Keliwon : Belaan Siapa Yang Merayau..?

Posted: 21 April, 2009 in Uncategorized

Sekadar perkongsian.

Ini adalah benar. Bukan rekaan. Suatu perkara yang tidak pernah digambarkan untuk dilihat secara mata kasar tetapi telah tertangkap melalui lensa kamera. Sumber-sumber yang aku boleh percayai mengatakan bahawa gambar ini tertangkap secara tidak sengaja di satu kawasan di Cambodia kira-kira belasan tahun dahulu. Ia telah tersimpan sekian lama yang menjadi igauan pemiliknya sekian lama.

Memang mengerikan, aku sendiri pun tak sanggup nak lihat lama-lama. Meremang bulu apabila kita melihat perkara yang tak biasa kita lihat. Secara seriusnya, gambar ini memang amat menyeramkan aku yang masih terbayang-bayang wajah itu…. wajah 3 makhluk kecil dengan lagak menyeramkan.

Bagi tujuan paparan umum dan menjaga sensitiviti serta orang-orang yang lemah semangat, aku letakkan gambar kecil sebagai preview. Bagi yang lebih punya keberanian luar biasa serta sifat ingin tahu meluap-luap sila baca arahan seterusnya. Tahap keberanian kamu dicabar disini. Aku nasihatkan kamu juga untuk tidak download gambar itu….

Jika kamu punya kekuatan diri untuk melihat gambar di atas dengan tumbesaran maksima sila klik disini

Comments
  1. Water Lily says:

    Hahaha..memang sungguh keliwon. Tertipu kak Tipah,dikenakan dek kau Shimi hahaha!:)

  2. Tirana says:

    hehehe..ingatkan gambar hantu pontianak…

  3. Nizam.Ariff says:

    Camtu rupanya toyol… baru aku tau

  4. blackpurple @ jowopinter says:

    Aku syak kau yang di tengah-tengah itu. hahaha!

  5. ku tak sempurna says:

    ha ha ha harum sundal malam 😛

  6. kingbinjai says:

    ceh!!

  7. Bunga Rampai says:

    Takut takut pun klik juga … haiiiih, ceh!!

Leave a comment