Archive for the ‘Kenangan’ Category

Be or not to be

Posted: 26 March, 2009 in Aku, Cinta, Dia, Emosi, Kenangan, Suatu Masa Dahulu
Ketawa dan menangis sesuatu yang abstrak dalam hidup. Tona warna dalam lakaran lukisan kehidupan. Kamu boleh ketawa dalam keadaan bersedih, dan adakalanya kamu boleh menangis kerana terlalu suka.

Kalau aku mampu. Aku akan duduk memetik gitar. Mengalunkan lagu-lagu hati walaupun tidak selunak suara Yuna. Mencurahkan kesedihan hati dalam riak muka gembira. Yang sebenarnya aku bermain dengan perasaan dengan orkestra muzik dihati. Mungkin kerana itu, dahulu aku melayan jiwa dengan mencari kemeriahan malam.

“Biarlah, yang dah berlalu tetap berlalu. Salah aku juga, kerana tidak berani meluahkan perasaan. Kami hanya mesra tetapi tidak cukup akrab”, Sa mengungkapkan perasaannya.

Cinta datang bersilih ganti. Cuma kenangan tetap terpaut pada kali pertama hati terdetik. Tidak semua yang diimpikan itu akan terjadi. Telah tercatat takdir semua itu di Loh Mahfuz.

Kini semua itu tidak bisa membuatkan aku ketawa dalam duka dan menangis dalam gembira. Betul kata hati, aku dan dia sudah memiliki dan dimiliki…
Lets it left behind….

Advertisements

Kehilangan

Posted: 7 March, 2009 in Emosi, Ilahi, Kehilangan, Kenangan, Sedih, Tabah
kredit imej dari fajaril.net

Al Fatihah. Amir Yusuf telah kembali ke rahmatullah pada 6 mac 2009 jam 12.51 tengahari waktu Glasgow (8.51 malam waktu Malaysia). Itu aku baca dari sini. Satu kejutan bagi aku yang mengikuti kisah Amir Yusuf dari sejak mula dilahirkan. Moga Fajar sekeluarga diberi ketabahan dan kekuatan oleh Allah SWT.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Jika kau hanya merasa sedihnya, maha berat rasa yang mereka tanggung. Jika kau merasakan kehilangannya, lagi siksa mereka yang melihatnya tiada.

Kehilangan, bukan satu perkataan yang disukai oleh sesiapapun. Apatah lagi untuk menempuhi dan mengalaminya. Pedih, sedih, duka dan pilu antara rasa yang hadir bersama. Amat sukar untuk melupakan, apatah lagi setelah mempunyai kenangan sekian lama. Itu semua rasa yang pernah aku rasa, bila kehilangan orang yang tersayang. Moga Allah merahmati dan memberi ketabahan kepada mereka yang merasai kehilangan itu.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Daku kini menangis
Dikau kini tlah pergi
Memberi seribu duka

Lara aku kehilangan dikau
Selamanya takkan melihat
Hadirmu seperti dulu
Aku kehilangan

Daku tulus berkata
Ucap terima kasih
Segala pengorbanan cinta

Lara aku kehilangan dikau
Selamanya takkan melihat
Hadirmu seperti dulu
Aku kehilangan

Christina – Kehilangan (OST Heart)

Mungkin kerana mood AJL
aku terasa seakan dekat dengan lagu ini
sesuatu yang pernah aku rasakan suatu masa dahulu
dalam hidup mengejar erti dewasa
belajar mengenal erti cinta

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Faizal Tahir – Cuba

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas untuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang untuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

cuba untuk melupakannya
tidak mudah
tapi tanpa kamu juga
aku telah punya kehidupan baru

memang dalam hidup dan cinta
perlu banyak mencuba

Bertanya kenapa?
Kalau cinta itu indah,
kenapa masih banyak yang terluka
Kalau cinta itu pedih,
kenapa masih banyak yang menyanjunginya

dan jawapnya ada pada aku dan kamu
yang melaluinya…
malam ini,
aku cuba melayan rasa hati ini

nota kaki : jangan sesekali kamu berani untuk cuba buka baju atau zip bila layan lagu ini!

Aku, Semalam dan Hari Ini

Posted: 26 November, 2008 in Aku, Anak, Emosi, Hidup, Kenangan, Luahan, Sakit
Semalam
dengan sendirinya aku mc
sakit gigi yang dah lama
pi dental check up dan tetapkan appointment
next week nak operate geraham bongsu
yang tumbuh lintang pukang
aku tengok sendiri dengan x ray
dan aku baru tahu dentist pun ada x ray
daif dan naif

Semalam
aku dengan sendirinya mc
jalan-jalan sepetang
menuju arah kesitu

“Pasar Raya Besar Gergasi”, Aisyah pantas menunjuk tahap kecekapan membacanya tanpa disuruh

“Ehh, bukan lah! Pasar Raya Kecik Gergasi”, aku cuba menidakkan bacaannya

“Pasar Raya besarlah dia tulis ayah, kalau Pasar Raya kecik, kereta boleh parking satu aje. Semua kecik-kecik aje. Kita tak boleh muat pintu tau”, hujah Aisyah.

“Memanglah ayah, gergasi mana boleh kecik. Kalau tak mesti orang panggil orang kenit. Mestilah dia tulis Pasar Raya Besar Gergasi kat situ”, Farhan membantu hujah Aisyah

“Betullah tu”, ayat aku mengaku kalah. Bijak-bijak, dan aku terkena belanja ayam goreng pakcik berjanggut putih. Bersamanya juga ada hadiah sampingan jam tangan Encik Krab yang tinggal di negeri Bikini Bottom dalam cerita itu.

“Farhan, jam Farhan pukul berapa”, pertanyaan mereka berdua bersilih ganti selang seminit sebaik sahaja aku set dan serahkan harta benda mereka itu

“Eh, kenapa jam Aisyah kata pukul 5.58 tapi jam Farhan 5.59 pulak. Jam ni dah rosak la. Tengok rupa Encik Krab kat jam Aisyah lain sikit dari Farhan punya”.

Malas la nak cerita, kalau tak esok pun tak abis cerita pasal diaorang. Begitulah pertanyaan sesama mereka sampai lewat malam nak tidur.

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*

Hari ini
Aku masih sakit gigi (dengan sendirinya mc)
Masih lagi disibukkan dengan ujian itu
tahap kecekapan bahasa inggeris
+ dengan beberapa agenda yang menuntut masaku
kalau ada rezeki ada la
masih tidak menaruh harapan terlalu tinggi
kerana sponsorship dan sokongan itu lebih penting
kalau orang mahu aku pasti pergi kesitu
walaupun aku hampir ke situ

terdengar lagu ini
terasa macam nak layan
waktu-waktu aku sakit gigi ni
layannnn!

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku

Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Dirimu seumur hidupku

Mendengarnya
aku bertambah sakit
dan moga dia turut mendengar