Archive for the ‘Luahan’ Category

hensem tak ayam yang aku cari kat google nih
wah…wah….wah… (gua tak sebut barua ok)
jeng..jeng…jeng… (gua tak sebut anjing ok)
hari ini mood nak umpat mengumpat. Ala ala Mat Kepoh

mesti lu orang ada tengok Berita TV3 itu hari.
ala… cerita tempat memproses ayam yang tidak menyembelih dengan betul
siap keluar surat khabar lagi.
Ala.. yang tajuk berita tu macam ni la lebih kurang

Majlis Agama Islam Selangor merampas lebih kurang 1800kg BANGKAI AYAM

diulangi kata kuncinya, BANGKAI AYAM

patut la semenjak dua menjak ni rasa ayam semakin sedap
ramai yang memuji-muji, tergila-gila mendapatkannya
ayam cucuk pun bercampur sekali
mana lu orang perasan dah, sampai pasar semua dah siap potong

terbaru dan terkini, harga ayam semakin murah
tak payah buat bantahan untuk turunkan harga ayam
pagi…. ayam
tengahari….. ayam
petang…… ayam
malam….. ayam

maka aku telah merumuskan
ciri-ciri dan cara-cara penyediaan untuk meningkatkan kesedapan ayam
(rahsia ini tidak terdapat dimana-mana buku resepi dan diajar oleh mana-mana chef)

1. Cari ayam-ayam yang tidak sembelih dengan betul. Cincai lagi bagus
2. Ayam yang lepas sembelih dicampak begitu aje. Warna dia lebam lagi menarik
3. Cari ayam yang berbau sikit hasil dari longgokan dilantai. Membangkitkan aroma tu..
4. Lain-lain perkara yang difikirkan sesuai

Memang untung orang di KL dan Selangor ni. Bekalan ayam dia sentiasa cukup, sedap dan amat-amat-amat-amat berkualiti. Memenuhi selera tekak. Tak payah susah nak fikir ayam disembelih dimana, oleh siapa, cara penyediaannya. Apa perlu difikir cari duit, buka dompet, hulur dan bawa balik ayam amat-amat-amat-amat berkualiti untuk disumbatkan kepada tekak-tekak yang ada dirumah. Untung memang untung orang bandaraya.

Orang lain negeri jangan cemburu ok.
Cuba-cubalah korang cari kaum kerabat tempat sembelihan yang TV3 bagitau tu
suruh buka cawangan kat tempat korang pulak
barulah dinamakan nikmat sama dikongsi dibumi yang makmur ini
ataupun suruh orang-orang rumah sembelihan tempat korang
tiru stail dan modus operandi yang diaorang buat tuh..

Pesan khidmat masyarakat :
Adakah korang pasti ayam korang makan disembelih dengan betul
Mematuhi hukum dunia dan akhirat
Lu makan lu fikirkanlah
tekak lu, selera lu….

Lu punya duit, ikut sukalah lu nak beli ayam jenis apa
Aku buat apa nak sibuk-sibuk pulak.. kan..kan..
Gua punya blog, ikut sukalah gua nak tulis apa…. kan.. kan..

Kepada yang masih tidak berkesempatan menyaksikan betapa beruntungnya orang di KL dan Selangor dari segi memperolehi bekalan ayam, sila tengok betul-betul. Nyam..nyam, amat menyelerakan

wah…wah….wah… (gua tak sebut barua ok)
jeng..jeng…jeng… (gua tak sebut anjing ok)
hari ini aku berjaya dalam misi sebagai Mat Kepoh

sekian,
Karam Yang Tak Karam-Karam melaporkan

Advertisements

Aku Disini

Posted: 5 March, 2009 in Aku, Kehidupan, Luahan
Imej dari Google

Berada disini,

Aku sebenarnya bermain dengan jiwa, mencipta perasaan. Menulis dengan sesuatu yang bermain di hati. Ada rasa suka, sesekali meluahkan rasa duka dan bermain dengan ayat-ayat yang menggambarkan perasaan yang bercampur baur mengikut keadaan.

Berada disini,

Kadangkala rasa sedih mampu bertukar jadi gembira. Penuh semangat yang tidak mampu digambarkan. Mampu menjadikan diri lebih optimis dan tidak terlalu pesimis. Mengajak insan yang lain memahami sesuatu yang tidak mereka lalui, atau sebaliknya. Tidak mengira berapa ramai pengunjungnya dan itu semua itu melalui tinta ini. Dilaman ini.

Berada disini,
Aku merasakan betapa ajaibnya hidup ini. Hidup dan perasaan yang diwakili oleh abjad-abjad tersusun. Berjumpa, bersua dan berkongsi tanpa kenal rupa paras. Aku banyak mengerti, ajaib ilmu Allah itu datang dalam segala bentuk yang tidak dapat diandaikan.

Berada disini,

Sesekali hidup yang susah dan gusar terasa seakan mudah, menyenangkan dan amat mengghairahkan. Amat berlapang dada dan penuh prasangka baik. Waktu disini terus berjalan dan berlalu dengan tinta luahan rasa yang mengisi lamannya.

Berada disini,
Aku menikmati kata-kata itu,
Sesungguhnya Hidup Ini Memang Indah“.

Dengan izin-Nya aku akan terus berada disini, mengisi ruang waktu hidup ini….

Once you have loved, you always love. For what’s in your mind may escape but what’s in your heart will remain forever

Aku diam dan merenung jauh maksud patah perkataan pada ayat-ayat itu hingga saat ia dipublish. Ada pelajaran dan pengajaran dari dia…

Perasaan.

Luahannya membuatkan aku terdiam. Biar pedih tapi itu kenyataan tentang aku. Akur, kerana mengejar sesuatu aku mungkin telah mengabaikan beberapa perkara. Remeh tetapi penting. Kehendak yang menjadi keperluan. Terfikir-fikir tentang kealpaan diri. Dunia banyak menjadikan aku berubah.

.
.
.
Masa.

2009 menjanjikan aku 1001 macam cabaran. Anjakan yang memerlukan perubahan perjalanan hidup. Semua itu menanti untuk aku laluinya. Waktu bergerak terlalu laju dan semakin membataskan aku untuk kerap meluah rasa disini. Tidak seperti selalunya, kerana perubahan itu perlu dan ia datang dan pergi. Bukan penghujung tetapi permulaan sesuatu yang baru. Tabah, sabar dan kuat jadi pelindung. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat meluah rasa.

.
.
.
Kasih.
Matanya hari ini tidak secantik semalam dan dahulu. Bengkak sebab kealpaan dan ketaksuban aku. Gembira semalam pada hari pertama persekolahannya, menjadikan Shabira agak sayu hari ini. Syukur setelah si puan doktor di UMMC memberi jaminan tiada apa-apa sekadar alergi. Kasih ayah sepanjang hayat, kasih ibu membawa ke syurga.
.
.
.
.
.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mentafsir pada benda yang terang nyata. Jelas pada pandangan mata hati tetapi tidak pada mata kasar. Itu namanya hidup….

Tidak mulut bermain kata, jika hati tidak menurutinya
Tidak hati rasa gembira, jika tidak kena harinya

Seperti tercatat pada Sijil Kelahiran
dengan waktunya pada jam 11.05 malam
Maka ini harinya
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AKU

Seperti pertanyaan klise
Apa yang dihajati pada Hari Lahirmu?
Aku cuma mahu kehidupan yang aman, selesa dan diberkati
Punyai rasa hati yang menyayangi
Merasa diri disayangi
Berkesempatan melihat anak-anak membesar dan berjaya
Ketenangan dalam hidup yang seterusnya

Terima kasih mak!
kerana melahirkan aku
Terima kasih Allah!
kerana memberi kehidupan ini kepada aku

Sudah banyak tahun jumlah hari lahir yang ku lalui
Sudah banyak cerita disebaliknya ku tempuhi
Di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi

Seperti pepatah Buya Hamka,

Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Tidak usah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati…

[+]

Terharu.

Dipejabat tengahari tadi, staf memberi kejutan dengan menyediakan kek harijadi termasuk pakej nyanyian. Memang teharu. Ingin aku rakamkan ucapan terima kasih tak terhingga dari aku. Memang hari ini aku penuh dengan senyuman

Luahkanlah walaupun ia lazat
Telankanlah walaupun ia pahit
Sedar, bahawa dihadapan itu
Ada bayang disebalik kegelapan
Cerita dari satu kegusaran
Merintih di dalam penjara jiwa
Perlu…perlu…. perlu
Keluar dari cahaya samar hidupmu

Wahai jiwa santapan kepalsuan
Wahai rasa mirip kejujuran
Lemparkanlah topeng lakunanmu
Bersihkanlah….
Agar kembali wajahmu sebenar
Dari kelazatan itu terselit bisa racun
Sebalik kepahitan memberi penawarnya

Jiwa, rasa dan hati kau perlu tahu
Jiwa, rasa dan hatimu perlu tekad
Satu sketsa dalam panggung hidup ini
Penghujungnya adalah
Tamat.

Aku
26 Ogos 1997 – 1218 a.m
Kuala Lumpur

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Minggu-minggu di dalam yang aku lalui di bulan Disember ini amat menyenangkan. Mungkin disember ini amat sinonim dengan sesuatu tentang aku. Disember tidak bermaksud pengakhiran. Percayalah aku memulai hidup ini pada Disember…

Perkongsian Rasa

Posted: 15 December, 2008 in Hidup, Luahan, Perkongsian, Positif, Sentuh Rasa
Semalam dengan satu kejutan. Aku terima ini, mungkin dengan harapan agar aku dapat berkongsi rasanya di laman ini. Aku tidak pasti kenapa dia berbicara dan ingin meluahkan kata-kata sebegitu. Tapi sebaliknya aku cepat sedar bahawa hidup ini merupakan perkongsian. Sebagaimana dia berkongsi rasa denganku.

I.

Naluri seorang insan amat suka mengingati kenangan silam. Jika dibanding dengan kenyataan hidup, rindu itu lebih kuat pada kenangan lalu. Perjalanan hidup menjadikan insan itu sentiasa hidup dalam kenangan silam. Merindui kenangan silam dan menyayangi kenyataan hidup.

II.
Mengapa detik ini aku begitu terkenang insan yang telah lama aku tinggalkan. Yang dahulu telah ku nafikan akan haknya. Kini aku mencari-cari kewujudannya disebalik timbunan memori. Nyata aku masih merindu memori bersamanya. Tapi sayangnya, hati ini tidak lagi saling memiliki.

III.

Sayang adalah perasaan. Sayang bukan harus bersama. Tapi harusnya manusia bersama kerana sayang. Ku izinkan dia menyayangiku sebagaimana dia izinkan aku menyayanginya. Aku sayang padamu, sayang.

nukilan hati – Nina Pipa

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Aku tidak mahu berkata apa-apa kerana aku tidak mampu menafsirkan apa yang tersirat dari apa yang tersurat. Perkongsian rasa tidak perlu banyak rasa negatif di hati a.k.a curiga. Seperti bicara itu, menerima tanpa syarat.

Aku dan kamu mungkin berbeza, tapi punyai naluri yang sama.
Cukuplah jika aku mampu membuatkan dia rasa tersenyum disini…