Archive for the ‘Janji’ Category

3J H2L

Posted: 14 November, 2008 in Anak, Janji, Keinginan, Penat, Rehat

Semalam
Jalan jauh jauh
Balik hujan hujan
Badan penat penat
Tangan sakit sakit
Telinga bingit bingit

Apa aku buat?
Mana aku pergi?
Biarlah rahsia….

Sampai rumah
Perut lapar lapar
Mata kuyu kuyu
Kepala bantal bantal
Anak cakap cakap
Hati layan layan

Satu perbualan berat sebelah
“Ayah, tadi Aisyah jumpa koala (dia sebut kaola) masa balik sekolah”
“Macam dalam Madagascar 2

“Itu monyetlah”, Farhan pecah lubang

Mungkin satu trick mengingatkan janji yang tak tertunai
Aku terus mengelamun dan berfikir maksud sebalik kata kata

Tiba tiba
Aku sedar sedar
Aku tido tido

Kata dia pagi tadi , “melepas”.

3J H2L
Jalan Jauh Jauh
Hati Layan Layan

Dingin sungguh lewat pagi ini. Dingin nafas yang disedut memenuhi ruang dada. Nyaman tapi jiwa masih buntu, jari jemari kaku terhenti dari menaipkan sesuatu. Berbaring beralaskan telapak tangan, lantas teringatkan buku nota lama yang terletak dicelahan almari. Pasti ada sesuatu inspirasi padanya.

Telahan aku betul. Antara banyak helaian mukanya yang ku belek, aku tersenyum melihat nota yang telah berusia lebih 10 tahun ini;

“Betapa aku kini menyayangi dirimu kekasihku. Betapa sukarnya nakku gambarkan betapa aku terlalu menyayangi dirimu. Jika ingin disamakan betapa dalamnya kasih sayang cintaku dengan ribuan cinta anak muda yang lain pasti ia takkan sama dan mereka mudah tertewas”.

“Betapa ingin ku melihat dirimu bahagia dan senyum sentiasa. Betapa aku berazam ingin menjaga dirimu sebaik mungkin. Biarlah betapa sukarnya untuk aku mencukupkan segala keperluan di dalam perjalanan hidup ini, aku redha”.

“Biar betapa sukarnya sekalipun demi untukmu kekasihku aku sanggup untuk mengorbankan segalanya. Betapa aku cukup terhutang budi atas kepercayaan dan kesetiaan yang kau berikan selama ini. Hanya itu dan janjiku yang dapatku berikan dan lakukan untukmu”.

“Duhai kekasihku,
Aku tahu sungguh sukar untuk kita sampai ke tahap dan ketika ini. Janganlah kau ragukan kesetiaanku dan kepercayaan yang telah kau berikan. Aku setia memeliharanya dan sanggup menutup perasaanku pada yang lain walaupun ia hanya cuma pandangan”.

“Selagi nyawa dikandung badan, selagi warasku masih utuh, pasti dirimu teratas sekali ku letakkan didalam hidupku. Cintaku padamu tetap utuh ditakhta hati. Kaulah segalanya dalam hidupku. Cintaku padamu untuk selamanya”.

Catatan tarikh dan masa : 9 Julai 1998 jam 4.14 pagi

Huhu, malu aku malu untuk mengaku.
Jiwang karat sungguh nota itu (pada zaman remajaku)…

Lewat malam itu, isteriku menghabiskan masanya berbual-bual dengan ibunya di meja dapur. Berbicara berkisar tentang kisah apa yang berlaku disekitar kejiranan, berita terkini tentang adik beradiknya. Mungkin banyak yang nak diperkatakan sambil meluahkan perasaan seorang ibu.

Terpacul dimulutnya “Mak ni kan tak puas bermain-main dengan cucu mak”. “Korang kalau balik selalu je keluar”. Raya itu hari korang berjalan merata, balik lepas tu pulak sibuk ke Johor Bahru, kalau balik asyik keluar je jarang ada kat rumah, dah la jarang-jarang jumpa”.
“Mak ni bukanlah nak sangat berjalan, tapi suka duduk tengok telatah cucu-cucu mak bermain”. “Kalau berjalan tu tak dapat apa abis masa kat jalan je bukan kat rumah, dapat tengok diaorang pun mak dah rasa puas dan suka”.

Keesokannya, isteriku mengulang semula cerita itu kepada ku. Aku termangu terdiam dengan luahan kata-kata ibu mertuaku itu. Sungguhpun nadanya bersahaja, namun luahan rasa seorang ibu penuh kejujuran. Mungkin anak-anakmu ini disibukkan dengan segala macam urusan duniawi tanpa memikirkan hati dan perasaan mu.

Maafkan kami mak! Mungkin anak ini bukan anak yang dikandung oleh mak selama 40 minggu itu. Tapi anak ini cukup menghargai kasih sayang seorang ibu setelah merasai bagaimana perasaan kehilangannya. Anak ini alpa memikirkan perasaanmu setelah dikau keseorangan setelah permergian abah. Mungkin apa yang kami buat itu untuk menggembirakan hati mak, merasa keindahan dunia ini disamping anak-anak dan cucu-cucu mu. Tapi.. rupanya dunia ini tidak mak pandang sebegitu, duniamu adalah rumahmu itu.

Mak.. anak ini tidak mampu meluahkan dengan kata-kata penuh sesal dihadapanmu. Medan ini jadi pertaruhannya. Mak.. jangan kau simpan rasa itu lagi didalam benak hatimu. Anak ini akan lebih peka dan sensitif dimasa akan datang serta berjanji tidak membuatkan hatimu terdetik lagi dengan rasa yang sama.

Sesungguhnya, hati seorang ibu itu lebih nipis dari kulit bawang yang mungkin mudah terguris dan dirobek. Cuma sebagai anak tidak menyedarinya atau tidak sensitif dengan suasana dan perubahan rasa seorang yang semakin mengkin usianya.

Cuti ini memberi aku sesuatu pengajaran yang takkan ku perolehi dari mana-mana sumber ilmiah mahupun dari segala pendita dan bijak pandai sekalipun. Kata-katamu mak… sungguh memberi kesan dan pengajaran bermakna kepada diriku…