Musim Itu, Kembali

Posted: 7 November, 2008 in Cita Cita, Emosi, Impian, Keredhaan, Tanggungjawab
Petang, di dalam kesibukan aku tidak berkesempatan untuk berziarah menemui boss. Berangkat ke Tanah Suci. Sesuatu yang diimpikan oleh sesiapa pun. Dalam jiwa suci seorang Muslim.

Berharap dan berdoa semoga dia selamat pergi dan kembali. Peroleh Haji yang mabrur. Kembali dengan sesuatu perubahan dalam memimpin halatuju kami.

Sedikit kecewa kerana tidak diberi kesempatan bertemu dengannya. Masih teringat ketika majlis tahlilnya pada minggu dahulu.

“Boss, sampaikan salam saya pada Nabi ketika berkunjung ke makamnya. Semoga saya juga diberi peluang untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti”, kata yang dizahirkan semasa kami bermaafan.

Kerana kesibukan, kita mungkin selalu dialpakan…..
Aku bermenung, dengan niat hati untuk diberi kesempatan beribadat disitu.
Menjadi tetamu Tanah Suci. Insya Allah, moga niat diperkenankan.

Musim haji, membuat aku selalu teringat dengan mak.
Mak pergi tidak lama selepas kembali dari Tanah Sucimu.
Ya! itu sekadar kenangan aku dimusim haji.

Comments
  1. julietchun says:

    Ko dah daftar ngan TH lom?

  2. SHIMI says:

    juliet chun : mesti la

  3. Hazia says:

    Kenangan gi Haji memang tak dapat dilupakan. Saya gi Dec 2006:)

  4. Cakap Kosong says:

    semoga aku pun akan diperkenankan allah untuk kesana………….insyaallah!!

Leave a comment