Archive for the ‘Aku’ Category

Korang tau tak apa event yang top dan popular sekarang nih.
Mesti la Pesta Buku Antarabangsa 2009 kat PWTC tu.
Korang tak tau ke, semua orang sibuk nak pegi sana.

Aku pun ada pasang niat nak pegi sana jugak. Tapi kan, stok buku yang masih belum dibaca masih berbaki 2-3 biji lagi. Hajat dihati memang nak beli buku-buku kat bawah untuk hadiahkan pada Farhan dan Aisyah, tak pun buat koleksi. Sentuhan Harun Yahya memang memberi inspirasi.

So apa lagi, moh la kite berbondong-bondong kesana.
Kalau korang jumpa aku, buat tak nampak dah le ye….
Mudah-mudahan aku tak terlupa jalan dan waktu balik ke rumah bila sampai sana nanti.

Aiseh! esok aku ada perjumpaan dengan kawan-kawan sekolah aku kat PD la pulak.Tapi tak pe, kalau mau seribu daya….
macam orang MLM cakap ” kalau kita cari alasan, maka kita akan dapat alasan”.

Advertisements

Jumaat tiba lagi.
Sedikit tazkirah moga jadi renungan dan bisa melembutkan hati-hati kamu.

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk dan kejadian alam berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, gunung dan lembah, matahari dan bulan, serta seterusnya. Disebalik semua itu tersembunyi dengan nyata jutaan hikmah yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan-Nya. Satu contoh fitrah kejadian manusia, dijadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki dengan 9/10 akal dan 1/10 malu.

Dengan kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga dan pelindung bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; sepertimana dalam hal penyaksian. Walaupun kurang dari segi pengukuran akalnya, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kucar-kacir.

Tapi semua itu mungkin tidak lagi sekarang, wanita yang sepatutnya malu sudah tiada rasa malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal sudah hilang pertimbangan akal mereka. Fenomena perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

Maka mungkin kamu perlu melihat dalam diri kamu sendiri. Kadang-kadang kebenaran itu amat pahit untuk ditelan dan diterima.

Tepuk dada, tanya iman.
Apa lu mau jadi dan destinasi yang lu mau tuju?

Search the rainbow

Posted: 16 April, 2009 in Aku, Dunia, Emosi, Kehidupan, Perjalanan
Hidup kadang-kadang terlalu meletihkan untuk menghambat dunia yang berlalu terlalu pantas. Perjalanan kadang-kadang jadi terlalu perlahan, sarat dengan kenangan hidup antara yang patut ada atau perlu ditinggalkan ditepi sahaja.

Engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan

hati ini

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku

mencari sinaran menerangi kegelapanku….

lagu itu mengisi perjalanan petang semalam, bersulam dengan cerita lukisan hidup yang helaian kanvasnya berada dihati….

Semalam ketika waktu menghampiri tengah malam, hujan masih rintik-rintik di luar. Suasana amat menyamankan. Suasana yang nyaman, hujan yang rintik-rintik memang menyediakan tempat yang sesuai untuk nyamuk-nyamuk di Selangor berkembang biak. Memang bertuah nyamuk-nyamuk di Selangor, maka sebagai membalas jasa kepada rakyat negeri Selangor yang menyediakan tempat tinggal yang selesa maka nyamuk-nyamuk aedes itu bertungkus lumus untuk menaikkan peratus penghidap denggi kepada paras tertinggi di Malaysia (menyumbang 50 peratus dari statisik Malaysia). Memang aku pun amat bertuah duduk di Selangor nih…. Muahaha.. gila idea tulisan aku nih.
Petang semalam, aku sempat berbual ringkas dengan seorang abang merinyu kesihatan yang menguruskan hal fogging menfogging di kawasan aku. Dengan ringkas dia berkata “Sekarang zaman orang nak tengok orang atas buat kerja, bukan main cakap aje”. Aku dalam anguk-angguk mengiyakan kata-katanya, dalam blur aku cuba relatekan kata-kata dia dengan fogging yang team dia sedang lakukan. Aku masih blur sampai sekarang.

Minggu lepas selain dari idea yang terlalu buntu dan tidak membantu, kesihatan juga juga tidak mengizinkan. Cuma ia tiada kena mengena dengan denggi. “Budak-budak nak membesar memang selalu kena demam”, itu jawapan aku bila orang rajin bertanya khabar kesihatan aku minggu lepas. Akhirnya mereka diam dalam blur + terkulat-kulat.

Cuma satu ilmu yang aku perolehi dari abang merinyu kesihatan semalam yang aku ingat sampai hari ini. Faktanya ialah sekarang orang fogging menggunakan bahan waterbased, tidak lagi guna minyak campuran diesel. Buktinya semasa aku mop lantai rumah semalam selepas acara asap mengasap itu selesai.

Semalam ketika masih rintik-rintik di luar, aku masih tidur dengan air cond.
Hingga ke titik akhir ini, aku pun masih blur tentang apa yang aku tuliskan ini…

Sehari dalam hidup,

Bukan aku saja yang menanggung penderitaan dalam menempuh perjalanan dan pengalaman kehidupan. Ramai lagi yang sebenarnya hidup penuh kecelaruan tersepit antara rasa hati dan perasaan. Kadang-kadang apa yang kita buat dan impikan tidak mencapai maksudnya. Patutkah kita terus berputus asa dan kecewa. Menangisi kesilapan kita tanpa kita cuba bangkit semula dan terus berusaha?

Apa pun telah kita lakukan sebesar mana pun dosa kita… Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Bertaubatlah diatas dosa-dosa kita dan berhijrahlah ke alam yang baru. dengan tekad dan usaha kita pasti kejayaan kita tempa. Mungkin ada yang akan blame, “alah! cakap senanglah, tengok kalau kena batang hidung sendiri macamana!”. Itu aku akui sebagai manusia kita belum tentu bertindak sebagai mana rasionalnya tetapi tugas manusia ialah nasihat menasihati. Jika melihat kawan kita jauh menyimpang, maka segeralah kita tarik semula kelandasannya. Bukan busy body tetapi tugas dan tanggungjawab sebagai manusia. nasihat menasihati serta berpesan-pesan kearah kebaikan.

Yang dikatakan sahabat ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada sahabatnya yang lain. Kawan pula akan meninggalkan kita bila kita susah. Wahai insan-insan diluar sana jika ada masalah kongsilah dengan sesiapa yang kita benar-benar percayai. Jangan simpan dalam diri, nanti bila tak tertahan dan meletup akibatnya memakan diri. Percayalah aku pernah mengalaminya.

Ya Allah jika nanti aku diberi ujian oleh Mu; permudahkanlah ia, berikanlah jalan kepada ku dalam mencari penyelesaiannya. Dampingi aku dengan sesiapa yang dapat membantuku. Amin.

Bila sakit,
kamu mengadu dan mula mengingati Dia
Bila susah dan duka,
kamu juga mula mencari-cari Dia untuk mengadu

tapi bila kamu lepas dari rasa duka dan celaka
kamu mula lupa

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam.
Jika benar ujian kesakitan itu bisa mengugurkan dosa-dosa kecil hamba ini.
Maka aku dambakannya…
walaupun tidak sehebat ujian Nabi Allah Ayub

Rasulullah SAW bersabda maksudnya,

“Siapa saja dikalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pohon menggugurkan daunnya.”
Hadis riwayat Muslim

Bila duduk saja-saja, berkelapangan. Pernahkah kita fikir apa yang kita dah buat sepanjang hari dari segi baik dan buruknya. Pernah kah kita kira sejauh mana kebaikan kita mengatasi perkara buruk yang kita lakukan? Jika dihisab dari segi pahala dan dosa, adakah dacing kira memberat kearah mana? Cuba kita fikir sejauh manakah kita bermanfaat untuk makhluk lain yang bernama manusia sepanjang hari ini?

Renungkanlah dan fikirkanlah.
Siapakah kita dalam satu hari!
Mulakan dengan hari ini

Itu cebis-cebis fikiran aku
dalam sedikit ujian kesakitan yang diberi olehNya semalam
.
.
.
,

dalam sesekali
kamu perlu memikirkan sesuatu yang serius dalam hidup..