Archive for the ‘Ujian’ Category

Bila sakit,
kamu mengadu dan mula mengingati Dia
Bila susah dan duka,
kamu juga mula mencari-cari Dia untuk mengadu

tapi bila kamu lepas dari rasa duka dan celaka
kamu mula lupa

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam.
Jika benar ujian kesakitan itu bisa mengugurkan dosa-dosa kecil hamba ini.
Maka aku dambakannya…
walaupun tidak sehebat ujian Nabi Allah Ayub

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

“Siapa saja dikalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pohon menggugurkan daunnya.”
Hadis riwayat Muslim

Bila duduk saja-saja, berkelapangan. Pernahkah kita fikir apa yang kita dah buat sepanjang hari dari segi baik dan buruknya. Pernah kah kita kira sejauh mana kebaikan kita mengatasi perkara buruk yang kita lakukan? Jika dihisab dari segi pahala dan dosa, adakah dacing kira memberat kearah mana? Cuba kita fikir sejauh manakah kita bermanfaat untuk makhluk lain yang bernama manusia sepanjang hari ini?

Renungkanlah dan fikirkanlah.
Siapakah kita dalam satu hari!
Mulakan dengan hari ini

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam
.
.
.
,

dalam sesekali
kamu perlu memikirkan sesuatu yang serius dalam hidup..

Advertisements
Pagi ini, langit menangis. Perlahan rintiknya membasahi bumi. Pagi ini aku sedar dan percaya, Shabira semakin membesar. Gembira dan tak sabar-sabar untuk kesekolah menduduki Ujian Diagnostik Tahun 1. Terlalu cepat masa berlalu..

Dengan apa yang Shabira lalui, aku terlalu bersyukur pada pagi hari ini. Senyumnya tidak memadamkan ingatan aku tentang bertahun sengsaranya dia dengan atopic eczema. Usianya terlalu mentah untuk melaluinya dan mengerti. Masih terngiang tangisan yang mengiringi dan jeritan kesejukan bila tubuh dibasahi air untuk mandi. Kuping-kuping kulit yang gugur dari keseluruhan badan dan muka amat meruntun perasaan pada sesiapa yang melihatnya. Pada kami apatah lagi. Amat sukar untuk kami lalui ujian disaat itu..

Masih segar lagi ingatan aku tentang usaha kami untuk mencari penyembuh. Dari doktor pakar kulit yang menjadikan dia pesakit ujian ubat terbaru di Malaysia yang berharga +/-RM120 untuk satu tiub 5gm hinggalah ke pelbagai jenis perubatan tradisional termasuk yang menggunakan Brylcreem. Memang tak masuk akal pada masa itu, tapi demi Shabira kami logikkan ia sebagai usaha. Harapan ibu bapa yang dalam hatinya berkata “mungkin cara ini agaknya yang Allah tunjukkan agar Shabira menemui penyembuhnya”.

Kata-kata doktor Loh yang bukan hanya sebagai seorang doktor “Beri masa dan bersabar, ia akan sembuh mengikut peredaran masa dan usia”. Ia terbukti dengan izin-Nya.

Kata-kata, petua dan cadangan orang memang mudah pada masa itu, tetapi buat kami yang melaluinya hanya linangan airmata yang dapat menceritakan apabila melihat penderitaan yang dilaluinya. Kami banyak belajar erti tabah, sabar dan pengorbanan dalam tempoh sukar tersebut.

Melihat senyumnya yang terukir dan riak tubuhnya, tidak mungkin dapat meneduhkan rintik hujan dihati yang bertahun dulu menanggungnya. Sukar untuk aku percayainya, apabila melihat Shabira pagi ini. Memeluk erat Shabira dalam pelukan sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kelas. Dalam senyuman dia menjawap pertanyaan aku “Boleh, Aisyah boleh buat test tu”.

Sambil jalan berpimpin tangan. I want to believe….


Aisyah = nama timangan Shabira yang aku beri kerana mengikut nasihat yang nama itu terlalu berat

Gua Kasi Adjust

Posted: 26 November, 2008 in Kata Kata, Luahan, Pegangan Hidup, Rindu, Ujian

hari yang dilalui
tanpa orang yang tersayang dan dirindui
amat menyakitkan
itu kata dia

aku banyak diam dan sedikit menjauhkan diri
sibuk dari kesibukan dia
lega apa yang lalui itu selamat
syukur harus ku panjatkan pada Nya

Lepas semua itu
aku terfikir ayat ini
gua kasi adjust”
patutkah aku adjust
diam, belum fikir apa tindakan susulan

Aku teringat ini

Banyak kelok ke penarik
kelok tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
nan buruk tinggallah disini

memang betul kata dia
hari yang dilalui
tanpa orang yang tersayang dan dirindui
amat menyakitkan
aku pun dah macam mereng sikit

tiba-tiba rasa rindu
rindu pada diri aku sendiri
rindu pada aku yang dulu