Kisah dan Teladan – Bersyukurlah Kita

Posted: 28 May, 2008 in Uncategorized

Si Pengangkut Air dan Tempayan
(motivasi khas buat insan yang berperasaan diri mereka dipandang rendah)

Kisah ini berlaku di negara India, seorang pengangkut air yang bertugas untuk seorang saudagar kaya di negara tersebut. Si pengangkut air ini diberi oleh majikannya dua tempayan besar, masing-masing tergantung pada kedua hujung pikulan yang dibawa bersilang dibahunya. Salah satu tempayan itu retak, dan satu lagi tidak. Jika selalunya tempayan yang retak itu boleh mengisi air yang penuh dari mata air kerumah majikan lelaki tersebut, tetapi kali ini tidak hanya setengah penuh sahaja apabila sampai kerumah majikannya.

Selama dua tahun perkara ini terjadi setiap hari. Si lelaki pengangkut air ni hanya dapat membawa satu setengah tempayan sahaja. Tentulah tempayan yang tidak retak ini berbangga dengan khidmat yang diberikan kepada lelaki tersebut. Tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih kerana ia hanya dapat memberikan setengah dari yang sepatutnya diberikan dari keupayaannya. Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalannya, si tempayan retak ini berkata kepada si pengangkut air

Saya sungguh malu terhadap diri saya sendiri, dan saya ingin meminta maaf kepadamu atas ketidakupayaan saya.”

Kenapa?” tanya si pengangkut air kenapa kamu perlu malu.”

Selama dua tahun ni saya hanya mampu membawa setengah tempayan air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan disisi saya yang membuatkan air yang saya bawa bocor sepanjang jalan kerumah majikan kita.

Kerana cacatku ini saya telah mendatangkan kerugian kepadamu.” kata tempayan retak itu.

Si pengangkut air merasa kasihan kepada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata “Jika kita kembali kerumah majikan kita esok selepas mengangkat air, aku ingin kamu memerhatikan kuntuman bunga-bunga yang mekar dan indah sepanjang perjalanan tersebut.”

Benar, ketika mereka dalam perjalanan menaiki bukit rumah majikan mereka, si tempayan retak memerhatikan ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatkan si tempayan retak sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh dari air yang dibawanya bocor, dan kembali si tempayan retak itu meminta maaf kepada si pengangkut air atas kegagalannya.

Si pengangkut air itu berkata kepada si tempayan retak tu “Adakah kamu memerhatikan ada bunga-bunga disepanjang jalan disisimu tetapi tiada bunga di sepanjang jalan disisi tempayan yang tidak retak itu. Ini kerana aku menyedari kekurangan dan kecatatan kamu itu dan aku manafaatkannya. Aku telah menanam biji benih bunga-bungaan di sepanjang jalan disisimu. Dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, tanpa kamu sedari kamu telah mengairi dan menyiram biji benih tersebut. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga subur dan indah untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita takkan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang.”

************************************************************************************

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak itu. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Dimata Tuhan Yang Bijaksana, tiada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenali kelemahan kita dan kita akan menjadi sarana keindahan Tuhan…

Kecacatan dan kelemahan hanyalah persepsi ukuran oleh manusia yang sebenarnya, hanya iman dan takwa yang membezakan tiap seorang hamba Allah itu dimata-Nya. Renung-renungkanlah bloggers sekelian…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s