Archive for the ‘Keluarga’ Category

Us Hour

Posted: 29 March, 2009 in Aku, Hujung Minggu, Keluarga, Peristiwa, Suka-Suka

Aku menyahut kempen global Earth Hour 2009

8.29 pm
57..
58..
59..

lampu rumah aku terpadam
seketika berubah jadi gelap dan sunyi
duduk diam-diam menyesuaikan pandangan

Farhan : Ayah kat mana?

Aku : Kat sini..

Farhan : Ayah buat apa?

Aku : Tak buat apa…

Duduk diam-diam, sambil tengok-tengok pemandangan

8.35 pm
.
.
8.40 pm

Farhan : Ibu kat mana?

Sayang : Kat sini..

Farhan : Ibu buat apa

Sayang : Duduk-duduk dengan ayah
.
.
8.45 pm

Sayang : ehh!, apa raba-raba ni..

Farhan : Kenapa ibu?

Aku : Bukan raba-raba la, cari pemadam..

.
.
9.25 pm
.
.
9.30 pm

Farhan : Ayah, kenapa dah pukul 9.30 tak buka lampu lagi?

Aku : Earth Hour sambung setengah jam lagi la…

9.45 pm

Lampu menerangi rumah aku

Sayang : Bila lagi Earth Hour tahun depan eekk?

Aku : Tak tau la, mungkin bulan Mac lagi kot..

Sayang : Best juga duduk gelap-gelap ni. Nanti cakap dengan diaorang buat Earth Hour 2-3 jam pulak.

Aku : Tak boleh!, nanti jadi pemanasan glokal…

Aku & Sayang : (senyum-senyum banyak makna)

Lampu tidak dibenarkan dibuka, so gambar ini gelap
jadi korang tak dapatlah tengok muka aku dengan jelas
Lagi gambar sambutan Earth Hour peringkat rumah aku disini..

Advertisements
Melaka menjadi destinasi family gathering. Seronok dalam penat. Manusia punya ramai, parking pun susah. Banyak tempat yang nak dilawat tidak seperti yang dirancang kerana tak menjadi . Malas nak q panjang. Apa kejadahnya nak pergi A’Famosa kena parking kat MMC.

Lama dah tak kesini, Melaka memang banyak perubahan semenjak dari zaman persekolahan aku di Moon She. Oleh kerana aku masih dalam kepenatan, jom layan gambar..

Ganaz nyer!

Lepak-lepak at Padang Pahlawan
Lagak hensem la konon
New Kid On The Block @ Klebang = makan-makan

Hero dan aksi yang mengiurkan

[+]
Lagi gambar di SHIMI Gallery

Tiada apa yang menarik pada hari ini. Menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak. Membuat persiapan persekolahan Farhan dan Aisyah. Awal dan tidak suka bersesak-sesak berebut disaat akhir. Mereka sibuk memilih dan bertanya segala keperluan yang mereka mahukan. Pakaian, kasut dan segala keperluan berpasang-pasang dan berkotak-kotak. Berkeping-keping not 100 bertukar tangan. Tukarannya berjinjing-jinjing plastik dibawa. Wang tidak lagi menjadi ukuran jika senyum puas terbit diriak muka mereka.

Sambil memandu, aku memulakan kata-kata.

“Farhan,Aisyah, seronok tak tak hari ni? Ayah dah beli macam-macam keperluan sekolah korang ikut kehendak korang”.

“Seronok”, jawab mereka hampir serentak. “Aisyah tak sabar nak pegi sekolah”, tambah Aisyah lagi.

“Hari ini ayah dah penuhkan segala keperluan korang. Ayah dulu tak merasa semua ni. Tak merasa baju 5-6 pasang sorang, tak merasa beg sekolah lawa-lawa tukar tiap-tiap tahun. Tak merasa kasut baru, kalau adapun sepasang je. Duit belanja sekolah pun cuma 20 sen je, tak macam korang yang dapat beringgit-ringgit sehari. Atuk dan Nenek dulu bukan orang senang”.

“Ehh, kenapa Atuk dan Nenek tak kerja macam ayah?”, seperti biasa Aisyah mempersoalkan penyataan aku.

“Atuk dan Nenek dulu kerja kampung. Menoreh getah nak besarkan ayah adik beradik. Nak bagi berjaya. Kalau Atuk dan Nenek dulu tak berkorban, ayah mungkin tak senang macam ni. Mungkin ayah kerja susah jugak”, aku memulakan penerangan.

“Macam sekarang, ayah penuhkan segala keperluan korang. Ayah nak korang berjaya dan cukup segalanya. Ayah bukan paksa korang nak dapat nombor 1 setiap kali ujian. Tapi jadi anak yang baik, dengar dan patuh cakap cikgu. Jangan malukan ayah dan ibu. Jadi anak yang menyenangkan hati ayah dan ibu. Korang boleh janji pada ayah tak yang korang akan belajar bersungguh-sungguh”.

“Boleh”, mereka berjanji bergilir-gilir.

“Ok, kalau macam tu kita pergi makan dulu. Lepas tu kita pergi Pasar Raya Gergasi, tengok apa barang yang perlu kita beli lagi”.

“Yehh, jom kita pergi makan dan jalan-jalan lagi”, teriak Aisyah seronok. Seronok bila tengok mereka juga seronok. Puas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Betul kata abah dulu, “Bila kau dah ada anak dan keluarga nanti kau tahulah rasanya. Kau kena dulukan mereka lebih dari diri kau sendiri. Kau kena jadi pemerhati dulu dan jadi orang yang terakhir merasa kepuasan nikmat makan dan kegembiraan yang kau sediakan. Tapi kau mesti jadi orang yang pertama merasa kesedihan dan susah payah mereka”.

Jauh dalam hati aku berbicara, “Abah, hari ini anakmu ini menunaikan janjinya dan menuruti ajaranmu. Moga mereka juga akan melakukan perkara yang sama pada anak-anak mereka kelak. Terima kasih abah, kerana mengajar anak ini tentang erti tanggungjawab”.

Dalam hati ada sedikit sebak mengenang masa lalu. Tidak bererti menyesali, tetapi sebagai pedoman. Hidup perlu diteruskan sambil aku terus meluncur laju menuju destinasi demi untuk kepuasan mereka hari ini dan moga terukir betapa kasih sayang ayah dan ibu dalam minda mereka.

Terasa benar hari ini
indah bersama keluarga
detik dan saat itu amat dihargai
dalam minggu minggu yang penuh kesibukan

Keletah dan telatah
hati duka mampu ceria
bersama pandangan penuh kasih sayang

Dari jauh ayah lihat
Aisyah semakin besar menuju dewasa
dihari konsert graduasimu
pada awal malam ini

Ayah lihat
Aisyah senyum puas
menjinjing patung Kung Fu Panda
kau menangi cabutan nasib baik
buat ayah tersenyum juga

Malam ini
ketika Aisyah tidur keletihan
ayah sekali lagi lihat Aisyah
ayah tahu anak ayah semakin besar
ayah juga tahu ayah semakin berusia
sampai satu ketika Aisyah akan tinggalkan ayah
begitu juga ayah akan tinggalkan Aisyah
bila tiba masanya

nota :
Nanti ayah upload gambar-gambar konsert & graduasi Aisyah

Memang misteri apabila ia mendedahkan rupa parasnya hanya di Hari Raya.
Bermaafan itu keperluan. Memaafkan itu tuntutan. Dua itu bergabung melahirkan rasa kasih sayang

Kasih sayang di Hari Raya seterang cahaya pelita yang memancarkan cahayanya. Tidak menyakitkan silau cahaya tapi mengasyikkan hadirnya.
Kata-kata yang tidak akan dapat mengungkapkan keindahan Syawal itu.
Pesanan iklan
“Hai.. baru habis puasa, jangan tambah dosaaa..”
Akhirnya apa yang yang dijanjikan itu telah tertunai.
Lagi lensa Hari Raya aku disini
SMSnya dari tersayang ku terima, walaupun aku tidak berkesempatan membacanya. Dia menelefon dan akhirnya aku sedar untuk membaca SMS itu. Bagai satu kejutan dan surprise. Dia berjaya untuk dinaikkan pangkat ke gred yang lebih kanan. Satu kesyukuran. Aku tahu hari ini adalah hari gembiranya.

Aku ucapkan tahniah dan pastinya akulah orang pertama yang dia ingin kongsikan kegembiraan itu. Janjiku petang ini kami sekeluarga aku berbuka diluar sebagai tanda meraikan. Tapi, kita merancang Tuhan yang menentukan perancangan kita itu. Hujan lewat petang menyebabkan aku terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di ibu kota. Janjiku pasti tidak mungkin dapat ditunaikan.

Lewat petang menghampiri waktu berbuka. Ku kirimkan SMS mengenai keadaan yang tidak menyebelahi perancangan. Si dia akur dan dan telah bersiap dengan makanan kerana sudah menjangkakan kelewatan petang ini.

Berkesempatan selepas tiba dirumah. Aku mencuri-curi masa berpakat dengan 2 anakku. Farhan dan Shabira. Mencari kedai bunga (perempuan kan suka bunga sebagai tanda penghargaan), malangnya banyak kedai telah ditutup. Hanya kad sahaja dapat dicari. Kedua-dua anakku begitu seronok setelah diterangkan mengenai kejayaan ibu mereka yang patut dikongsi bersama. Satu kejutan hari ini pada yang tersayang. Lain dirancang lain pula yang terlaksana. Terpancar senyuman kegembiraan. Aku puas dan anak-anakku juga puas dengan senyuman ibu mereka. Senyum sambil menikmati kek coklat yang semanis kenangan lewat malam ini.

Menghargai sesuatu kegembiraan yang dikongsi itu sesuatu yang indah. Menggembirakan orang yang tersayang itu juga sesuatu yang indah dalam hidup. Bukan nilai menjadi tanda aras tetapi ikhlas dalam menghargainya memberikan kepuasan kepada yang dihargai dan menghargai. Petang ini aku puas dengan kerja dan perancangan aku. Yang pasti, si dia yang tersayang mempunyai kekuatan baru dalam hidup seterusnya. Tiada yang lebih berharga dari menerima sesuatu dari orang yang tersayang dengan hati yang ikhlas. Memberikan senyuman pada yang tersayang sesuatu amat indah lewat malam ini dalam hidupku.

Sesungguhnya hidup ini memang indah…, lebih indah apabila melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Kasih sayang itu tidak berkisar pada ukuran segi material semata-mata, bagaimana kasih sayang itu digilap dan diberi nafas membuatkan ia lebih bermakna di dalam hidup. Hidup pasti tidak bermakna tanpa kasih sayang dan menghargai rasa kasih dan sayang itu sesuatu yang perlu dalam setiap nafas-nafas kita…

Markah Ujian Sains Farhan

Spelling Test Aisyah

**********************************************************************************

Aisyah: Ayah.. masa spelling test semalam kan, Aisyah betul semua. Aisyah dah pandai dah (dengan nada provoke kepada Farhan disebelahnya)
Aku: Eh eh ye la, pandai anak ayah. Tiap-tiap minggu betul semua.

Farhan: Alah, Farhan pun pernah dapat banyak star jugak dulu. Ms. Low yang bagi.

Aisyah: Eeeeh.. Aisyah dapat lagi banyak star. (sambil kira) one, two, three, four, five, six, ha eight Aisyah dapat eight. Teacher cakap good. (sambil tunjuk kepada aku dengan Farhan)

Farhan: Alaah.. Farhan lagi pandai. Farhan dapat 100 ujian Sains. Jap Farhan ambik. (berlari pegi cari keputusan exam dia baru-baru ni)

Kami pun menunggu dia kembali ke arena

Farhan: Ha.. tengok 100. (sambil tayang-tayang kat Aisyah).

Aisyah: Tapi Farhan 100 tak dapat star. Aisyah dapat banyak star. (Dia kira lagi) one, two, three, four, five, six, seven, eight. Ha eight Aisyah dapat. Farhan tak de star teacher bagi. (dengan nada penuh provokasi)

Farhan: Ala, Farhan yang pandai lagi dari Aisyah.

Aisyah: Aisyah lagi pandai. Aisyah ada banyak star. Ayah yang cakap Aisyah pandai. (Alamak dia babitkan aku pulak)

Farhan: Ayah.. Farhan pandai tak pasal dapat 100 masa exam?

Aku: Pandai, semua anak ayah pandai-pandai kesemuanya.(cuba cari jawapan yang menyelamatkan keadaan)

Aisyah: Eeeh, ayah yang cakap Aisyah pandai dulu. Jadi Aisyah la yang mula-nula pandai sekali dari Farhan (pulak – Aisyah buat provoke lagi)

(Terus potong kata-kata Farhan)

Aku: Macam ni. Farhan ke, Aisyah ke, semua sama pandai. Semua ayah sayang. Pasal semua anak ayah dah pandai, kejap lagi kita pi taman permainan. Lepas maghrib malam nanti kita makan kat luar nak celebrate pasal dapat banyak star dengan dapat 100. Ok

Farhan & Aisyah: Ye. kita pegi taman mainan. Kita pegi makan kat luar.

Aisyah: Pasal Aisyah yang pandai, Aisyah la yang duduk kat depan (kereta) nak pegi taman mainan (laa.. nak provoke lagi)

Aku: Macam ni. Farhan dengan Aisyah duduk kat belakang. Ibu dengan Fahim yang duduk depan. Kita main kejar-kejar. Sapa yang dapat tangkap ayah dia yang pandai. ok.

Aisyah: Senang je nanti Aisyah dapat tangkap ayah pasal Aisyah pandai.

Farhan: Farhan lagi kuat. Farhan dapat tangkap ayah.

Aku: Dah, dah, dah, jom kita pegi. (malas nak layan)

Akhirnya, sampai balik Farhan dan Aisyah tak dpat tangkap aku. Aku yang kepenatan.

************************************************************************************
Masa aku tengah karang entri ni. Aku terjumpa gambar-gambar asing yang aku tak kenali dalam kamera aku. Macam-macam ada. Gambar keadaan dalam kasut. Gambar bawah meja dengan sofa. Gambar luar rumah ikut tingkap. Aisyah buat tak mengaku je. Aku tengok tarikh dengan masa semalam. Waktu tu Farhan ada kat sekolah. Aisyah kata dia tengah tido. Walaupun aku tahu dia saja tak nak mengaku.

Akhirnya, gambar di bawah ni yang membuktikan. Aisyah ambil gambar dia sendiri. Ha..ha..ha kantoi. Aisyah pun menangis seperti kebiasaannya apabila dia dah bersalah. Aku terus gelak tengok gambar dia.