Archive for the ‘Sakit’ Category

Bila sakit,
kamu mengadu dan mula mengingati Dia
Bila susah dan duka,
kamu juga mula mencari-cari Dia untuk mengadu

tapi bila kamu lepas dari rasa duka dan celaka
kamu mula lupa

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam.
Jika benar ujian kesakitan itu bisa mengugurkan dosa-dosa kecil hamba ini.
Maka aku dambakannya…
walaupun tidak sehebat ujian Nabi Allah Ayub

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

“Siapa saja dikalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pohon menggugurkan daunnya.”
Hadis riwayat Muslim

Bila duduk saja-saja, berkelapangan. Pernahkah kita fikir apa yang kita dah buat sepanjang hari dari segi baik dan buruknya. Pernah kah kita kira sejauh mana kebaikan kita mengatasi perkara buruk yang kita lakukan? Jika dihisab dari segi pahala dan dosa, adakah dacing kira memberat kearah mana? Cuba kita fikir sejauh manakah kita bermanfaat untuk makhluk lain yang bernama manusia sepanjang hari ini?

Renungkanlah dan fikirkanlah.
Siapakah kita dalam satu hari!
Mulakan dengan hari ini

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam
.
.
.
,

dalam sesekali
kamu perlu memikirkan sesuatu yang serius dalam hidup..

Advertisements

Hingga Hari Esok

Posted: 17 December, 2008 in Hidup, Nota, Peristiwa, Pesanan, Sakit

Kesihatan hidung tidak mengizinkan
Keselsemaan (amaran : istilah ini tiada pada mana-mana kamus)

Budak nak meningkat dewasa memang selalu kena demam.
Birthday boy yang tak berapa hari lagi
Hingga hari esok, aku mencoret sesuatu lagi disini
Hingga kesihatan hidung aku tidak lagi keselsemaan

Izinkan cucuanda/adinda/kekanda/ayahanda/tokanda/moyanganda berehat dan beradu
(ini ucapan merangkumi semua peringkat pangkat gelaran)

WISHES ALL THE BEST FOR YOU ALL TODAY/TOMORROW
Aku dah makan cold tablet walaupun cuaca disini panas
Salam dan terus tertidur….zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Aku, Semalam dan Hari Ini

Posted: 26 November, 2008 in Aku, Anak, Emosi, Hidup, Kenangan, Luahan, Sakit
Semalam
dengan sendirinya aku mc
sakit gigi yang dah lama
pi dental check up dan tetapkan appointment
next week nak operate geraham bongsu
yang tumbuh lintang pukang
aku tengok sendiri dengan x ray
dan aku baru tahu dentist pun ada x ray
daif dan naif

Semalam
aku dengan sendirinya mc
jalan-jalan sepetang
menuju arah kesitu

“Pasar Raya Besar Gergasi”, Aisyah pantas menunjuk tahap kecekapan membacanya tanpa disuruh

“Ehh, bukan lah! Pasar Raya Kecik Gergasi”, aku cuba menidakkan bacaannya

“Pasar Raya besarlah dia tulis ayah, kalau Pasar Raya kecik, kereta boleh parking satu aje. Semua kecik-kecik aje. Kita tak boleh muat pintu tau”, hujah Aisyah.

“Memanglah ayah, gergasi mana boleh kecik. Kalau tak mesti orang panggil orang kenit. Mestilah dia tulis Pasar Raya Besar Gergasi kat situ”, Farhan membantu hujah Aisyah

“Betullah tu”, ayat aku mengaku kalah. Bijak-bijak, dan aku terkena belanja ayam goreng pakcik berjanggut putih. Bersamanya juga ada hadiah sampingan jam tangan Encik Krab yang tinggal di negeri Bikini Bottom dalam cerita itu.

“Farhan, jam Farhan pukul berapa”, pertanyaan mereka berdua bersilih ganti selang seminit sebaik sahaja aku set dan serahkan harta benda mereka itu

“Eh, kenapa jam Aisyah kata pukul 5.58 tapi jam Farhan 5.59 pulak. Jam ni dah rosak la. Tengok rupa Encik Krab kat jam Aisyah lain sikit dari Farhan punya”.

Malas la nak cerita, kalau tak esok pun tak abis cerita pasal diaorang. Begitulah pertanyaan sesama mereka sampai lewat malam nak tidur.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Hari ini
Aku masih sakit gigi (dengan sendirinya mc)
Masih lagi disibukkan dengan ujian itu
tahap kecekapan bahasa inggeris
+ dengan beberapa agenda yang menuntut masaku
kalau ada rezeki ada la
masih tidak menaruh harapan terlalu tinggi
kerana sponsorship dan sokongan itu lebih penting
kalau orang mahu aku pasti pergi kesitu
walaupun aku hampir ke situ

terdengar lagu ini
terasa macam nak layan
waktu-waktu aku sakit gigi ni
layannnn!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Dirimu seumur hidupku

Mendengarnya
aku bertambah sakit
dan moga dia turut mendengar

Hikmah [Fikirkan]

Posted: 10 September, 2008 in Hikmah, Jiwa, Kata Kata, Positif, Renungan, Sakit

Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepandaian yang dimilikinya. Hati menyatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi dan memusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci dan membenci. Positif., sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang difikirkan.

Semalam aku masih kerja. Tapi aku demam, aku perlu rehat. Aku mahu tidur. Zzzzzzzzzz sehingga sihat. Kalau tak sihat Zzzzzzzzzz lagi dan lagi. Tapi hari ini aku dah sihat.

Halwa mata Shimi Gallery :
Kedah @ Sg Petani – Tg Dawai – Jitra
Flourishing Bakawali

Termenung dan merenung. Bermuhasabah apa yang telah berlaku 3-4 hari ini. Benar. Jika kita mahu sibuk, maka kesibukan itu akan ada sentiasa bersama kita. Kesibukan jugalah yang akan melalaikan kita. Mungkin terpakai pada kondisi tertentu.

Hati melawan. “Siapa yang mahu dirinya sibuk, semua mahu goyang kaki cukup masa dapat duit”. Tapi tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan itu adalah amanah yang besar. Tempoh kerja 17 jam itu memang waktu yang sukar bagi sesiapapun. Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ia lebih sukar dilalui. Ia bukan alasan pada dia.

Pujian berhamburan petang itu. Lebih-lebih lagi ia datang dari Big Boss. “Bukan saya, tapi mereka yang sepatutnya menerimanya”, dia mengkesampingkan pujian diterima. Petang itu juga dia dan mereka bersyukur dan bersalaman gembira. Rasa penat itu hilang dalam kegembiraan dan apresiasi. Puas.

Dia juga pulang dengan lapang dada. Amanah itu terlaksana sebaiknya. Di dalam selimut tebal melepas lelah dan demam yang berlarutan 3 hari itu, dia masih mampu tersenyum. Senyum terbayangkan muka-muka yang tersenyum gembira.

Disebalik sedikit dugaan Ilahi itu, nikmat yang lebih besar dia rasai. Rasa kasih sayang manusia, rasa kepuasan diri dan rasa gembira.

Pagi ini umpama ada kenduri pot luck. Masing-masing dengan juadah istimewa. Jabatan itu satu-satunya jabatan yang gembira. Moga ia kekal begitu. Hormat dan pujian itu diperolehi bukan kerana jawatan atau status tetapi sikap dan teladan.

Dia senyum pada mereka dan terus percaya, “There are no bad soldiers, just bad leaders”

Sihat Kaa…

Posted: 27 July, 2008 in Hidup, Rasional, Sakit
Di sebuah klinik dipinggir kota. Kelihatan beberapa pelanggan sedang menunggu si doktor yang belum kunjung tiba.

Si doktor pun tiba, keluar dari keretanya dan bergegas masuk ke dalam klinik.
Maka si pelanggan dalam katogeri regular ni pun menyapa ” Morning doktor, how are u”.

Dengan senyuman memikat hati pelanggan si doktor pun pun membalas sapaan tadi ” Baik!, sihat kaa..”.

Dalam hati pelanggan (mungkin), “Kalau aku sihat takkan aku ada kat klinik ni”.

Maka, beberapa urusniaga pun berjalanlah pada pagi itu disebuah klinik. Si pelanggan memberi untung dan si doktor memperolehi untungnya. Dunia ada give and take….

SHIMI Gallery : Tragedi

Aku Diarrhoea

Posted: 17 July, 2008 in Dugaan, Kasih Sayang, Rehat, Sakit
Letih, lesu dan lemah. Ke klinik pagi tadi, cuti sakitnya 2 hari bersama bekal ubat yang sebeban. Masih ada rahmat Allah dalam kurniaan dugaan kesakitan ini. Terima kasih sayang, kerana melayani diri ku ini sebaiknya juga umpama raja. Kaulah segala-galanya dalam hidup ku.

Aku masih letih, lesu dan lemah. Aku mahu rehat..