Archive for the ‘Renungan’ Category

Jumaat tiba lagi.
Sedikit tazkirah moga jadi renungan dan bisa melembutkan hati-hati kamu.

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk dan kejadian alam berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, gunung dan lembah, matahari dan bulan, serta seterusnya. Disebalik semua itu tersembunyi dengan nyata jutaan hikmah yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan-Nya. Satu contoh fitrah kejadian manusia, dijadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki dengan 9/10 akal dan 1/10 malu.

Dengan kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga dan pelindung bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; sepertimana dalam hal penyaksian. Walaupun kurang dari segi pengukuran akalnya, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Tapi semua itu mungkin tidak lagi sekarang, wanita yang sepatutnya malu sudah tiada rasa malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal sudah hilang pertimbangan akal mereka. Fenomena perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Maka mungkin kamu perlu melihat dalam diri kamu sendiri. Kadang-kadang kebenaran itu amat pahit untuk ditelan dan diterima.

Tepuk dada, tanya iman.
Apa lu mau jadi dan destinasi yang lu mau tuju?

Advertisements
hensem tak ayam yang aku cari kat google nih
wah…wah….wah… (gua tak sebut barua ok)
jeng..jeng…jeng… (gua tak sebut anjing ok)
hari ini mood nak umpat mengumpat. Ala ala Mat Kepoh

mesti lu orang ada tengok Berita TV3 itu hari.
ala… cerita tempat memproses ayam yang tidak menyembelih dengan betul
siap keluar surat khabar lagi.
Ala.. yang tajuk berita tu macam ni la lebih kurang

Majlis Agama Islam Selangor merampas lebih kurang 1800kg BANGKAI AYAM

diulangi kata kuncinya, BANGKAI AYAM

patut la semenjak dua menjak ni rasa ayam semakin sedap
ramai yang memuji-muji, tergila-gila mendapatkannya
ayam cucuk pun bercampur sekali
mana lu orang perasan dah, sampai pasar semua dah siap potong

terbaru dan terkini, harga ayam semakin murah
tak payah buat bantahan untuk turunkan harga ayam
pagi…. ayam
tengahari….. ayam
petang…… ayam
malam….. ayam

maka aku telah merumuskan
ciri-ciri dan cara-cara penyediaan untuk meningkatkan kesedapan ayam
(rahsia ini tidak terdapat dimana-mana buku resepi dan diajar oleh mana-mana chef)

1. Cari ayam-ayam yang tidak sembelih dengan betul. Cincai lagi bagus
2. Ayam yang lepas sembelih dicampak begitu aje. Warna dia lebam lagi menarik
3. Cari ayam yang berbau sikit hasil dari longgokan dilantai. Membangkitkan aroma tu..
4. Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai

Memang untung orang di KL dan Selangor ni. Bekalan ayam dia sentiasa cukup, sedap dan amat-amat-amat-amat berkualiti. Memenuhi selera tekak. Tak payah susah nak fikir ayam disembelih dimana, oleh siapa, cara penyediaannya. Apa perlu difikir cari duit, buka dompet, hulur dan bawa balik ayam amat-amat-amat-amat berkualiti untuk disumbatkan kepada tekak-tekak yang ada dirumah. Untung memang untung orang bandaraya.

Orang lain negeri jangan cemburu ok.
Cuba-cubalah korang cari kaum kerabat tempat sembelihan yang TV3 bagitau tu
suruh buka cawangan kat tempat korang pulak
barulah dinamakan nikmat sama dikongsi dibumi yang makmur ini
ataupun suruh orang-orang rumah sembelihan tempat korang
tiru stail dan modus operandi yang diaorang buat tuh..

Pesan khidmat masyarakat :
Adakah korang pasti ayam korang makan disembelih dengan betul
Mematuhi hukum dunia dan akhirat
Lu makan lu fikirkanlah
tekak lu, selera lu….

Lu punya duit, ikut sukalah lu nak beli ayam jenis apa
Aku buat apa nak sibuk-sibuk pulak.. kan..kan..
Gua punya blog, ikut sukalah gua nak tulis apa…. kan.. kan..

Kepada yang masih tidak berkesempatan menyaksikan betapa beruntungnya orang di KL dan Selangor dari segi memperolehi bekalan ayam, sila tengok betul-betul. Nyam..nyam, amat menyelerakan

wah…wah….wah… (gua tak sebut barua ok)
jeng..jeng…jeng… (gua tak sebut anjing ok)
hari ini aku berjaya dalam misi sebagai Mat Kepoh

sekian,
Karam Yang Tak Karam-Karam melaporkan

Jika kamu rasa diri kamu sentiasa betul,
maka kamu harus diperbetulkan
dan dibuat pembetulan

Upin dan Ipin pun menyampuk, “Betul!, betul!, betul”.

Mungkin kamu biasa dengan quote ini,
“Betulkan sikap kamu, dan segalanya akan jadi betul”

Jika kamu rasa diri kamu sentiasa betul,
maka kamu harus diperbetulkan
dan dibuat pembetulan

Upin dan Ipin pun menyampuk, “Betul!, betul!, betul”.

Mungkin kamu biasa dengan quote ini,
“Betulkan sikap kamu, dan segalanya akan jadi betul”

Kredit imej pada BAAS Art Gallery

Bila mendongak ke langit, apa yang kamu lihat?
Bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
Layakkah kamu dipayungi oleh semua itu?

Bila kamu tunduk ke bawah, apa yang kamu nampak?
Rumput, tanah, pepasir, air atau kaki kamu yang bersepatu
Layakkah kamu untuk memijak dan melangkah diatasnya?

Bila kamu menutup mata, apa yang kamu rasa?
Udara yang berhembus yang meresapi liang dada.
Layakkah kamu untuk menghirupnya?

Kamu manusia yang berada diantaranya. Mengejar cita, mengejar nikmat dari Dia. Terlalu banyak yang telah melimpahi kamu hingga kadang terlupa erti syukur. Tiada erti mengenang budi bahkan mungkin noda yang kamu balasi.

“Kejam, tidak berhati perut dan tidak mengenang budi”, mungkin itu yang kata-kata yang terhambur dari mulut manusia jika kamu lupa diri. Tapi bagaimana kata-kata nista yang harus dihamburkan apabila kamu lupa diri pada Maha Pencipta?

Hari ini, esok atau seterusnya selagi nafas ada,
aku masih lagi dipayungi bulan, bintang, awan, mentari atau pelangi.
aku masih lagi memijak rumput, tanah, pepasir, air dengan atau tanpa sepatu dikaki.
indahkan…!

Aku cuba memahami, kenapa pepatah Melayu berkata,
“dimana langit dijunjung, disitu bumi dipijak”

tapi itu dengan redha-Nya…

Dari Ibnu Umar r.a. beliau berkata, “Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda : Hiduplah engkau didunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu”.

Ibnu Umar r.a pernah berkata, “Apabila engkau berada diwaktu petang, maka jangan engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada diwaktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk masa matimu”.

Hadis riwayat Imam Bukhari di dalam Hadis 40 susunan Imam Nawawi

Sabda Rasulullah SAW maksudnya,

“Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata; “Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya juga akan berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya juga akan berbuat jahat. Tapi biasakanlah diri kamu, jika orang berbuat baik, maka berbuat baiklah, dan jika merek berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka”.
Hadis riwayat At-Tirmizi

Berikanlah ruangan dalam hidupmu untuk merenungkannya. Berikanlah masa untuk akal berfikir dalam mencari perjalanan terbaik hidupmu. Moga kamu beroleh kebaikannya.

Kredit dan download pdf hadis 40 susunan Imam Nawawi disini

Hijrah Aku dan Kamu

Posted: 29 December, 2008 in Aku, Azam, Hidup, Kamu, Kata Kata, Renungan, Tekad
Hijrah. Terlalu banyak yang diperkatakan tentangnya pada Hari Tahun Baru Hijrah ini. Penuh keazaman, nasihat dan susunan kata-kata bercorak ilmiah. Mungkin begitu juga pada majlis-majlis yang dianjurkan dengan bertemakan “Menjana Ummah Gemilang”. Ada diantaranya terlalu klise pada kita.

Hijrah dalam ertikata aku!

Hijrah bukan sekadar mengingati penghijrahan Rasullulah SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun ke 622 Masehi. Hijrah mungkin bukan hanya berkisar perpaduan dan penyatuan diantara Muhajirin dan Ansar. Hijrah memerlukan pengertian yang lebih besar untuk kita fahami dan menjadi iktibar. Hijrah kita dalam kehidupan seharian.

Tidak dijadikan sesuatu itu selain dari memberi petunjuk kepada kita. Hijrah berkait rapat dengan tekad dan keazaman. Berapa sanggup untuk kita merelakan diri kita berubah kearah yang lebih baik. Terlalu luas pengertian yang dapat diperkatakan. Hidup perlu lebih kiasu dan tidak lesu.

Perkataan memang indah, pelaksanaan tidak semudah itu. Ambillah itu semua sebagai satu iktibar dalam hidup serta dapat memberi panduan kepada kita. Mungkin ketibaan tahun baru ini memberikan kita keazaman baru. Satu anjakan yang mungkin bukan semata untuk kita tetapi untuk masyarakat dan orang yang kita sayangi. Ironinya, jika setiap tahun kita mampu berhijrah pada suatu perkara yang lebih baik, maka sekurang-kurangnya kita akan dapat 50 kebaikan seumur hidup. Itu perkiraan mengikut purata umur rakyat Malaysia sekarang. Bukankah itu pencapaian yang membahagiakan dan membanggakan dalam hidup.

Ingatlah! hidup hanya sekali tetapi tidak bererti boleh lupa diri. Mungkin lebih baik kita berhijrah semasa ada kesempatan usia di muka bumi sebelum kita berhijrah ke dalam bumi.

Salam Maal Hijrah 1430H

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Sembah takziah di atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008 jam 11.45 pagi. Istiadat pemakaman pada 29 Disember 2009. Moga roh Almarhum Baginda di cucuri rahmat Allah.
Al Fatihah