Archive for July, 2009

Am i look so lonely

Posted: 29 July, 2009 in Uncategorized

Mungkinkah bila kubertanya pada bintang-bintang
Dan bila kumulai merasa bahasa kesunyian
Sadarkah aku yang berjalan dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata semua dalam keraguan

Mimpi Yang Sempurna -Peter Pan

Datanglah sayang, dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu, walau untuk sejenak
Usaplah dahiku, dan kan ku katakan semua

Bila ku lelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila ku marah, biarkan ku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku, dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu, walaupun untuk sekejap
Kar’na hanya engkaulah, yang sanggup redakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku,
dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku,
dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau selalu menjaga ku
Dan mampukah engkau mempertahankan ku

Buat Aku Tersenyum – Sheila On 7

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Melayan jiwa dan perasaan dengan lagu-lagu yang dikumandangkan melalui handphone. Memerhati dedaun yang berjatuhan, lontaran pandangan keluar melalui dedaun langsir dalam suasana nyaman pagi disini. Satu sesi terapi minda dan jiwa yang sukar diungkapkan. Aku memulai kerja pagi ini dengan senyuman hingga jauh kedalam hati…

+ image from google/nikon

Bila aku sepi disini, aku sering terkenang orang yang jauh. Memang benar, Allah memberi berbagai jalan untuk kita mengenal diri kita sendiri. Juga untuk kita mengetahui dan sedar betapa besarnya Kuasa-Nya serta limpahan Rahmat-Nya keatas nikmat yang telah diberikan selama ini.

Minggu-minggu yang berlalu, aku banyak belajar mengenali-Nya melalui pembacaan. Buku-buku yang aku bawa setia menjadi peneman waktu lapangku disini. Baris demi baris bacaan yang menceritakan betapa mulianya dan besarnya kekuasaan-Nya.

Aku tidak mampu untuk berselindung menyatakan betapa aku rindukan dia. Tiket penerbangan yang diperolehi dari travel agent semalam untuk cuti pada September ini, membuatkan perasaan ini semakin meronta. Family man!

Masa memang terlalu mencemburui dan tidak pernah bersekutu dengan aku disini. Siang kamu adalah malam aku, malam kamu adalah siang aku. Hanya pada Dia tempat aku mencurahkan rasa, mengadu nasib aku disini.

Sepi dan sunyi berlalu datang. Ajar dan belajar.
Disini aku diajar tentang hakikat kehidupan.
Disini aku belajar mengenal diri.
Disini aku lebih belajar tentang erti perpisahan….

Merancang

Posted: 24 July, 2009 in Uncategorized
Jumaat tiba lagi. Aku meluangkan sedikit masa pada awal masa kerja untuk ke travel agent bagi menguruskan tempahan tiket penerbangan balik pada bulan September nanti. Cuti hari raya beb! Sebenarnya aku sudah terlalu rindu dengan Malaysia. Esok genap sebulan aku tiba disini.

Memang terlalu kuat rasa rindu itu. Lebih-lebih lagi pada saat yang tersayang sedang mengandung dan berseorangan menguruskan segala-galanya. Aku mohon cuti untuk selama 10 hari tidak termasuk cuti hujung minggu yang merangkumi 17 hari kesemuanya. Wang tidak boleh menggantikan keluarga dan kasih sayang. Belanja?.. Pweh..! 1500USD adalah yang termurah aku dapat setakat ini.

Jumaat ini aku mula berangan untuk kembali menjejak kaki ke bumi bertuah Malaysia. Banyak yang aku rindukan ada disana. Sambil jari jemari ini menaip entri ini, aku bersandar dikerusi empuk, cuba membayangkan yang indah-indah untuk sepanjang cuti aku itu…

Malaysia! tunggu aku balik.
+ Aku belum memberitahu tersayang tentang niat aku itu….

Hari minggu adalah hari yang terbaik untuk melawat kawasan dan mengenali penduduk disini. Strictly orang tempatan disini tidak gemar sebarang sesi fotografi, tapi ini aku candid dari dalam kenderaan.
Biar gambar-gambar ini bercerita mengenai apa yang aku lalui disini.

PEACE ! NO WAR

Itu adalah yang terbaik untuk manusia sejagat

Syiar dan cahaya

Posted: 18 July, 2009 in Uncategorized

Jumaat.

Dimana pun kita berada, seruan syiar itu tetap sama. Disini walaupun laungan azan tidak bergema bersahutan seperti di Malaysia, namun seruan syiar itu tetap ditegakkan. Kesempatan rehat diantara jam 12.30 hingga 2.30 petang, memberi peluang penganut agama Islam disini berkumpul untuk menunaikan Sembahyang Jumaat. Disebuah negara yang agama rasminya adalah Kristian.
Di Kinshasa melalui dari perkhabaran terdapat ratusan masjid. Setakat ini aku hanya berkesempatan singgah di 3 masjid sahaja termasuk 1 masjid yang berfahaman Syiah. Aku tidak hairan kerana jumlah penduduk Kinshasa sahaja menyamai jumlah rakyat Malaysia. Masjid-masjid tersebut dibina dari pelbagai sumbangan dan hasil titik peluh komuniti Islam disini.
Jumaat tadi, aku berkunjung ke satu masjid di dalam instalasi tentera dari Ghana. Lokasinya yang berdekatan dengan tempat kerja, dalam Bahasa Inggeris serta berfahaman Sunnah Wal Jamaah. Kebanyakan warga kedutaan negara Islam, teknokrat asing serta NGO luar negara berkumpul disini. Terasa kuatnya ukhwah Islam itu bila kita berdiri bersama pelbagai bangsa, gaya pakaian, rupa mengangkat takbir dengan niat yang satu . Menyembah Tuhan Yang Satu.
Allahu Akbar!
Tidak seindah masjid di Malaysia yang bergemerlapan. Ia cuma masjid biasa dari bangunan hangar lama. Namun apa yang disampaikan memang menarik hati. Tiada teks khutbah seperti Malaysia. Segalanya disampaikan secara spontan penuh penekanan dari kupasan Al Quran dan Hadis yang dalam Bahasa Inggeris, terasa indahnya Islam itu.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, aku merasa amat bersyukur kerana masih mampu melaksanakan tanggungjawab itu. Tanggungjawab yang kadangkala kita abaikan kerana berada dibumi yang selesa seperti Malaysia yang agama rasminya adalah Islam. Tidak melalui jerih payah dan survival hidup komuniti Islam.
Aku bersyukur kerana Allah memberi aku peluang merasa pengalaman ini, yang tidak pernah aku laluinya dimana negara asing yang pernah aku jejaki.
Sesungguhnya hidup ini memang indah…..

Sukar

Posted: 16 July, 2009 in Uncategorized
Hidup disini memang sukar. Ya! hidup mereka disini lebih sukar.

Kasay Nkay punya anak empat. Anak sedang membesar dan tidak mampu untuk dihantar kesekolah. Walaupun aku baru mengenalinya, dia agak mesra dan peramah. Dia hanya dibayar gaji bulanan sebanyak 130USD sebagai buruh kasar ditempat aku bekerja. Dengan jumlah gaji sebegitu, tidak banyak boleh dilakukan disini. Itu realitinya, bahkan gaji harian aku jauh lebih tinggi dari jumlah yang Kasay terima.

Aku muhasabah diri.

Sekitar pukul 10 pagi tadi (5 petang waktu Malaysia), aku bekesempatan untuk bersembang pendek dengannya. Dia mengeluh menceritakan yang dua anaknya sedang sakit. Dia sedang memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang. Naluri kemanusiaan dalam hati aku tersentuh dan sedih.
Perlahan aku menyeluk poket belakang dan mengeluarkan dompet. Aku hulurkan 20USD kepadanya. Aku tahu dan ingat pesanan dari pihak Security dan kawan-kawan, jangan terlalu terpedaya dan kesian dengan orang tempatan kerana mereka tahu kita punya banyak duit. Tapi aku abaikan semua itu kali ini, naluri kemanusiaan dan penghormatan hidup sebagai manusia lebih aku utamakan.
Sesungguhnya aku percaya hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala apa yang ada dan berlaku. Hanya kerahmatan, keredhaan dan keselamatan dari-Nya yang dipohon sepanjang aku disini. Untuk berbuat kebaikan, tiada batas agama, bangsa atau rupa….

Nothing is easy

Posted: 14 July, 2009 in Uncategorized

 

Ini adalah realiti dunia aku disini. Walaupun nampak serba sederhana tapi hiruk pikuknya tidak jauh berbeza dari Kuala Lumpur, malahan kadangkala lebih tidak terurus dan teratur. Hidup serba kekurangan disini, jauh dari harum aroma nasi lemak, teh tarik atau roti canai mahupun kelembutan roti Gardenia.

Aku masih bersyukur walau dengan hanya hidangan Roti Perancis. Aku masih mampu meneruskan selera Malaysia disini dengan stok bekalan beras serta rempah ratus yang dibawa dari Malaysia. Cuma adakalanya berbelanja di supermarket lebih mahal kosnya disini kerana mereka menggunakan matawang USD bila melihat orang asing.

Memang benar dunia disini terlalu asing bagi aku. Memandu dengan steering sebelah kiri kadangkala menyebabkan tersasul melawan arus round about. “Keep right, keep right”, itu pesanan yang selalu aku terima sebelum memandu. Simpang jalanraya yang tidak mempunyai traffic light dan hanya berdasarkan isyarat depan dan belakang badan polis trafik yang sukar untuk aku terangkan peraturannya.

 

Disini aku banyak mengenal belajar mengenai erti keberuntungan. Belajar memahami erti bersyukur dan berdikari. Belajar mengenal hati budi dan budaya orang. Segalanya seperti memulakan buku baru dalam hidup, seperti bayi yang belajar merangkak dan berjalan.

I’m willing to learn.