Archive for July, 2008

Bertekad untuk tempoh 1 bulan dari sekarang. Aku perlu redha meninggalkannya. Aku juga perlu tabah tanpa kehadirannya. Biar dihati ini merintih kerana masih kuat merinduinya, aku mesti merelakan si dia pergi. Melepaskan dia pergi jauh dari aku. Perginya yang takkan kembali lagi padaku. Tidak kira apa yang terjadi, aku perlu tekad redha dan tabah.

Aku tahu, bertahun sudah aku bersamanya. Benih-benih cinta itu telah ku semai sekian lama. Dialah segalanya dalam hidupku. Teman di kala malam dan siang ku. Dia yang ku rindu, dia menemani ku kemana sahaja aku pergi di muka bumi ini, meniti dibibirku. Memang setiap detik bersama itu indah. Tapi, memori keindahan itu harus aku padamkan dan lupuskan terus dari ingatan. Tekad redha tabah.

Telah bertahun jua, aku berusaha untuk menjauhkan diri darinya. Namun ketika itu, aku masih belum cukup kuat untuk membuat keputusan itu. Aku kembali jua dalam dakapannya. Aku juga tahu, keputusan kali ini memang sukar untuk dibuat. Memang kesetiaannya tidak berbelah bagi. Siapapun pastikan mengambil keputusan yang sama denganku. Biar berjuta yang datang memujuk, aku mesti meninggalkannya. Tempoh yang berbaki sebulan ini, aku perlu mula belajar dan menyesuaikan diri jauh darinya. Tiada kebergantungan. Agar sampai ketika itu, aku tidak terasa kehilangannya. Tekad redha tabah.

Aku bukan kejam. Tetapi membiarkan diriku ini terus dizalimi adalah lebih kejam. Aku bukan dayus. Tetapi membiarkan dia mempengaruhi kata hidup ku itu jauh lebih dayus. Aku mampu membuat keputusan sendiri, tanpa hadirnya. Mampu berdikari tanpanya. Apalah gunanya kesetiaan jika hadirnya menjadi racun kepada jiwa dan jasadku. Tanggal 1 September ini juga aku secara rasmi akan meninggalkannya…. jauh dan terus jauh. Tekad redha tabah.

SHIMI kau perlu melakukannya. Keputusan dirimu itu betul. Aku tahu rindu itu pasti ada, kerana cinta takkan sebegitu mudah untuk berkubur…

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai dia antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Aku tidak mahu wajahnya menghiasi laman baru hidup ku yang indah ini. Tekad redha tabah. Biarlah wajahnya berkubur disini.

Entri ini tiada kena mengena langsung dengan lagu nyanyian Hazami atau filem 1 September serta apa yang sewaktu dengannya.

Tekad Redha Tabah

Posted: 31 July, 2008 in Uncategorized

Telah ku jadikan ia sebagai tabir kepada laman coretan ku ini. Sedikit lewat dari lahirnya laman karya ku ini. Hadirnya bisa memberi getar, menggetus jiwa setiap kali aku berkunjung disini. Irama dan senikatanya yang seiringan memberikan inspirasi kepadaku. Semerdu alunannya, selancar itulah tinta ini. Aku sekadar meminjamnya bukan pemilik.

Sedar, dunia ini bukan seadanya. Pernah aku tenggelam dalam kepura-puraanya. Aku terbang, tinggi dalam apungan alunan melayar bersama nostalgia. Memperolehi inspirasi dari sesuatu untuk merenung menoleh kembali. Berinspirasilah kalian bersama…

Andai ku tahu
Kapan bila ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangis ku bertabat pada Mu

Aku manusia
Yang takut ke neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Lagu nyanyian : Kumpulan Ungu

Sedar, aku bukan pemiliknya sekadar meminjam.

Inspirasi… [Andai Ku Tahu]

Posted: 28 July, 2008 in Uncategorized

Kiasu dan Lesu

Posted: 28 July, 2008 in Cerita, Gigih, Hidup, Kiasu, Pedoman, Tabah

Berapa? RM30 satu bulan.
Banyaknya? 3 kali seminggu (isnin, rabu, jumaat – atau ikut sesuai)
Jumlah? Ikut larat dan kudrat dalam 1 hari dari celik mata hingga tutup mata.
Syarat? Gigih, tabah, tidak merungut, tidak malu.
Kerjanya cuci kereta pakai tong air naik basikal.

Itu aku lihat, itu aku nampak. Gigih seorang lelaki bangsa asing menyorong basikalnya dari sebuah kereta ke sebuah kereta. Sentiasa senyum dan tersengih walaupun hanya giginya sahaja yang nampak putih. Peluh dibaju tidak kelihatan dek basahnya seluar dan baju bersama air. Tapi, kantungnya tetap tidak basah, not-not matawang Malaysia yang sah diperlakukan kemas dalam ikatan plastik.

Dia tetap tabah. Dia tetap gigih. Hujung bulannya mengutip bayaran dari pintu ke pintu. Menghitung jumlah agar boleh cari tambang pulang ke tanah tumpah darah. Pulangnya entah bila, tapi pengganti tugasnya tetap ada.

Aku jalan lagi sedikit ke hadapan. Ada sebuah stall burger. Towkeynya satu, pelanggannya ramai. Bukan membeli tapi meramaikan majlis. Gitar tong ditangan, mengalun lagu yang tak jelas dengan nahu inggerisnya atau nyanyian itu dalam bahasa urdu. Gelak ramai-ramai, bayar masing-masing. Nescafe segelas dikongsi sekampung, kantung mereka hanya ada syiling barangkali dan amat sedikit jumlah kertasnya. Lelaki dan perempuan tiada batas, ini dunia kami. Diaorang anak moden, bukan kolot seperti aku .

Lelaki bangsa asing yang gigih itu lalu disitu. Kedengaran carut dengan bahasa kurang sedikit ajarannya dilontar. Lelaki bangsa asing itu tetap tersengih mengangkat tangan, atau tersenyum cemburu melihat anak-anak peribumi yang berseronok sebagai freelance. Lelaki bangsa asing yang gigih itu kiasu, anak-anak peribumi kita itu lesu.

Kiasu dan lesu. Sijil setinggi mana tidak menjanjikan u-wang serta menjamin standard pemegangnya. Mereka itu kiasu, kerana mereka tidak malu mencari rezeki di bumi bertuah ini, walaupun rakyatnya suka merintih hidup dalam kesusahan dan tersepit.

Ini bukan cubaan menjadi golongan pemikir. Cuma entri sedikit serius kali ini, memikir nasib anak bangsa. Aku juga lesu, tidak gigih dan tabah lelaki bangsa asing itu yang mungkin kini sedang mencuci kereta-kereta pelanggannya…

Apa yang aku racaukan ini.? Mereka kiasu dan aku lesu..

Kiasu dan Lesu

Posted: 27 July, 2008 in Uncategorized

Sihat Kaa…

Posted: 27 July, 2008 in Hidup, Rasional, Sakit
Di sebuah klinik dipinggir kota. Kelihatan beberapa pelanggan sedang menunggu si doktor yang belum kunjung tiba.

Si doktor pun tiba, keluar dari keretanya dan bergegas masuk ke dalam klinik.
Maka si pelanggan dalam katogeri regular ni pun menyapa ” Morning doktor, how are u”.

Dengan senyuman memikat hati pelanggan si doktor pun pun membalas sapaan tadi ” Baik!, sihat kaa..”.

Dalam hati pelanggan (mungkin), “Kalau aku sihat takkan aku ada kat klinik ni”.

Maka, beberapa urusniaga pun berjalanlah pada pagi itu disebuah klinik. Si pelanggan memberi untung dan si doktor memperolehi untungnya. Dunia ada give and take….

SHIMI Gallery : Tragedi