Archive for the ‘Santai’ Category

Semalam, sebelah malam aku bukak email aku
Sapa la punya kerja forwardkan satu email kat aku
macam nak pecah perut aku gelak

Korang tengok la sendiri

The Top 4 poses

Pose No. 1

Pose No. 2

Pose No. 3

And the winner goes to…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sapa la punya idea create email nih….
Anyway, terima kasih buat aku tergelak terbahak-bahak
Ini macam punya email pun ada ka..

Aku cadangkan tasik diberi peluang sebagai model pose no. 3
Ada berani tasik…. (tolong sampaikan cabaran gua ye)
Peace no war

Advertisements
Semalam. Malam Tahun Baru. Aku tidak punya jiwa muda untuk keluar menyambutnya. Dari kejauhan hanya memerhati bunga api dari beranda rumah. Jiwa aku sudah tiada lagi disitu, dan zaman itu sudah berlalu.

[+]
Tapi semalam di Palestin, mereka menyambut malam tahun baru dengan bermain ‘bunga-bunga api’ dari Israel Laknatullah.


Semalam. Bakawali aku mekar lagi. Kali ini 3 kuntum mengharum bertepatan dengan malam tahun baru. Moga 2009 aku juga seharum mekar bakawali.

Hari ini aku menghabiskan masa dari awal pagi menikmati keindahan alam di Agrotec Garden Resort, Hulu Langat. Bersama rakan-rakan sekerja. Bermandi manda air sungai yang menyegarkan dan berkawan dengan alam. Damai disini yang jauh dari hiruk pikuk kota. Gembira mereka yang ku dambakan walau ada permulaan yang kurang menyenangkan dihati dengan si dia. Tahun Baru, aku patut memulainya dengan mudah melupakan perkara yang kecil-kecil tu…

Gambar lanjutnya ada di galeri ini

Melaka menjadi destinasi family gathering. Seronok dalam penat. Manusia punya ramai, parking pun susah. Banyak tempat yang nak dilawat tidak seperti yang dirancang kerana tak menjadi . Malas nak q panjang. Apa kejadahnya nak pergi A’Famosa kena parking kat MMC.

Lama dah tak kesini, Melaka memang banyak perubahan semenjak dari zaman persekolahan aku di Moon She. Oleh kerana aku masih dalam kepenatan, jom layan gambar..

Ganaz nyer!

Lepak-lepak at Padang Pahlawan
Lagak hensem la konon
New Kid On The Block @ Klebang = makan-makan

Hero dan aksi yang mengiurkan

[+]
Lagi gambar di SHIMI Gallery

Hari ini aku kerja
Aik! pasal apa orang banyak tak de nih
Oooo! cuti Raya Haji

Aduh! keja ada selambak ni
Nasib kau la Labi pasal apa ko cuti Khamis Jumaat tu hari
sebelum mula keja baik aku menggugel dulu
nak cari lirik lagu ini
(sedap pula aku dengar kat masa dalam kereta tadi)

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata

Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati

Kupegang erat dan kuhalangi waktu

Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat

Ku saat itu takut mencari makna

Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya

Mata terpejam dan hati menggumam

Di ruang rindu kita bertemu

Bertemu

Aku pun layan lagu nih
mula nyanyi pelan-pelan test power
dah konfiden
aku pun layan kuat sikit
sesekali mata tengok lirik

Iklan:
Kita minum dulu
layan nescafe
sedap pulak Ain buat air nih

aku layan balik lagu tu
sesekali mata tengok lirik
Sikit-sikit kuat

tiba-tiba
satu suara sumbang sayup-sayup
dari tepi pintu kaca
“Hei!, tak de keja ke. Kalau suara sedap tak pe la”

Cis, potong stim betul
Tak nampak ke kat meja aku ada dekat 1 tan file
tengah buat keja la ni
apa kau nampak aku tengah jamming ke
atau tengah plucking guitar ke
pegang pensil beb, belek fail

Jeles la tu!
mentang-mentang suara aku tak serupa macam Faizal Tahir
dan suara Faizal Tahir pun tak sama macam aku
apa ingat aku tak de potential ke

wei! tak de law lagi la tak boleh nyanyi kat pejabat
boss ke kuli ke sama je
aku pemimpin yang berjiwa rakyat ok
lain la aku tengah jamming masa kerja ke
atau buat opis aku jadi studio heavy metal
itu Ozzy Osbourne pun marah

ko tak tau ke! ni aku nak bagitau
DIO, TWISTED SISTER, QUIET RIOT, BLACK SABBATH, LED ZEPPELIN, WASP, IRON MAIDEN, WHITESNAKE, AC DC, DEF LEPPARD, G N R, POISON, YNGWIE MALMSTEEN, MOTLEY CRUE, KISS, LOUDNESS, METALLICA dan sewaktu dengannya
(ada kau tak pernah dengar pun)
semua tu zaman aku muda remaja tau
nak aku demo head banging ker
yeh! yeh!
nanti Bandi Amok tak boleh cari makan pulak
woit! jangan pandang sebelah mata ok
jangan tengok macam Jack Sparrow

ada aku nampak macam emosi ker?
tak kan!

Mulut gigit-gigit pensil
mata tengok-tengok kerja
otak pening pening lalat
hati ada geram geram

Ada sesiapa tahu tak
macam mana nak masuk One in Million
ala contest nyanyi-nyanyi tu
baru padan muka aku
menangis Paul Moss dengar suara aku
mungkin nangis lawak kot
baru jadi iklan lawak masa preview nanti

tapi kan,
nak kena bagi gambar ke sebelum audition
gambar ni bole tak?

Digital Camera Fun
Created with dumpr.netphoto fun

Apa kejadahnya!
Ni la kerja aku hari ni
Esok sambung lagi kerja
baki ada suku tan lagi
sumpah esok aku tak nak nyanyi dah
walaupun lagu aku nyanyi tadi tak sezaman dengan aku
biar Faizal Tahir dan Paul Moss menghempas-hempas paksa aku nyanyi
taubat! taubat!
kerja! kerja!

.
.
.
.
.
N

Hari ini selepas berjalan-jalan dengan mereka dan keluarga mereka
aku pun memulakan pertapaan dengan mata terbuka
(mereka pun bertapa juga tapi mata lelap)

aku gugel sana, aku gugel sini
aku pun tak tahu apa yang aku gugel
tapi aku tetap gugel juga

dalam aku mengugel aku jumpa ini disini

UNDERGROUND by Barack Obama

Under water grottos, caverns
Filled with apes

That eat figs.

Stepping on the figs
That the apes

Eat, they crunch.

The apes howl, bare

Their fangs, dance,

Tumble in the

Rushing water,

Musty, wet pelts

Glistening in the blue.

Kemudian aku pun gugel lagi
gugel sana, gugel sini
merata-rata aku gugel
akhirnya aku jumpa ini

Ada kena mengena ke?

Nota kaki obama :
Kalau tak faham apa Obama maksudkan, cari translation disini dan tengok vid ini

Nota kakiku:

Harap maklum. Tiada penganiayaan haiwan yang berlaku ketika proses pembikinan entri ini.

Ini Bukan Contoh Yang Baik!!!

Posted: 18 November, 2008 in Emosi, Santai, Suka-Suka, Usaha
Awat muka hang jadi macam tu?

Rajin hang study no! Awat mata arah lain?

Tu dia, respek habis. Sampai cam tu sekali hang menghafal

Cool aje. Dah habis study kot

Aisyeh! Posing rehat nampak

Aiiyooo!! Amma!! Appa!! Apa sudah jadi?

AMARAN KERAS!
JANGAN SESEKALI MENIRU AKSI INI DIRUMAH ATAU PADA PATUNG-PATUNG BERUANG SERTA YANG SEANGKATAN DENGANNYA!!!

Aksi-aksi selanjutnya yang lebih memberahikan dan mengerikan di sini

Nota : Tensen! esok kena amik ujian IELTS

51-36-23. Bukan ukuran saiz badan, punggung atau sewaktu dengannya. Pingat-pingat Olimpik yang bertaburan di Beijing. China – USA – Russia, mengunggulli tangga 1-2-3 dalam emas. 110-100-72, USA, China, Russia dalam kedudukan keseluruhan pingat. Hari ke-24 bulan Ogos 2008, Olimpik melabuhkan tirainya setelah kurang lebih 17 hari berkampung. Kalau berminat nak tengok apa pingat-pingat yang bertaburan di Beijing tu lihat disini.

Jangan tanya sama itu hud-hud. M.Nasir pun tak tahu cerita nih. Tanya sama itu atlit Malaysia. Hasilnya 1 Perak dan tambah 2 gelaran Datuk termasuk satu yang bakal dianugerahkan. Fuh! Nasib baik Malaysia tak jadi juara. Kalau tak penat jenuh nak buat pencalonan pingat kebesaran. Perbendaharaan Malaysia pun penat nak kira pencen sorang-sorang nanti. Jawapannya minyak kena naik semula walaupun baru turun secoet Sabtu tu hari. Fuh! lega.

Moga offer hadiah jutawan kalau dapat pingat emas masih valid lagi untuk Olimpik akan datang. Congak-congak,ganjaran 1 Mil, pencen RM5K tambah gelaran paling koman pun Dato Seri (pasal pingat Perak pun dapat Datuk). 4 tahun lagi sempat la nak berlatih apa yang patut dan lobi sukan yang aku nak bertanding nanti. Jumpa di London 2012 Summer Olympic Games (Games of the XXX Olympiad) pada 27 Julai hingga 12 Ogos 2012.

Tak boleh berlengah ni, aku kena pi berlatih…
Hola, Citius, Altius, Fortius (Faster, Higher, Stronger)

Pap! Bunyi tangan aku tampar nyamuk.
Waduh! berangan Olimpik lagi aku nih.

nota : Kredit cadangan Logo Olimpik London 2012
dari Wikipedia di sini.