Kuh lah vee ay bell !

Posted: 6 August, 2009 in Uncategorized
Komunikasi adalah cara untuk kita berhubung. Disini bahasa utama pertuturan adalah bahasa Perancis. Bahasa tempatan yang dominan adalah Swahili, Lingala, Ki Kongo dan ada lebih kurang ratusan dialek tempatan lain yang dipertuturkan.

Minggu ni aku memulakan kelas bahasa Perancis aku. Tergeliat juga lidah, kerana perkataan yang tertulis tidak sama sebutan. Aku seronok. Jangan tak tahu yang aku ambik tuition dengan guard yang jaga rumah aku. “Good papa, you’re good papa!”, ayat-ayat mengampu dari Claude atau Jerry si jaga rumah aku. Dalam senyuman, aku menghulur sebatang rokok Dunhill impot dari Kenya. Asap berkepul menenggelamkan kami dalam gelak ketawa interaksi ayam dan itik.

Minggu-minggu yang berlalu penuh dengan kesibukan. Aku semakin dapat menyesuaikan diri. Adakalanya aku lebih selesa untuk pulang dengan hanya berjalan kaki tanpa pemandu. Aku suka melihat gelagat mereka walaupun berisiko tinggi kerana berseorangan. Semua aku berserah dengan Allah.

Selamat malam – Bonne nuit (tulis) Bohn nwee (sebut),
Ku kira kalian sedang menikmati malam yang indah dibumi Malaysia dengan bintang-bintang yang berkelipan semasa aku sedang menyediakan entri ini.

Terima kasih banyak-banyak. Merci beaucoup (tulis) Mehrsee bohkoo (sebut)
Terima kasih jika kalian masih sudi singgah disini.

Life is wonderful – que la vie est belle

Comments
  1. julietchun says:

    baru sebut 2-3 perkataan yg ditulis lidah aku dah tergeliat. Selamat belajar, balik Mesia nanti buleh ganti Mahadhir Lokman,hehehe.

  2. tasikmerah says:

    betul tu juliet. he he..

  3. Bunga Rampai says:

    que la vie est belle! Satu hari nanti pasti ada sebuah entri SHIMI dalam bahasa Perancis ;)Salam 🙂

Leave a comment