Daerah Perbatasan – Edisi Merdeka Ke 51

Posted: 31 August, 2008 in HAMKA, Hidup, Kemerdekaan, Pegangan Hidup, Pengorbanan, Perjuangan

Merdeka itu kebebasan. Merdeka itu sesuatu yang mulia. Merdeka itu wadah pengorbanan mereka yang berani. Merdeka itu perlu meneruskan legasi perjuangan mereka terdahulu. Merdeka itu kita, bukan mereka.

Berapa ramai antara kita yang mahu dan sanggup menghadapi keadaan sedemikian berjuang untuk memperolehi sesuatu kemerdekaan di dalam kekuatan masing-masing. Terfikirkah kita bahawa adakah kita akan setia mempertahankan hak kita sebagaimana mereka ataupun kita akan lari awal lagi menyerah diri. Merdeka itu perlu perjuangan yang berterusan. Gigih, tekad, tabah dan tidak berpatah arang.

Insaflah kita, bersyukur terhadap apa yang kita nikmati sekarang. Pasti sajak dari penulis agung HAMKA ini memberi sesuatu makna dan renungan terbaik kepada kita….

DAERAH PERBATASAN

Kita selalu berada di daerah perbatasan
antara menang dan mati
Tak boleh lagi ada kebimbangan memilih keputusan:
Adakah kita mahu merdeka atau dijajah lagi

Kemerdekaan bererti keselamatan dan bahagia,
Juga kehormatan bagi manusia dan keturunan.
Atau kita menyerah saja kepada kehinaan dan hidup bererti.
Lebih baik mati. Mati lebih mulia dan kekal daripada
terbelenggu dalam penyesalan

Tak boleh lagi ada kebimbangan
ditengah kezalimanterus mengancam
Taruhannya hanya mati.
Kita telah banyak kehilangan:
waktu dan harta, kenangan dan teman setia
selama perjuangan ini.
Apa yang kita capai:
Kemerdekaan buat bangsa, harga diri dan
hilangnya kekuatan dalam kesulitan.

Kita telah tahu apa ertinya menderita
di tengah kelaparan dan putus asa.
Kematian hanya tentangan terakhir
yang sedia kita hadapi
demi kemenangan ini.
Percayalah:
Buat kebahagian bersama
tak ada korban yang cukup berharga
Waktu peluru pertama meledak
Tak ada lagi hari minggu atau malam istirehat

Tangan yang penuh bekerja dan mata berjaga
mengawasi pantai dan langit
yang hamil dengan khianat
Mulut bumi berdiam diri.
Satunya suara
hanya teriak nyawa yang lepas dari tubuh luka,
atau jerit hati mendendam mau membalas
kematian

HAMKA

Salam Merdeka Ke 51. Dirgahayu Malaysia
Bicara merdekaku yang lain disini.
Esok jiwa aku perlu merdeka…

Comments
  1. Tirana says:

    Salam SHIMI.. Selamat Hari Merdeka!!!

  2. SHIMI says:

    Tirana : Terima kasih. Salam merdeka dari segala segi juga

Leave a comment