn.

Jiwa dalam pelbagai perasaan. Hati ingin bersyair tetapi seakan tiada lagunya. Telefon merah itu aku pegang, membaca ucapan dari sms yang masuk. Terasa syahdu dan sebenarnya sepi yang penuh kerinduan.

Tiada kad, tiada ucapan berhadapan, tiada kek memanisi bibir mulut. Hari berlalu seperti biasa, seperti udara yang bertiup disekeliling. Terasa hadirnya tanpa merasa jasadnya.

Seperti kena dengan waktunya, titipan dari tanah tumpah darah yang dikirim melalui kawan yang kembali dari bercuti. Lewat malam 18 Disember (awal pagi 19 Disember di Malaysia), sampul coklat itu aku buka. Penuh debaran, gambar-gambar dia aku tatap. Seperti ditiup satu semangat baru. Hadiah yang terbaik sewaktu aku berjauhan.


Sudah lebih kurang 1135335879 detik masa aku dikurnai oleh-Nya untuk bernafas dimuka bumi ini. Seawal tahun baru hijrah, aku memulakan detik-detik hidup seterusnya dengan harapan semoga lebih berjaya dan diberkati-Nya.

><
><

><
><

Ulang tayang pada entri terdahulu

Tidak mulut bermain kata, jika hati tidak menurutinya
Tidak hati rasa gembira, jika tidak kena harinya

Terima kasih mak!
kerana melahirkan aku
Terima kasih abah!
kerana memberi tunjuk ajar
Terima kasih Allah!
kerana menganugerahi mereka dan memberi kehidupan ini kepada aku

Sudah banyak tahun jumlah hari lahir yang ku lalui
Sudah banyak cerita disebaliknya ku tempuhi
Di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi

Seperti pepatah Prof Hamka,

Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati…

.
.
.

Bon anniversaire à moi. Vive, peut Allah me bénir…

Dalam kamu ada Dia

Posted: 17 December, 2009 in Uncategorized
Hidup perlu ada perubahan. Hidup perlu ada keazaman. Hidup perlu ada tujuan dan pegangan. Moga kamu tahu kenapa kamu hidup…..

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

.
.
.
.
.
.
.
Amin
Aku juga akan berhijrah menginjak usia
SALAM MAAL HIJRAH

Beberapa

Posted: 11 December, 2009 in Uncategorized

1.

Apabila kita diberi sedikit ujian, kita mula merasa tersentak dan tersedar. Kadang-kadang apa yang kita rancangkan itu tidak selalunya dapat membantu dan terlaksana. Syukur pada-Nya, kerana ilham yang diberi untuk menyelesaikannya. Lesson learn.

2.
Apa yang kamu dapat, tidak semestinya semua itu milik kamu. Ada bahagian di dalamnya yang milik mereka. Aku mula sedar tentang itu..

3.
Yang tersayang sedang melalui bulan-bulan akhir pengorbanan seorang ibu. Nafas terasa semakin pendek, dan kaki telah mula membengkak. Syukur juga pada-Nya, aku telah dipermudahkan untuk mengambil cuti pada awal Januari nanti. Mungkin sehari dua sebelum EDD. Mudah-mudahan aku berkesempatan untuk melaksanakan tugas itu. Tugas yang lama telah aku tinggalkan…

4.
Kita hidup kerana adanya rasa kasih sayang. Kasih sayang dari Dia, kasih sayang yang Dia juga beri melalui makhluk-makhluk-Nya. Kita selalu ingin merasa tetapi kurang memberi dan mensyukuri nikmat itu. Tanpa kasih sayang, kamu pasti akan mati…..

5.
Selama seminggu yang akan datang, hari berlalu sungguh sepi. Tidak banyak gelak ketawa dan senyuman manis. Keadaan sekeliling senyap sunyi dan kurang keributan. Oh! aku lupa bahawa Krismas semakin tiba. Mungkin aku patut memberi ucapan kepada mereka sebelum berangkat….

6.
Perasaan tidak dapat disembunyikan. Hati sukar sukar untuk menipu. Walau bagaimanapun kamu selindungkan, mimik muka dan riak wajah akan kelihatan dukanya. Jauh aku termenung tentang itu. Mungkin aku sedang mengosongkan minda aku dari segala kesempitan dan kerungsingan. Atau jiwa dan perasaan aku sedang bersembunyi diruang kosong di dalam minda. Sesungguhnya Dia ada bersamaku, mendengar segala luahan hamba-Nya….

7.
I’m willing to admit that i may not always be right, but i am never wrong – Samuel Goldwyn