Cemburu Ke? + 2 Konklusi

Posted: 30 October, 2008 in Cemburu, Emosi, Perasaan, Sentuh Rasa
Atas saranan pakar. Entri ini harus didengar bersama lagu ini. Sila tekan play sambil meneruskan pembacaan anda. Laayann.

bunkface-situasi.m…

Satu hari itu, ada orang es em es kat aku katanya cemburu. Cemburu!!!! sambil muka aku terkejut macam monyet termakan cili (pernah ke).

Tak puas hati. Aku es em es semula. ” Pasal apa cemburu”.

Lagi 15 saat nak 1 minit. Aku terima balasannya. “Kita cemburu la kat awak”.

Dia hantar lagi es em es. “Kita cemburu la dengan sikap awak, cara awak, bla bla bla awak itu, awak ini (dekat 3 depa juga la)”.

Aku dengan konfiden membalas, “Ehh, cemburu tu tandanya sayang kan. Awak sayang kat saya kan”.

“Arghhh! malunya. Malunya pasal saya berperasaan cemburu kat awak”, dia meraung dalam es em esnya walaupun aku tak mendengarinya.

Diam seketika.
Tapi aku tak bagitau balik kat dia yang aku juga malu. Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Aku tanya lagi, “pasal apa cemburu?”.

“Malunya, abaikan es em es itu. Kita tak patut cemburu kat awak. Cemburu kita tak kena dan tak bertempat”, dia es em es nak tutup kes.

“Oh, awak sayang kat sayang kan. Kita tahu”, aku menyakat malunya.

“Ishhk, kalau la kita ada kat depan awak, kita dah tutup muka dah dengan kain. Malu tau”.

“Eh! jangan, nanti nampak yang lain. Lagi malu dan haru jadinya. Lagipun sifu saya kata, tak baik ada rasa malu pasal kalau malu kita kena tunjukkan perkara yang malu-malu itu”, es em es lawak bodoh dengan dia dengan niat murni nak menyakat (sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang).

“Abaikan, abaikan, abaikan es em es kita tu. Kita malu ni”, balasannya cuba meyakinkan aku.

Malangnya, ia dah ter save dalam memori kekal dalam ingatan aku. Button delete pun dah rosak.

Konklusi 1. Dia cemburu. Dia malu. Dia sayang kat aku.

Sekarang aku pulak nak jerit.
Arrggghhhhh!! Ma lu nya a kuuuu….
Aku pun menggayakan rasa malu sambil tersipu-sipu (siap kasi blusher kat pipi kasi nampak macam malu).

Ehh! Ye ke dia cemburu?
Aku pun senyum sambil sambil kembang-kembang hidung yang tak kembang-kembang.

Konklusi 2. Aku masih berharga lagi di pasaran rupa-rupanya.

Amaran : Sila jangan muntah disini!

Comments
  1. Anonymous says:

    kesiankan org yang malu tuh hehehe

  2. malamhari says:

    hahah…entri nie ikhlas….

  3. malamhari says:

    sorry shimi…terposting 2 x…nanti awak delete lee…..
    tapi saya suka entry nie…

  4. blackpurple @ jowopinter says:

    Uweks! He he he [Gurau je weh!]

  5. kingbinjai says:

    wahahahaha

  6. SHIMI says:

    tanpa nama : memang betul2 kesian

    malam hari : ikhlas pada yang mengerti

    jowo pinter : nape muntah jugak

    king binjai : he.he..he (aku)

    tasik merah : godaan x 3

  7. Sastri says:

    salam shimi…

    cemburu bertempat tak apa… yang tak bertempat tu tak digalakkan… :p

  8. SHIMI says:

    sastri : tak pasti tempatnya

  9. Cakap Kosong says:

    lelaki ker pompuan yg cemburu tu, tuan rumah.

  10. Sufi Idany says:

    šŸ™‚ kata org kalu cemburu tandanya sayang…. tu kata org la…. ok laa tu cemburu sikit2…. nak malu apa lak…. huhuh….

    getting fever…. ahaks!!! uwwaaaa

  11. SHIMI says:

    cakap kosong : cemburu = wanita.

    sufi idany : dia malu kerana.. dia cemburukan aku

  12. ku tak sempurna says:

    ihihihihihihihihi…

    terhangat di pasaran šŸ˜€

Leave a comment