Archive for August, 2008

10 Tahun, Yang Aku Tinggalkan

Posted: 31 August, 2008 in Uncategorized
10 tahun. Tempoh yang terlalu lama yang aku ambil untuk kembali semula ke situ. Menjengok mereka, dalam rindu yang menebal. Merungkai semula nostalgia lama. Setelah sekian lamanya, aku kembali semula kesitu. Penuh dengan kejutan, pada aku juga mereka. “Awat hang tak balik mai sini, hang merajuk ka. Hang dah lupa kat kami ka”, seribu satu persoalan yang tidak terjawab oleh diriku sendiri.

Bohong. Jika aku tidak mengalirkan air mata. Melihat semula wajah-wajah ceria mereka dengan kehadiranku petang itu. Pertemuan bersambung hingga lewat malam ke pagi. Dengan pertemuan itu, dengan kata-kata mereka penuh kerinduan. “Depa ni tak penah lupa kat hang, sampai besaq ni depa dok sebut dan tanya apa la habaq hang kat KL. Mai tengok, depa frame gambaq hang dengan depa”, itu antara kata-kata mereka yang amat menyentuh jiwa. Aku tunduk mendengar kata-kata itu, menatap semula wajah mereka. Ceria namun riak mata menggambarkan kerinduan. Suraya, Balqis, Nadia, Kak Nazli, Bang Mat, Makcik Munah juga mereka-mereka yang tidak kusebutkan namanya. Aku mohon maaf.

Banyak wajah-wajah yang aku kenal juga telah tiada. Pergi untuk selama-lamanya. Lanskap kehidupan dan pemandangan juga telah banyak berubah. Namun ia nostalgianya tetap sama, sepertimana yang terlekat dalam hati 10 tahun dulu. Lahar, Malau, Kelubi, Sg Korok, Tanah Merah, Kg Kubu, Paya Pahlawan, Bukit Wang, Paya Tok Kiong. Separuh tempat yang menyimpan nostalgia itu. Mungkin juga kehadiran aku itu dikira langkah kiri. Ramai yang tidak berkesempatan untuk aku jumpa, berbual mesra seperti dahulu. Cuma salam dikirim pengganti diri. Bertanya khabar.

Memang perlu aku akur dengan kesilapan aku. Pergi yang terlalu lama kerana mengejar cita, lupa akan perasaan mereka. Rindu mereka terabai, janjiku untuk kembali tidak tertunai. Sesal tidak perlu diucapkan. Seharianku disana tidak boleh membayar tempoh 10 tahun itu.

Waktu itu amat cemburu. Terlalu singkat rasanya disitu. Masih tidak puas lagi untuk aku bernostalgia pada setiap inci daerah itu. Bernostalgia dengan dengan wajah-wajah yang pernah aku kenal. 10 tahun, mereka yang aku tinggalkan.

Perpisahan petang itu amat menyakitkan. “Bila nak mai pulak, 10 tahun lagi ka? Pakat la elok-elok, mai lagi sini”, kata-kata akhir mereka yang mengiringi kepulangan aku. Hari ini, aku masih merindui mereka. Berkira-kira bila lagi aku boleh kembali semula kesitu.

Rakaman sebuah perjalanan ini.

Semoga 1 bulan yang mendatang penuh kenikmatan. 4 minggu itu penuh keberkatan. 30 hari yang penuh keredhaan. 720 jam penuh kesyukuran dan 259200 saat penuh keimanan. Seribu kemaafan dipohon dalam apa yang tercuit dan terguris dijiwa. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk semua.

Hari 1 : Tekadku, aku perlu meninggalkan dia.

Merdeka itu kebebasan. Merdeka itu sesuatu yang mulia. Merdeka itu wadah pengorbanan mereka yang berani. Merdeka itu perlu meneruskan legasi perjuangan mereka terdahulu. Merdeka itu kita, bukan mereka.

Berapa ramai antara kita yang mahu dan sanggup menghadapi keadaan sedemikian berjuang untuk memperolehi sesuatu kemerdekaan di dalam kekuatan masing-masing. Terfikirkah kita bahawa adakah kita akan setia mempertahankan hak kita sebagaimana mereka ataupun kita akan lari awal lagi menyerah diri. Merdeka itu perlu perjuangan yang berterusan. Gigih, tekad, tabah dan tidak berpatah arang.

Insaflah kita, bersyukur terhadap apa yang kita nikmati sekarang. Pasti sajak dari penulis agung HAMKA ini memberi sesuatu makna dan renungan terbaik kepada kita….

DAERAH PERBATASAN

Kita selalu berada di daerah perbatasan
antara menang dan mati
Tak boleh lagi ada kebimbangan memilih keputusan:
Adakah kita mahu merdeka atau dijajah lagi

Kemerdekaan bererti keselamatan dan bahagia,
Juga kehormatan bagi manusia dan keturunan.
Atau kita menyerah saja kepada kehinaan dan hidup bererti.
Lebih baik mati. Mati lebih mulia dan kekal daripada
terbelenggu dalam penyesalan

Tak boleh lagi ada kebimbangan
ditengah kezalimanterus mengancam
Taruhannya hanya mati.
Kita telah banyak kehilangan:
waktu dan harta, kenangan dan teman setia
selama perjuangan ini.
Apa yang kita capai:
Kemerdekaan buat bangsa, harga diri dan
hilangnya kekuatan dalam kesulitan.

Kita telah tahu apa ertinya menderita
di tengah kelaparan dan putus asa.
Kematian hanya tentangan terakhir
yang sedia kita hadapi
demi kemenangan ini.
Percayalah:
Buat kebahagian bersama
tak ada korban yang cukup berharga
Waktu peluru pertama meledak
Tak ada lagi hari minggu atau malam istirehat

Tangan yang penuh bekerja dan mata berjaga
mengawasi pantai dan langit
yang hamil dengan khianat
Mulut bumi berdiam diri.
Satunya suara
hanya teriak nyawa yang lepas dari tubuh luka,
atau jerit hati mendendam mau membalas
kematian

HAMKA

Salam Merdeka Ke 51. Dirgahayu Malaysia
Bicara merdekaku yang lain disini.
Esok jiwa aku perlu merdeka…

Jika ini dikatakan ujian, maka tabahkanlah aku untuk menghadapinya. Jika kejauhan ini jadi penyebab maka dekatkanlah hati aku sentiasa mengingatinya. Jika rindu itu membuatkan aku kusut, maka leraikanlah aku dengan inayahMu. Jika masa laluku menjadi ukuran, maka buangkanlah ia jauh dari ruang memori gelapku.

Berikanlah aku sentiasa kekuatan dalam setiap keadaan dan ketika. Aku sebagai hamba tiada daya dan upaya untuk memilih segala bentuk ujianMu yang mendatang. Sesungguhnya hidup ini perlu diteruskan untuk memperolehi keindahan anugerah dariNya. Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah…

Zubir Ali/Aishah – Doa

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Diadaptasi dari sajak Chairil Anwar – Doa (13 November 1943)
kredit kepada Dunia Penyair disini.

Pengumuman:

Aku akan ke Sungai Petani hari ini hingga hujung minggu. Jika kalian rindu aku tinggalkan kalian sedikit bekal teka teki yang pernah aku kongsikan disini. Jawapannya akan aku berikan nanti di entri yang lain.

Doa [Dari Kejauhan]

Posted: 27 August, 2008 in Uncategorized

Dunia Putaran Roda

Posted: 26 August, 2008 in Dugaan, Dunia, Hidup, Maruah, Perasaan, Perempuan
Mencuri dengar dari satu perbualan yang tidak disengajakan. Disebalik partition ruang makan sebuah restoran di ibu kota. Bernada serius dan penuh kejujuran. Perbualan antara 2 insan- lelaki.

Cuba menangkap butir bicara walau ada seseorang yang rancak berbicara dihadapanku. Si dia dihadapanku berbicara tentang kerja yang boleh aku selesaikan selepas lunch nanti. Sungguh bicara mereka lebih menarik perhatian. Angguk kepalaku menyembunyikan helah antena pendengaran yang sedang ku pasang.

Ceritanya;
I.
Dia menceritakan kesusahan hidupnya. Beban hutang mungkin jadi pokoknya. Dia tidak berkad kredit, gajinya juga agak tinggi. Tapi hutangnya masih tidak mampu dibayar. Khabar cerita itu yang keretanya telah ditarik. Hutangnya bukan banyak sekadar 5K jika tidak silap. Dia mengulang-ulang ceritanya, bukan meminta simpati tetapi meluahkan rasanya.

II.
Benar teori itu, lelaki meluahkan perasaan untuk mencari jawapan, bukan berkongsi perasaan seperti wanita. Rakannya sesekali mencelah menuntut kesabarannya. Akur dengan zaman susah yang sedang melanda. Bercadang, berkira dengan beberapa pilihan penyelesaian yang mungkin memberi beban hutang padanya. Ada beberapa perkara yang mungkin tidak perlu aku kongsikan untuk menguatkan cerita tentang derita si pencerita.

Komentar bukan menghakim;
I.
Tidak perlu berbicara tentang berkatnya rezeki atau pincangnya dia menguruskan kewangan. Aku tidak pantas melakukannya, bukan aku yang layak untuk mengadili akan hidupnya. Kesempitan hidup itu mungkin benar, dizaman-zaman sukar ini tidak dinafikan.

II.
Dia telah berjuang sebaiknya demi menyara sebuah kehidupan tetapi kadangkala kita perlu akur bukan semua bernasib baik. Dia mungkin seseorang yang mungkin masih ramai berada disekeliling kita. Tanpa sedar, jauh dan dalam, kita perlu benar-benar syukur jika kita masih mampu. Perlu ada rasa sensitif akan nasib orang lain, perlu ada niat untuk membantu jik adiberi limpahan rahmatNya. Dunia putaran roda.

Menghampiri jam 2. Aku melangkah keluar, terserempak akan dia si pencerita. Pelanggan biasa disitu. Senyumku menyapanya seperti biasa. Cuma bezanya dia terpinga-pinga diberitahu pembantu kedai yang makannya telah berbayar oleh seseorang. Dia ku tinggalkan masih terpinga-pinga bertanya siapa.

Di dalam kereta aku masih dihujani cerita-cerita tentang kerja walau dalam hati pahit dan kelat menghadam kisah-kisahnya. Telah ku katakan dunia ini putaran roda. Mengimpikan jika aku mampu menyelesaikan masalahnya. Hati pasti puas.

Bercerita tentang maruah, akal fikiran dan hati disini.

Penghargaan tanpa sebuah ucapan;

Ucapan yang mungkin belum terlewat. 25 Ogos 2008 adalah Hari Wanita Kebangsaan. Ada sesuatu tentang kewujudan mereka yang perlu kau hargai dan sanjungi. Dari entri ke 2, aku hadiah mereka agar lebih memahami dengan ini.

Dunia Putaran Roda

Posted: 25 August, 2008 in Uncategorized