Archive for April, 2009

57 HARI LAGI

Posted: 29 April, 2009 in Uncategorized

TANYA SAMA HATI, APA AKU MAHU
NAK HATI AKU JAWAP, AKU PUN TAK TAHU

Entah kenapa aku benci untuk mendengar Auld Lang Syne di sini

Ini basikal Fahim

Fahim menaiki basikal yang diwarisinya melalui turun menurun

Fahim menaiki basikal yang diwarisinya melalui turun menurun bersama rakan-rakannya

Oleh kerana terlalu laju dan tidak sempat membrek, Fahim terlibat dengan accident yang disengajakan (lihat rakan pemboncengnya untuk menggambarkan betapa ngerinya kemalangan yang disengajakan itu)

Belajar dari kesilapan itu, Fahim dan rakan pemboncengnya telah menggunakan tali pinggang sama ada bagi penumpang hadapan dan belakang

PERSOALANNYA:
KENAPA FAHIM TERSENYUM KETIKA ACCIDENT,
TETAPI MENANGIS SELEPAS ACCIDENT ?

(jawapan ada dikepilkan bersama dibelakang salah satu gambar di atas)
(sila gunakan tangan anda untuk membelek gambar, bukan dengan mouse)

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Aku tak mahu baki hari aku disini dipenuhi dengan kenangan yang sedih beb!
Aku tak mahu sedih sebelum masanya

Persimpangan

Posted: 27 April, 2009 in Uncategorized
Semalam ketika memulakan hari pertama dalam minggu,
fikiran aku jauh tersasar dan mengelamun.

Kata-kata si manis Julia langsung tidak aku fahami,
“Pagi ni boss ada taklimat di bla..bla..bla..
lepas tu saya dah tetapkan appointment medical check up bla..bla.bla..
permohonan visa dan nota diplomatik untuk boss bla..bla..bla..”

Aku terus bla..bla..bla.. dan blur

Aku melihat bekas tusukan jarum di kiri dan kanan pelipat tangan
aku tahu bahawa aku telah bersedia untuk menuju apa yang aku hajati
sebenarnya aku tidak tahu apa yang nak aku katakan disini
aku terlalu buntu mengira hari-hari yang semakin pantas berlalu

Kata-kata mereka masih terngiang-ngiang,
“beruntunglah lah kau, Bukan senang nak dapat peluang sebegitu. Jarang orang malaysia ditawarkan sebegitu. Faedahnya seperti gaji seorang PM. Alah!, cuma setahun je kontrak kau”.

Aku masih mempertimbangkan antara untung dan rugi.
Kemahuan dan gerak hati.
Moga aku memilih sesuatu yang betul untuk hidup aku.

Nothing to say

Posted: 24 April, 2009 in Uncategorized

Semalam ketika memandu pulang, aku menangis
hari yang berlalu terasa sungguh pantas
hari-hari baki aku disini semakin singkat

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

A Different Path

It’s time to go, to leave this place
A shadowy voice does cry.
But the voice belongs to me alone,
And still I wonder why.

The time is here upon me now
Like a weight, heavy pounding.
Or has it Lifted? Hard to tell
The Questions keep arising.

The unknown awaits, as it does
For foolish few who dare.

Is it foolishness?

Curiosity perhaps?

Or something I’m not aware.

For I am scared and poignant now
More than ever at present.
Tears cloud my eyes as pen meets paper,
And I hope for my ascent.

I leave behind what I comprehend
And even with all communication.
I know for now without doubt,
I drift, en route a new location.

But who’s to say what shall pass
And what still lies ahead.
I only know that were I’m at,
I’ll yearn ’till forever dead.

Yet for now the flame still burns inside
However daily dying.
To light the path less traveled by
In haste I’m already striding.

But am I running from that I cannot?

Escape from oneself is ever brief.
Before we are again confronted,
Hunting for relief.

Yet still I follow my perilous path
To wherever it might be leading.
And well it may, onto something new,
And strangely more inviting.

Or perhaps not . . .

But who’s to know, not I as yet
The fate of anyone on this Earth,
I wouldn’t like to bet.

For life can lead in many ways
Often now undesired.
Fate can deal a cruel hand sometimes,
But we play on, cold and tired.

And art is born of life

Hard, dejected and trodden.

Hence emerges exquisite beauty,
And some direction from the coffin.

Finding it is a difficult thing
Sometimes left without thought.
But time it ticks, and years they fly,
I’m sure it can’t be bought.

So we search, as do I
For things that bring on the ‘morrow.
The weak are those who don’t pursue,
And languish in their sorrow.

Happiness is that I chase
And hope to find someday.
I’ll count the means again I’m sure,

There is always another way…

by Brian Emerson

Satu panggilan telefon, satu surat kelulusan,
semua itu merubah hari aku dan perasaan aku.
Ceria, suka dan gembira.
Banyak juga tangan-tangan yang menghulur ucapan tahniah.

Kegembiraan itu aku kongsi dengan si dia via sms
“Nothing to say”, balas si dia seakan hambar
Berat pada perasaan itu mulai terasa

Tempoh 1 tahun,
bukan sangat lama bagi kamu tapi tidak pada dia
aku berkata pada hati “apa yang kau idamkan itu termakbul”
aku akan ke sana jauh dari bumi bertuah ini
meninggalkan yang tersayang dan anak-anak
dengan sela masa 7 jam

Aku hanya ada sebulan lebih sebelum Jun untuk berangkat
dengan berbagai-bagai perkara yang perlu dilaksanakan
dengan berbagai imunisasi yang perlu diambil
dinegeri asing yang beza budaya, cita rasa dan budi pekertinya
“hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri”

aku sebenarnya rasa sedih dan berbelah bagi
aku tidak pernah berpisah sebegini lama dengan mereka
aku celaru, aku keliru

Cuma apa aku pasti, aku tetap berkongsi sesuatu disini
mungkin tidak setegar ini updatenya
suka duka, tawa tangis, gundah gulana, pahit manis
aku cuba kongsi sebaiknya

aku tahu bukan semua perjalanan hidup itu indah
walaupun aku cuba berpura-pura melihat ia indah

bon voyage, bonne chance, dont m’oublient
itu bahasa mungkin yang perlu aku kuasai

malam ini, si dia masih juga tidak mengulas apa-apa
walau manis senyumnya seperti biasa, menyembunyi gejolak rasa di dalam
tidak juga meluah sebarang rasa, berat itu semakin terasa
beremosi, tapi itu kenyataan aku malam ini…

Sekadar perkongsian.

Ini adalah benar. Bukan rekaan. Suatu perkara yang tidak pernah digambarkan untuk dilihat secara mata kasar tetapi telah tertangkap melalui lensa kamera. Sumber-sumber yang aku boleh percayai mengatakan bahawa gambar ini tertangkap secara tidak sengaja di satu kawasan di Cambodia kira-kira belasan tahun dahulu. Ia telah tersimpan sekian lama yang menjadi igauan pemiliknya sekian lama.

Memang mengerikan, aku sendiri pun tak sanggup nak lihat lama-lama. Meremang bulu apabila kita melihat perkara yang tak biasa kita lihat. Secara seriusnya, gambar ini memang amat menyeramkan aku yang masih terbayang-bayang wajah itu…. wajah 3 makhluk kecil dengan lagak menyeramkan.

Bagi tujuan paparan umum dan menjaga sensitiviti serta orang-orang yang lemah semangat, aku letakkan gambar kecil sebagai preview. Bagi yang lebih punya keberanian luar biasa serta sifat ingin tahu meluap-luap sila baca arahan seterusnya. Tahap keberanian kamu dicabar disini. Aku nasihatkan kamu juga untuk tidak download gambar itu….

Jika kamu punya kekuatan diri untuk melihat gambar di atas dengan tumbesaran maksima sila klik disini

اڤ ايت چينتا


چينتا…
سسوڠڬوهڽ تياد اڤ يڠ لبيه اينده باڬي ديريكو دوقتو سبڬيني.

موڠكين هاتي دان ڤراسان اين سهاج يڠ تاهو باڬايمانا اكو مڽانجوڠيڽ. بتاڤ ڤريتڽ ساتو ڤرجالنن چينتا يڠ اكو تمڤوهي اين. اكو ڤستي تيدق اكن منسيا-سياكنڽ سعمور حياةكو.

ستياڤ كالي هاتي تردتيق دان ستياڤ كالي ايت هاتي اين منريندوي چينتا دان كاسيه سايڠ يڠ اكو ايمڤيكن ابادي.

دان اكو..
ڤستي اكن تتڤ منچينتايڽ سلاما اد ددنيا اين. ڤدڽ سهاجله اكو تومڤهكن سڬالا چينتا دان كاسيه سايڠ يڠ اد. دان نام نازاتولسيما تتڤ ترڤاهت تڬوه دميندا سرتا هاتيكو. سلاماڽ دان سنتياس اڬوڠ د جيوا اكو اين.

هلايان اين منجادي سقسي يڠ اكو تتڤ منينتايڽ سهيڠڬ ك اخير حياةكو دان تيدق اكن بروبه. جنجيكو، كاوله سڬالاڽ باڬيكو.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

سكين لاما نوتا ايت ترسيمڤن د دالم ليڤتن بيڬ دويت. تله بلسن تاهون اكو مڽيمڤنڽ، والاوڤون رومهڽ تله برولڠ كالي دتوكر تاڤي اي تتڤ ترسيمڤن كمس سباڬاي ڤدومن دان ڤڽجوق جيوا دوقتو سوكر.

سسوڠڬوهڽ چينتا ايت ميمڠ اينده حاضرڽ دالم هيدوڤ