Archive for May, 2010

 

kredit imej disini

 

Suatu masa dulu, arwah mak pernah berpesan. Kalau mencari pasangan, cari yang dapat menjadi penyejuk jiwa. Mencari jodoh bukan menggunakan mata, gunakan telinga dan dengar dari  mulut yang berkata-kata. Sanggup susah dan senang bersama, dan jangan khianati dia.

10 tahun, 6 bulan dan 11 hari yang lalu aku mengikat janji dengan suri hidupku setelah lebih 8 tahun mengenalinya. Mungkin rahmat doa dan harapan dari seorang ibu memang dia menjadi penyejuk jiwaku. Dan aku menangis pada hari aku di akadkan, teringat pesan arwah mak dan bertambah sayu kerana arwah mak tak dapat bersama.

Mak! kalau mak mampu mendengar luahan hati anak ini, pasti mak juga akan turut menangis di alam sana. Sebagaimana hati anak ini yang meruntun menangis, gelodak jiwa yang membuatkan akal fikiran jadi kacau seharian.

Mak! Anak ini tidak bermaksud seperti apa yang telah diluahkan melalui catatannya. Ada kalanya ia cuma penuh dengan imiginasi yang melebihi dari apa yang mampu dicapai dengan kata mulut. Mak! Rupanya anak ini tidak mampu menunaikan janjinya padamu. Anak ini telah menjadi pengkhianat pada janji cintanya. Bukan khianat dengan perbuatan, tetapi khianat dengan perkataan…

Sigh. Mourn

Pagi ini angin sejuk yang bertiup dari utara amat terasa. Mungkin perubahan musim sejuk sudah bermula.  Perubahan yang tidak mampu memberi ketenangan pada jiwa ini dan dapat menyejukkan jiwa yang tersayang. Rintik-rintik hujan yang turun, sama seperti hati ini yang menangis merintih sepanjang hari.

.

.

Hari ini hari terakhir bagi bulan Mei. Hanya ada 24 hari sebelum aku berangkat pergi dari bumi ini. Apa pun keputusannya, ketentuan itu datang dari-Nya.

Hati perlu masa untuk pulih. Perlu tempoh bertenang.

9645km yang harus ditempuhi untuk membuktikan kemaafan.

Diam dan berharap agar luka segera sembuh.

Aku tidak akan berhenti berharap…

,

,

.

Jika benar cinta itu masih ada

jangan biar hati terus jadi tersiksa

 

Bila kamu lihat dan dongak ke langit, jangan lupa tunduk ke bumi. Bila kamu berjalan ke hadapan, jangan lupa toleh ke belakang. Langit itu penuh impian, bumi itu kenyataan. Hadapan kamu itu cabaran, belakang kamu ada teladan.

.

.

Hidup terlalu unik dan complicated. Kamu tidak akan tahu bila masa masanya kamu akan dirundung malang atau konflik datang melanda. Benar kata pujangga, kerana mulut badan binasa, kerana kata hati merana. Hati yang terluka takkan mampu untuk diubati dengan mudah. Satu ujian yang tidak mampu aku harungi dan tempuhi.

Kata-kata itu terus menghantui aku, menjadi igauan ngeri aku untuk hari ini,

Tidak ada ruang kosong walau sebesar zarah pun dihati sayang untuk orang lain melainkan untuk aku

Aku diam. Malu dan tunduk dengan apa yang keterlanjuran kata yang telah aku lakukan .

Demi masa yang telah berlalu, Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi ini,

aku tidak pernah berniat untuk curang padanya. Sungguh dan benar dari hati ini…

Maafkan aku sayang….

Pada Tuhan aku bermohon, agar aku sentiasa diberikan petunjuk ke jalan benar dan betul untuk kebaikan diriku dan insan yang aku sayangi

.

.

Bila aku teringat bait-bait nyanyian Acha Septriasa, aku seperti ingin jeritkan dan luahkan penyesalan itu

Oh Tuhan ku cinta dia

berikanlah aku hidup

takkan ku sakiti dia

hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah untuk mencintai

aku tak mudah untuk mengaku ku cinta

aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta

Senandung ku hanya untuk cinta

tiraga ku hanya untuk engkau

tiada dusta

sumpahku cinta

sampai ku menutup mata

cintaku

sampaiku menutup mata

.

.

Jika air mata ini mengalir darah sekalipun, terasa penyesalan itu seperti tidak berguna lagi

Maafkan aku sayang….

tiada nikmat yang terindah selain mempunyai cintamu yang tidak berbelah bagi

dan aku mengalirkan air mata menunggu kata maaf dari dia….

 

Cinta pertama itu sukar untuk pudar dari ingatan,

kekalnya tidak kelihatan, ingatan berbekas dirasai dihati.

blue people, green hearts...a sad love story

kredit gambar leaaaaah @ flickr

 

Hmm, malam itu terasa terlalu indah. Meluahkan sesuatu yang puluhan tahun terbuku. Menyampaikan patah-patah kata mungkin juga ayat-ayat cinta yang tidak pernah terucap dan mampu diucapkan sebelum ini. Perlu keberanian,dengan adunan pertimbangan akal seorang dewasa.

Ini bukan kisah seorang suami yang cuba berlaku curang dengan isterinya. Bukan juga cubaan seorang suami untuk berfoya-foya di belakang pengetahuan isterinya. Suami itu tetap setia dengan suri hidupnya untuk selamanya. Ini cuma kisah dua orang dewasa yang bercerita dengan penuh kewarasan tentang kisah hidup dan cinta masing-masing yang pernah memendam rasa antara satu sama lain. Tuhan itu Maha Berkuasa yang menentukan jodoh pertemuan serta ajal maut. Bila sepatutnya masa yang sesuai dan kamu berupaya meluahkan sesuatu yang mahu kamu lakukan lama dahulu.

Aku juga tidak tahu dari mana datanganya keberanian sebegitu yang tidak pernah ada dalam hidup ini. Aku juga tahu yang aku mungkin tidak patut meluahkan perkataan sebegitu tetapi kadangkala  kita selalu gagal mengawal dari hati untuk berterus terang. Menceritakan tentang cinta, mungkin bukan cinta pertama kerana kata cinta untuk tidak pernah diluahkan. Kisah keinginan hati aku dengan dia terlalu aku pendamkan dalam hati. Jarang nak diluahkan dek kerana mungkin banyak rasa terkilan dengan sesuatu dari dia. Kisah yang banyak aku nukilkan dalam bentuk sajak dan luahan bila aku teringat kenangan dengan dia.

 

Jika cinta itu indah

pasti tiada insan merana kerananya

Cinta itu boleh jadi buta

bila mata hati juga tidak terbuka bersama

Cinta boleh jadi manis yang membunuh

jika penawar pahitnya belum pernah kamu rasa

Cinta boleh buat kamu mahu mati

atau cinta jadikan orang yang mahu mati ingin terus hidup

Cinta bukan rahsia jika akhirannya adalah perkahwinan

Cinta boleh jadi terlarang jika bila hidup dengannya tanpa ikatan

.

.

aku masih ingat lagi akan sajak ini

satu gambaran hati, bila dia telah berpunya

.

.

 

Terima kasih As kerana sudi mendengar

dan aku tidak mahu hilang kewarasan untuk tenggelam dalam kenangan yang telah berlalu

sigh

 

 

 

Its does not matter how slow you go, so long as you do not stop

Conficius

 

Al Quran @ Ijtihad & Kinkole Mosque

 

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guruku walaupun pernah mengajar aku sepatah perkataan yang memberi manafaat pada diri aku. Guru, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggalkan dunia ini, jasa kalian tetap aku sanjung dan ingat sehingga keakhir hayat. Moga Tuhan memberi kemuliaan atas jasa bakti yang pernah kau taburkan.

Jika ada antara kalian juga seorang guru, maka pikulllah amanah itu sebaiknya. Masa depan anak bangsamu berada di tangan dan bebanan bahumu. Selamat Hari Guru,. Moga Allah memberi kerahmatan, kemuliaan dan kekuatan pada setiap guru yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

Entri Hari Guru 2009

Entri Hari Guru 2008

Pada guru-guru sekelian, aku kongsikan youtube video ini

 

Selamat Hari Guru 2010

Guru Pembina Bangsa Negara

 

 

Ibu! Ayah balik bila? Lambat lagi ke?

Danish Farhan – Anak lelaki aku

 

Hujung bulan Jun ni

Isteri yang tersayang

 

sambil kira-kira dengan jari dengan mata tengok kalendar

 

Bulan Jun dah tak lama dah kan!

Ayah balik sekejap atau balik terus duduk rumah ni?

Shabiradalia – anak perempuan aku

 

Aku diam terbungkam bila tersayang mengulang perbualan itu dengan aku.

Seperti jua dia yang hanya diam tanpa apa-apa jawapan pada soalan yang terakhir.

 

Aku ingin pulang! aku ingin pulang!

 

Diam bukan bermakna tiada jawapan, menanti kepastian yang tidak jadi kemestian

Apa yang terbuku di hati yang tersayang sama seperti petikan Hamlet, “ to be, or not to be – that is the question”.

Kerana aku sedar yang takdir perjalanan ini bukan berada di tangan aku….

 

Aku lepas hembusan nafas,

Moga Yang Maha Kuasa memberi kemudahan dari kesempitan pemikiran ini

Memberi petunjuk untuk apa yang terbaik untukku

Ya Allah, padaMu aku serahkan mereka

 

 

baik-baik sayang!, ada aku untukmu

Sekadar ingin mengulang tayang dari entri lama aku yang ini

Yang ditakutkan bukanlah hidup miskin, tetapi diperhambakan oleh harta dan wang ringgit. Biar harta tergadai, tapi bukannya budi dan maruah terjual

SHIMI - Bouquet of Love

If you met somebody and really love her very badly, you’ve got set her free. If she came back along with happiness (as Godsend) to you, no doubt she’s yours forever. If she doesn’t, your destiny never let her be yours to begin with. That’s why love doesn’t end up by a marriage and the marriage isn’t the scent of love ending; but its beginning of the eternal true love passion. That’s the thing make acquintance, love and marriage so special and inscrutable to human being as a gift from Allah The Most Omniscient…

by SHIMI

Pada hari-hari aku ketandusan idea, aku sekali lagi menyelami melihat ke dalam diri sendiri.

Berkata-kata, berkongsi rasa tentang maruah dan cinta yang sangat abstrak dan subjektif.

Hmmm! hidup ini memang indah….