Archive for the ‘Puisi’ Category

Hari ini selepas berjalan-jalan dengan mereka dan keluarga mereka
aku pun memulakan pertapaan dengan mata terbuka
(mereka pun bertapa juga tapi mata lelap)

aku gugel sana, aku gugel sini
aku pun tak tahu apa yang aku gugel
tapi aku tetap gugel juga

dalam aku mengugel aku jumpa ini disini

UNDERGROUND by Barack Obama

Under water grottos, caverns
Filled with apes

That eat figs.

Stepping on the figs
That the apes

Eat, they crunch.

The apes howl, bare

Their fangs, dance,

Tumble in the

Rushing water,

Musty, wet pelts

Glistening in the blue.

Kemudian aku pun gugel lagi
gugel sana, gugel sini
merata-rata aku gugel
akhirnya aku jumpa ini

Ada kena mengena ke?

Nota kaki obama :
Kalau tak faham apa Obama maksudkan, cari translation disini dan tengok vid ini

Nota kakiku:

Harap maklum. Tiada penganiayaan haiwan yang berlaku ketika proses pembikinan entri ini.

Advertisements

Hidup Ini Memang Indah

Posted: 24 June, 2008 in Duniawi, Hidup, Indah, Kesibukan, Puisi

Sesungguhnya hidup ini memang indah
Kalau kena caranya
Sesungguhnya hidup ini memang indah
Jikalau kita sentiasa bersyukur
Sesungguhnya hidup ini memang indah
Kalau kita sentiasa berada di jalan yang lurus
Sesungguhnya hidup ini memang indah
Jika kita memahami erti keindahan hidup yang sebenarnya

Sebenarnya aku tak tahu apa yang nak ditulis untuk entri kali ni. Sibuk dengan urusan pejabat dalam minggu ni. Banyak sangat presentation dan meeting.
Ku tinggalkan kalian dengan petikan puisi ini;

Puisi Ralph Waldo Emerson

Untuk ketawa tanpa was-was kerap kali:
Untuk menghargai kecantikan:
Untuk menemui ibu-ibu yang terbaik:
Untuk meninggalkan dunia dalam keadaan yang lebih baikĀ…
Untuk mengetahui yang hidup saya menjadi lebih bahagia kerana anda hidup: Itulah makna kejayaan.

Kredit puisi kepada Dunia Penyair