Itu Tanggungjawab

Posted: 29 November, 2008 in Uncategorized
Tiada apa yang menarik pada hari ini. Menghabiskan masa bersama keluarga dan anak-anak. Membuat persiapan persekolahan Farhan dan Aisyah. Awal dan tidak suka bersesak-sesak berebut disaat akhir. Mereka sibuk memilih dan bertanya segala keperluan yang mereka mahukan. Pakaian, kasut dan segala keperluan berpasang-pasang dan berkotak-kotak. Berkeping-keping not 100 bertukar tangan. Tukarannya berjinjing-jinjing plastik dibawa. Wang tidak lagi menjadi ukuran jika senyum puas terbit diriak muka mereka.

Sambil memandu, aku memulakan kata-kata.

“Farhan,Aisyah, seronok tak tak hari ni? Ayah dah beli macam-macam keperluan sekolah korang ikut kehendak korang”.

“Seronok”, jawab mereka hampir serentak. “Aisyah tak sabar nak pegi sekolah”, tambah Aisyah lagi.

“Hari ini ayah dah penuhkan segala keperluan korang. Ayah dulu tak merasa semua ni. Tak merasa baju 5-6 pasang sorang, tak merasa beg sekolah lawa-lawa tukar tiap-tiap tahun. Tak merasa kasut baru, kalau adapun sepasang je. Duit belanja sekolah pun cuma 20 sen je, tak macam korang yang dapat beringgit-ringgit sehari. Atuk dan Nenek dulu bukan orang senang”.

“Ehh, kenapa Atuk dan Nenek tak kerja macam ayah?”, seperti biasa Aisyah mempersoalkan penyataan aku.

“Atuk dan Nenek dulu kerja kampung. Menoreh getah nak besarkan ayah adik beradik. Nak bagi berjaya. Kalau Atuk dan Nenek dulu tak berkorban, ayah mungkin tak senang macam ni. Mungkin ayah kerja susah jugak”, aku memulakan penerangan.

“Macam sekarang, ayah penuhkan segala keperluan korang. Ayah nak korang berjaya dan cukup segalanya. Ayah bukan paksa korang nak dapat nombor 1 setiap kali ujian. Tapi jadi anak yang baik, dengar dan patuh cakap cikgu. Jangan malukan ayah dan ibu. Jadi anak yang menyenangkan hati ayah dan ibu. Korang boleh janji pada ayah tak yang korang akan belajar bersungguh-sungguh”.

“Boleh”, mereka berjanji bergilir-gilir.

“Ok, kalau macam tu kita pergi makan dulu. Lepas tu kita pergi Pasar Raya Gergasi, tengok apa barang yang perlu kita beli lagi”.

“Yehh, jom kita pergi makan dan jalan-jalan lagi”, teriak Aisyah seronok. Seronok bila tengok mereka juga seronok. Puas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Betul kata abah dulu, “Bila kau dah ada anak dan keluarga nanti kau tahulah rasanya. Kau kena dulukan mereka lebih dari diri kau sendiri. Kau kena jadi pemerhati dulu dan jadi orang yang terakhir merasa kepuasan nikmat makan dan kegembiraan yang kau sediakan. Tapi kau mesti jadi orang yang pertama merasa kesedihan dan susah payah mereka”.

Jauh dalam hati aku berbicara, “Abah, hari ini anakmu ini menunaikan janjinya dan menuruti ajaranmu. Moga mereka juga akan melakukan perkara yang sama pada anak-anak mereka kelak. Terima kasih abah, kerana mengajar anak ini tentang erti tanggungjawab”.

Dalam hati ada sedikit sebak mengenang masa lalu. Tidak bererti menyesali, tetapi sebagai pedoman. Hidup perlu diteruskan sambil aku terus meluncur laju menuju destinasi demi untuk kepuasan mereka hari ini dan moga terukir betapa kasih sayang ayah dan ibu dalam minda mereka.

Advertisements
Comments
  1. Cakap Kosong says:

    tahniah ! ko dah menunaikan tanggungjawab sebagai ayah yang perfect arinih!

  2. Sufi Idany says:

    πŸ™‚ Tahniah…. speachless. Tingin nak jadi ibu….

  3. SHIMI says:

    cakap kosong : dengan izinNya ko juga pasti berpeluang dan merasai untuk menunaikan tanggunjawab itu suatu hari kelak. sufi idany : jodoh petemuan ditangan Nya. Moga ko ketemu dengan seseorang yang yang sebaikmu. Tanggungjawab sebagai ibu pasti ko akan pikul kelak

  4. Bunga Rampai says:

    Anak-anak sekarang sangat beruntung. Semoga mereka menjadi anak yang berakhlaktinggi.Alhamdulillah, tanggungjawab sudah dilunaskan.Salam πŸ™‚

  5. SHIMI says:

    bunga rampai ; beruntung mereka kerana berada di dunia moden. Beruntung kita kerana terpelihara dari noda dunia moden dahulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s