Archive for the ‘Hujung Minggu’ Category

Semalam ketika waktu menghampiri tengah malam, hujan masih rintik-rintik di luar. Suasana amat menyamankan. Suasana yang nyaman, hujan yang rintik-rintik memang menyediakan tempat yang sesuai untuk nyamuk-nyamuk di Selangor berkembang biak. Memang bertuah nyamuk-nyamuk di Selangor, maka sebagai membalas jasa kepada rakyat negeri Selangor yang menyediakan tempat tinggal yang selesa maka nyamuk-nyamuk aedes itu bertungkus lumus untuk menaikkan peratus penghidap denggi kepada paras tertinggi di Malaysia (menyumbang 50 peratus dari statisik Malaysia). Memang aku pun amat bertuah duduk di Selangor nih…. Muahaha.. gila idea tulisan aku nih.
Petang semalam, aku sempat berbual ringkas dengan seorang abang merinyu kesihatan yang menguruskan hal fogging menfogging di kawasan aku. Dengan ringkas dia berkata “Sekarang zaman orang nak tengok orang atas buat kerja, bukan main cakap aje”. Aku dalam anguk-angguk mengiyakan kata-katanya, dalam blur aku cuba relatekan kata-kata dia dengan fogging yang team dia sedang lakukan. Aku masih blur sampai sekarang.

Minggu lepas selain dari idea yang terlalu buntu dan tidak membantu, kesihatan juga juga tidak mengizinkan. Cuma ia tiada kena mengena dengan denggi. “Budak-budak nak membesar memang selalu kena demam”, itu jawapan aku bila orang rajin bertanya khabar kesihatan aku minggu lepas. Akhirnya mereka diam dalam blur + terkulat-kulat.

Cuma satu ilmu yang aku perolehi dari abang merinyu kesihatan semalam yang aku ingat sampai hari ini. Faktanya ialah sekarang orang fogging menggunakan bahan waterbased, tidak lagi guna minyak campuran diesel. Buktinya semasa aku mop lantai rumah semalam selepas acara asap mengasap itu selesai.

Semalam ketika masih rintik-rintik di luar, aku masih tidur dengan air cond.
Hingga ke titik akhir ini, aku pun masih blur tentang apa yang aku tuliskan ini…

Advertisements

Us Hour

Posted: 29 March, 2009 in Aku, Hujung Minggu, Keluarga, Peristiwa, Suka-Suka

Aku menyahut kempen global Earth Hour 2009

8.29 pm
57..
58..
59..

lampu rumah aku terpadam
seketika berubah jadi gelap dan sunyi
duduk diam-diam menyesuaikan pandangan

Farhan : Ayah kat mana?

Aku : Kat sini..

Farhan : Ayah buat apa?

Aku : Tak buat apa…

Duduk diam-diam, sambil tengok-tengok pemandangan

8.35 pm
.
.
8.40 pm

Farhan : Ibu kat mana?

Sayang : Kat sini..

Farhan : Ibu buat apa

Sayang : Duduk-duduk dengan ayah
.
.
8.45 pm

Sayang : ehh!, apa raba-raba ni..

Farhan : Kenapa ibu?

Aku : Bukan raba-raba la, cari pemadam..

.
.
9.25 pm
.
.
9.30 pm

Farhan : Ayah, kenapa dah pukul 9.30 tak buka lampu lagi?

Aku : Earth Hour sambung setengah jam lagi la…

9.45 pm

Lampu menerangi rumah aku

Sayang : Bila lagi Earth Hour tahun depan eekk?

Aku : Tak tau la, mungkin bulan Mac lagi kot..

Sayang : Best juga duduk gelap-gelap ni. Nanti cakap dengan diaorang buat Earth Hour 2-3 jam pulak.

Aku : Tak boleh!, nanti jadi pemanasan glokal…

Aku & Sayang : (senyum-senyum banyak makna)

Lampu tidak dibenarkan dibuka, so gambar ini gelap
jadi korang tak dapatlah tengok muka aku dengan jelas
Lagi gambar sambutan Earth Hour peringkat rumah aku disini..

Melaka menjadi destinasi family gathering. Seronok dalam penat. Manusia punya ramai, parking pun susah. Banyak tempat yang nak dilawat tidak seperti yang dirancang kerana tak menjadi . Malas nak q panjang. Apa kejadahnya nak pergi A’Famosa kena parking kat MMC.

Lama dah tak kesini, Melaka memang banyak perubahan semenjak dari zaman persekolahan aku di Moon She. Oleh kerana aku masih dalam kepenatan, jom layan gambar..

Ganaz nyer!

Lepak-lepak at Padang Pahlawan
Lagak hensem la konon
New Kid On The Block @ Klebang = makan-makan

Hero dan aksi yang mengiurkan

[+]
Lagi gambar di SHIMI Gallery

Hari ini selepas berjalan-jalan dengan mereka dan keluarga mereka
aku pun memulakan pertapaan dengan mata terbuka
(mereka pun bertapa juga tapi mata lelap)

aku gugel sana, aku gugel sini
aku pun tak tahu apa yang aku gugel
tapi aku tetap gugel juga

dalam aku mengugel aku jumpa ini disini

UNDERGROUND by Barack Obama

Under water grottos, caverns
Filled with apes

That eat figs.

Stepping on the figs
That the apes

Eat, they crunch.

The apes howl, bare

Their fangs, dance,

Tumble in the

Rushing water,

Musty, wet pelts

Glistening in the blue.

Kemudian aku pun gugel lagi
gugel sana, gugel sini
merata-rata aku gugel
akhirnya aku jumpa ini

Ada kena mengena ke?

Nota kaki obama :
Kalau tak faham apa Obama maksudkan, cari translation disini dan tengok vid ini

Nota kakiku:

Harap maklum. Tiada penganiayaan haiwan yang berlaku ketika proses pembikinan entri ini.