Archive for the ‘Tanggungjawab’ Category


Sehari dalam hidup,

Bukan aku saja yang menanggung penderitaan dalam menempuh perjalanan dan pengalaman kehidupan. Ramai lagi yang sebenarnya hidup penuh kecelaruan tersepit antara rasa hati dan perasaan. Kadang-kadang apa yang kita buat dan impikan tidak mencapai maksudnya. Patutkah kita terus berputus asa dan kecewa. Menangisi kesilapan kita tanpa kita cuba bangkit semula dan terus berusaha?

Apa pun telah kita lakukan sebesar mana pun dosa kita… Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Bertaubatlah diatas dosa-dosa kita dan berhijrahlah ke alam yang baru. dengan tekad dan usaha kita pasti kejayaan kita tempa. Mungkin ada yang akan blame, “alah! cakap senanglah, tengok kalau kena batang hidung sendiri macamana!”. Itu aku akui sebagai manusia kita belum tentu bertindak sebagai mana rasionalnya tetapi tugas manusia ialah nasihat menasihati. Jika melihat kawan kita jauh menyimpang, maka segeralah kita tarik semula kelandasannya. Bukan busy body tetapi tugas dan tanggungjawab sebagai manusia. nasihat menasihati serta berpesan-pesan kearah kebaikan.

Yang dikatakan sahabat ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada sahabatnya yang lain. Kawan pula akan meninggalkan kita bila kita susah. Wahai insan-insan diluar sana jika ada masalah kongsilah dengan sesiapa yang kita benar-benar percayai. Jangan simpan dalam diri, nanti bila tak tertahan dan meletup akibatnya memakan diri. Percayalah aku pernah mengalaminya.

Ya Allah jika nanti aku diberi ujian oleh Mu; permudahkanlah ia, berikanlah jalan kepada ku dalam mencari penyelesaiannya. Dampingi aku dengan sesiapa yang dapat membantuku. Amin.

Semalam kan.
aku bersalam dengan Pak Lah
macamana dia boleh tak kenal nama aku
sedangkan aku kenal nama dia

Hari ni kita dapat PM baru
Memanda Menteri Malaysia ke-6
Nak panggil apa pulak..?
Pak Jib kot…, atau Abang Jib…
harap-harap dia kenal nama aku
pasal aku dah lama hafal dan kenal nama dia….

To Pak Lah – Good Luck, terima kasih.
To Pak Jib – Welcome, kerja, kerja, kerja.
To Aku – Hari ni hari Jumaat daa, ada a little bit malaz…….
To Kamu Yang Baca Blog Ini – Kerjalah kamu selagi kamu belum tutup mata. Amal ibadat jangan diabaikan.


Pemurnian jiwa aku dan kamu,

Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa melepaskan kesusahan orang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di hari akhirat. Barangsiapa memudahkan urusan Mukmin , nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan senantiasa menolong seorang hamba selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.

Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman:”Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam:”Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam:”Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam:”Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala:”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*


Baca ini dengan penuh keinsafan, berlapang dada semata-mata memohon keredhaan Ilahi,

Dengan rendah hati, saya mengambil inisiatif ini demi membantu sahabat kita yang sedang diduga Tuhan; Fajar sekeluarga. Kita sedia maklum, Anakanda Amir Yusuf kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat lepas dan disemadikan di Glasgow. Saya difahamkan perbelanjaan pengkebumian di Glasgow pada hujung minggu mencecah GBP1200 (Hari biasa GBP400). Justeru, bagi meringankan beban sahabat blog kita, Fajar, saya merayu sumbangan khairat daripada sahabat-sahabat sekalian.

Sumbangan kalian boleh dibuat melalui akaun Maybank saya 162142951118. Sumbangan akan ditutup pada 16hb. Mac 2009 (Isnin) jam 11.59 malam. InsyaAllah semua sumbangan akan disalurkan terus kepada Fajar melalui akaun banknya. Semoga usaha kita yang kecil ini mendapat keredhaan Allah SWT.


Mungkin kamu harus membaca blog Rudy dan blog Fajar untuk memperjelaskan kekaburan kamu.


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*


Aku ada idea. Kenapa kita tidak sama-sama mengambil inisiatif membuat kutipan dari rakan-rakan muslim ditempat kerja, universiti, sekolah, kariah atau sebagainya sebagai niat membantu melepaskan kesuahan seorang dari saudara seagama kita ini. Kemudian kita masukkan ke dalam akaun tersebut. Jikalaulah ada lebihan dari kutipan tersebut selepas kita mencukupkan dan meringankan musibah saudara Fajar kita itu, maka olehlah kita gunakan dana tersebut untuk membantu saudara-saudara sesama islam kita yang berada di tanahair yang mungkin memerlukan bantuan. Semoga usaha kita di dalam rangkaian dan rantaian sebagai bloggers ini dapat dipergunakan untuk membantu saudara seagama.

Sekadar satu pesanan,
Berikanlah satu bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa diduga dengan kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan yang datang mendadak, aku juga memohon perlindungan-Mu dari kejahatan yang datang mendadak. Kerana sesungguhnya seorang hamba itu tidak akan tahu apa sahaja yang datang kepadanya dengan tiba-tiba pada pagi dan petang hari”.

Panjang-panjangkan, hulur-hulurkan….

Kredit imej pada BAAS Art Gallery

Bila mendongak ke langit, apa yang kamu lihat?
Bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
Layakkah kamu dipayungi oleh semua itu?

Bila kamu tunduk ke bawah, apa yang kamu nampak?
Rumput, tanah, pepasir, air atau kaki kamu yang bersepatu
Layakkah kamu untuk memijak dan melangkah diatasnya?

Bila kamu menutup mata, apa yang kamu rasa?
Udara yang berhembus yang meresapi liang dada.
Layakkah kamu untuk menghirupnya?

Kamu manusia yang berada diantaranya. Mengejar cita, mengejar nikmat dari Dia. Terlalu banyak yang telah melimpahi kamu hingga kadang terlupa erti syukur. Tiada erti mengenang budi bahkan mungkin noda yang kamu balasi.

“Kejam, tidak berhati perut dan tidak mengenang budi”, mungkin itu yang kata-kata yang terhambur dari mulut manusia jika kamu lupa diri. Tapi bagaimana kata-kata nista yang harus dihamburkan apabila kamu lupa diri pada Maha Pencipta?

Hari ini, esok atau seterusnya selagi nafas ada,
aku masih lagi dipayungi bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
aku masih lagi memijak rumput, tanah, pepasir, air dengan atau tanpa sepatu dikaki.
indahkan…!

Aku cuba memahami, kenapa pepatah Melayu berkata,
“dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak”

tapi itu dengan redha-Nya…

Tak perlu cerita. Kamu semua dah faham dan maklum. Siapa Zionis, Israel dan ada apa dengan Gaza dan Palestin. Mustahil kamu tidak membaca suratkhabar atau rumah kamu tiada televisyen untuk ditonton.

Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman

Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim

Ya Allah..

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah..
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka

pesan aku: jika kamu masih punya rasa simpati, tidak merasa beban dan ketakutan duit simpanan dan belanja kamu akan berkurangan sila klik sini atau cara yang lain kamu lebih suka dan rela hati.

pesan aku lagi : Janganlah kamu mengISRAELkan diri kamu sendiri

I.

Disember kat Malaysia memang indah dan pelbagai musim
Tak percaya!, dalilnya
1. Disember = musim cuti sekolah
2. Musim cuti sekolah = musim orang naik pelamin
3. Musim orang naik pelamin = musim honeymoon
4. Musim honeymoon = musim sendiri lu mau ingat la
5. Musim sendiri lu mau ingat la = musim hujan
6. Musim hujan = Disember

Sila dapatkan statistik kelahiran dari JPN pada 9 @ 10 bulan akan datang

II.

Aik! pasal apa lampu bilik aku tutup awal pulak ni?
Fius terbakar ke?
Bahaya ni pasal musim hujan. Aku kena pegi check, takut boleh mendatangkan marah.

Maaf!, entri ini terpaksa ditamatkan setakat ini untuk memberi peluang aku memeriksa sebab-sebab lampu bilik aku tidak menyala. Kesulitan dari segi fizikal dan mental yang ditanggung oleh anda amatlah dikesali.
Amaran : entri ini masih belum mendapat kelulusan untuk dikategorikan sebagai U, 18SX, 18PL, 18 SG atau kategori yang bersesuaian. Bagi kanak-kanak di bawah umur atau masih perasan di bawah umur, sila dapatkan bimbingan ibu bapa atau orang dewasa yang berkelayakan. Untuk mak dan bapak kanak-kanak, sila dapatkan bimbingan yang sewajarnya mengikut kesesuaian. Bimbingan dari boyfried, girlfriend atau bukan muhrim adalah dilarang sama sekali.

Tiada apa yang menarik pada hari ini. Menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak. Membuat persiapan persekolahan Farhan dan Aisyah. Awal dan tidak suka bersesak-sesak berebut disaat akhir. Mereka sibuk memilih dan bertanya segala keperluan yang mereka mahukan. Pakaian, kasut dan segala keperluan berpasang-pasang dan berkotak-kotak. Berkeping-keping not 100 bertukar tangan. Tukarannya berjinjing-jinjing plastik dibawa. Wang tidak lagi menjadi ukuran jika senyum puas terbit diriak muka mereka.

Sambil memandu, aku memulakan kata-kata.

“Farhan,Aisyah, seronok tak tak hari ni? Ayah dah beli macam-macam keperluan sekolah korang ikut kehendak korang”.

“Seronok”, jawab mereka hampir serentak. “Aisyah tak sabar nak pegi sekolah”, tambah Aisyah lagi.

“Hari ini ayah dah penuhkan segala keperluan korang. Ayah dulu tak merasa semua ni. Tak merasa baju 5-6 pasang sorang, tak merasa beg sekolah lawa-lawa tukar tiap-tiap tahun. Tak merasa kasut baru, kalau adapun sepasang je. Duit belanja sekolah pun cuma 20 sen je, tak macam korang yang dapat beringgit-ringgit sehari. Atuk dan Nenek dulu bukan orang senang”.

“Ehh, kenapa Atuk dan Nenek tak kerja macam ayah?”, seperti biasa Aisyah mempersoalkan penyataan aku.

“Atuk dan Nenek dulu kerja kampung. Menoreh getah nak besarkan ayah adik beradik. Nak bagi berjaya. Kalau Atuk dan Nenek dulu tak berkorban, ayah mungkin tak senang macam ni. Mungkin ayah kerja susah jugak”, aku memulakan penerangan.

“Macam sekarang, ayah penuhkan segala keperluan korang. Ayah nak korang berjaya dan cukup segalanya. Ayah bukan paksa korang nak dapat nombor 1 setiap kali ujian. Tapi jadi anak yang baik, dengar dan patuh cakap cikgu. Jangan malukan ayah dan ibu. Jadi anak yang menyenangkan hati ayah dan ibu. Korang boleh janji pada ayah tak yang korang akan belajar bersungguh-sungguh”.

“Boleh”, mereka berjanji bergilir-gilir.

“Ok, kalau macam tu kita pergi makan dulu. Lepas tu kita pergi Pasar Raya Gergasi, tengok apa barang yang perlu kita beli lagi”.

“Yehh, jom kita pergi makan dan jalan-jalan lagi”, teriak Aisyah seronok. Seronok bila tengok mereka juga seronok. Puas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Betul kata abah dulu, “Bila kau dah ada anak dan keluarga nanti kau tahulah rasanya. Kau kena dulukan mereka lebih dari diri kau sendiri. Kau kena jadi pemerhati dulu dan jadi orang yang terakhir merasa kepuasan nikmat makan dan kegembiraan yang kau sediakan. Tapi kau mesti jadi orang yang pertama merasa kesedihan dan susah payah mereka”.

Jauh dalam hati aku berbicara, “Abah, hari ini anakmu ini menunaikan janjinya dan menuruti ajaranmu. Moga mereka juga akan melakukan perkara yang sama pada anak-anak mereka kelak. Terima kasih abah, kerana mengajar anak ini tentang erti tanggungjawab”.

Dalam hati ada sedikit sebak mengenang masa lalu. Tidak bererti menyesali, tetapi sebagai pedoman. Hidup perlu diteruskan sambil aku terus meluncur laju menuju destinasi demi untuk kepuasan mereka hari ini dan moga terukir betapa kasih sayang ayah dan ibu dalam minda mereka.

Petang, di dalam kesibukan aku tidak berkesempatan untuk berziarah menemui boss. Berangkat ke Tanah Suci. Sesuatu yang diimpikan oleh sesiapa pun. Dalam jiwa suci seorang Muslim.

Berharap dan berdoa semoga dia selamat pergi dan kembali. Peroleh Haji yang mabrur. Kembali dengan sesuatu perubahan dalam memimpin halatuju kami.

Sedikit kecewa kerana tidak diberi kesempatan bertemu dengannya. Masih teringat ketika majlis tahlilnya pada minggu dahulu.

“Boss, sampaikan salam saya pada Nabi ketika berkunjung ke makamnya. Semoga saya juga diberi peluang untuk ke Tanah Suci suatu hari nanti”, kata yang dizahirkan semasa kami bermaafan.

Kerana kesibukan, kita mungkin selalu dialpakan…..
Aku bermenung, dengan niat hati untuk diberi kesempatan beribadat disitu.
Menjadi tetamu Tanah Suci. Insya Allah, moga niat diperkenankan.

Musim haji, membuat aku selalu teringat dengan mak.
Mak pergi tidak lama selepas kembali dari Tanah Sucimu.
Ya! itu sekadar kenangan aku dimusim haji.

Membaca patah-patah smsnya. Aku terkedu dan bertanya dalam hati, “Masih adakah lagi perhambaan wanita dalam hidup lelaki”. Ini bukan lagi zaman jahilliyah, sekarang zaman millenium.

Aku baca kembali sms yang dimajukan kepada aku. “Sampai mati saya akan ingat katanya itu, I takkan berkorban apa-apa yang I ada untuk U dan anak-anak U. Siapa anak-anak I pada I dan siapa anak-anak U pada I”. Poligami?…Mutaah?.. Atau bernafsu liar semata-mata untuk dibenarkan dan menghalalkan tubuh itu untuk diratah. Tiada kekaguman pada jiwa yang meratah dan diratah. Pelik dan jelikkah hidup berstatus sebagai ibu tunggal hingga sebegitu rupa nasibnya pada perkahwinan kedua.

Mengadu air dengan garam

Sekarang aku tahu kenapa Sa perlu terlibat begini jauh. Naluri kelakian yang membuatkan dia bertindak begitu. Teringat aku dengan sms permulaan dari Sa yang mulanya tidak aku fahami maksudnya “Wanita itu letaknya ditempat yang mulia, bukan diinjaki dari kelemahannya. Wanita hadir dari sulbi lelaki yang layak letaknya untuk dipayungi dan diberi rasa terlindung”.

Tapi Sa, itu hal dalam kain mereka. Pandangan yang bukan keputusan pun kau tidak layak. Dia telah memilih untuk menghambakan dan diperhambakan oleh cinta yang tidak menjanjikan dia apa-apa pun. Cinta menjadikan dia hilang rasionalnya. Takut dengan keputusan yang belum diputuskan. Ngeri dengan bayang-bayang yang belum pasti arah sinarnya.

Sa, kau dan aku sama sahaja. Hanya mampu bercerita dan berkongsi, tetapi bukan memutuskan apa penghujung cerita itu. Kita hanya mampu memberi kesimpulan mudah tetapi bukan badan yang menerima bebanannya. Hidup dia tentu lebih sukar dari kata-kata kita Sa.

Dunia makin tua dan semakin sukar untuk aku fahami…

Jam 6.34 petang. Sekali lagi tengok jam, 6.34 petang.
Hari Rabu. Check sekali lagi kalendar meja. Rabu 6 hb Ogos 2008.

Kepala masih serabut lagi. Aku pulak sibuk nak taip entri ni.
Esok ada hal penting, penting bagi jabatan aku.
Staf masih sibuk buat last preparation.

Kerja, sampai mati pun tak habis. Kata orang.
Tapi kalau mati pun belum tentu tak ‘dikerjakan’.
Jadi, kena kerja sampai mati. Ye ke!

Mengeluh…
Jam ditangan pukul 6.34 petang.
Harinya Rabu, 6 hb Ogos 2008.
dan aku masih tercari-cari idea dan buat-buat sibuk taip entri ni.

Kenapa aku buat-buat sibuk taip entri ni?
Alasan, Kit Kat tiada.
Kalau ada Kit Kat aku bolehlah berehat sebentar.

Jam sudah pukul 6.43 petang. Harinya Rabu, 6 hb Ogos 2008.
Mereka pun dah panggil aku semula untuk tanya pandangan.
Rehat sebentar aku sudah habis.

Kan aku dah kata,
Aku berehat sebentar sahaja, tapi tanpa Kit Kat…
ada hanya segelas air manis di atas meja yang masih berasap.

Tolong delete memori anda selepas baca ayat ni:
yang buat dan hantar air pun manis juga – dan aku tidak bermaksud apa-apa.

Lagi satu lupa nak bagi tahu.
Rokok dah nak habis..
Sapa nak jadi mangsa pergi beli,
Su… takkanlah
Biarkanlah, tahan sekejap je sayang SHIMI..

Berkali-kali dah aku kata,
Aku berehat sebentar sahaja, tapi tanpa Kit Kat…
ada hanya segelas air manis di atas meja yang dah kurang berasap.

Aku nak bangkit pergi.
Sambil publish entri ni…
(sambil menghirup air manis tadi yang dibuat dan dihantar oleh orang yang manis)

p/s : ini bukan entri publisiti jenama berbayar.