Archive for December, 2008

Klise Tahun Baru

Posted: 31 December, 2008 in Aku, Hidup, Kata Kata, Perjuangan, Pesanan, Tahun Baru

Jalan-jalan masa cuti itu hari. Aku sempat snap ini. Tak perlu komen. Tengok, lihat dan cukup hati yang berkata dan menafsirkan. Sama seperti kamu tidak berkata apa-apa bila terpandang papan tanda peringatan ini dimasjid

“SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN”

2008 semakin menuju pengakhiran. 2009 bermula. Klisenya hujung dan awal tahun adalah azam. Tak perlu beritahu sesiapa yang tersirat dalam hati. Apa yang belum terlaksana dan terlebih laksana. Cuma tanya pada hati dan apa mahu diri.

Jangan confuse untuk memulakan niat dan tekad. Kalendar Gregorian a.k.a Maladiyah, Lunar mahupun Hijriyah bukan penentu. Kedayaan untuk berubah sesuai pada bila-bila.

SELAMAT TAHUN BARU 2009
ayat klisenya “moga sukses”

Advertisements

Klise Tahun Baru

Posted: 30 December, 2008 in Uncategorized

Jalan-jalan masa cuti itu hari. Aku sempat snap ini. Tak perlu komen. Tengok, lihat dan cukup hati yang berkata dan menafsirkan. Sama seperti kamu tidak berkata apa-apa bila terpandang papan tanda peringatan ini dimasjid

“SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN”

2008 semakin menuju pengakhiran. 2009 bermula. Klisenya hujung dan awal tahun adalah azam. Tak perlu beritahu sesiapa yang tersirat dalam hati. Apa yang belum terlaksana dan terlebih laksana. Cuma tanya pada hati dan apa mahu diri.

Jangan confuse untuk memulakan niat dan tekad. Kalendar Gregorian a.k.a Maladiyah, Lunar mahupun Hijriyah bukan penentu. Kedayaan untuk berubah sesuai pada bila-bila.

SELAMAT TAHUN BARU 2009
ayat klisenya “moga sukses”

Hijrah Aku dan Kamu

Posted: 29 December, 2008 in Aku, Azam, Hidup, Kamu, Kata Kata, Renungan, Tekad
Hijrah. Terlalu banyak yang diperkatakan tentangnya pada Hari Tahun Baru Hijrah ini. Penuh keazaman, nasihat dan susunan kata-kata bercorak ilmiah. Mungkin begitu juga pada majlis-majlis yang dianjurkan dengan bertemakan “Menjana Ummah Gemilang”. Ada diantaranya terlalu klise pada kita.

Hijrah dalam ertikata aku!

Hijrah bukan sekadar mengingati penghijrahan Rasullulah SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun ke 622 Masehi. Hijrah mungkin bukan hanya berkisar perpaduan dan penyatuan diantara Muhajirin dan Ansar. Hijrah memerlukan pengertian yang lebih besar untuk kita fahami dan menjadi iktibar. Hijrah kita dalam kehidupan seharian.

Tidak dijadikan sesuatu itu selain dari memberi petunjuk kepada kita. Hijrah berkait rapat dengan tekad dan keazaman. Berapa sanggup untuk kita merelakan diri kita berubah kearah yang lebih baik. Terlalu luas pengertian yang dapat diperkatakan. Hidup perlu lebih kiasu dan tidak lesu.

Perkataan memang indah, pelaksanaan tidak semudah itu. Ambillah itu semua sebagai satu iktibar dalam hidup serta dapat memberi panduan kepada kita. Mungkin ketibaan tahun baru ini memberikan kita keazaman baru. Satu anjakan yang mungkin bukan semata untuk kita tetapi untuk masyarakat dan orang yang kita sayangi. Ironinya, jika setiap tahun kita mampu berhijrah pada suatu perkara yang lebih baik, maka sekurang-kurangnya kita akan dapat 50 kebaikan seumur hidup. Itu perkiraan mengikut purata umur rakyat Malaysia sekarang. Bukankah itu pencapaian yang membahagiakan dan membanggakan dalam hidup.

Ingatlah! hidup hanya sekali tetapi tidak bererti boleh lupa diri. Mungkin lebih baik kita berhijrah semasa ada kesempatan usia di muka bumi sebelum kita berhijrah ke dalam bumi.

Salam Maal Hijrah 1430H

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Sembah takziah di atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008 jam 11.45 pagi. Istiadat pemakaman pada 29 Disember 2009. Moga roh Almarhum Baginda di cucuri rahmat Allah.
Al Fatihah

Melaka menjadi destinasi family gathering. Seronok dalam penat. Manusia punya ramai, parking pun susah. Banyak tempat yang nak dilawat tidak seperti yang dirancang kerana tak menjadi . Malas nak q panjang. Apa kejadahnya nak pergi A’Famosa kena parking kat MMC.

Lama dah tak kesini, Melaka memang banyak perubahan semenjak dari zaman persekolahan aku di Moon She. Oleh kerana aku masih dalam kepenatan, jom layan gambar..

Ganaz nyer!

Lepak-lepak at Padang Pahlawan
Lagak hensem la konon
New Kid On The Block @ Klebang = makan-makan

Hero dan aksi yang mengiurkan

[+]
Lagi gambar di SHIMI Gallery

Hijrah Aku dan Kamu

Posted: 29 December, 2008 in Uncategorized

Semalam Sebelum Hijrah

Baju Lebah

Posted: 27 December, 2008 in Aku, Gelak, Hidup, Suka-Suka

Aiseh!
Macam mana baju ni boleh ada dalam koleksi baju-baju aku?
Macamana aku oleh terpikat nak beli baju ni masa tu?
Macamana ku boleh berani pakai baju ni dikhalayak ramai
walaupun baru pakai 2-3 kali je
Pertanyaan-pertanyaan yang aku sendiri tak boleh jawab.

Yang pastinya filem Bee Movie keluar selepas aku beli baju ini
atau mungkin Jerry Seinfield dapat ilham bikin filem masa tengok aku pakai baju ni
Banyak kemungkinan

Aku tensen! Aku tensen!
Aku nak keluar pegi beli baju lain
Aku trauma tengok baju tu
(tak tahan dengan sengih-sengih wife aku masa aku pernah pakai baju tu dulu)

Jangan ada sesiapa nak gelak!
Aku tensen ni
Nanti aku pakaikan ko dengan baju lebah ni karang
Baru padan muka

Agak-agak kalau aku jual kat eBay laku tak?